Quantcast
Channel: athirahassin
Viewing all 290 articles
Browse latest View live

Trip ke Singapore

$
0
0

Singapore Day Trip


Bukan main lama aku peram entry ni kan padahal bertahun aku mengidam nak jejak Singapore negara jiran ni. Sepanjang 5 tahun belajar dekat Johor dulu pun tak pernah masuk Singapore tapi kawan-kawan aku yang lain ada je yang masuk. Mana mampu masa tu walaupun RM 1 masih bersamaan SGD 1. Bila dah kahwin ni pula tiap kali ajak laki aku pergi Singapore mesti tak jadi. hahaha sampai la ada seorang geng blogger aku ni ajak ikut day trip Singapore. haaa kauu gila tak excited? Dia yang tolong uruskan booking semua dan trip kali ni aku bawa adik aku seorang, laki dengan anak aku memang tak ikut.


28-29 april 2017 (Jumaat-Sabtu)


Singapore trip ni bermula dari KL Sentral menaiki bas, semua diminta berkumpul di KL Sentral sebelum pukul 10 malam untuk taklimat dan pendaftaran. By the way dah lama juga aku survey day trip Singapore yang dari KL tapi tak ada dan yang banyak dari JB je. Aku dah pernah tanya few agen sebelum tu tapi memang tak ada dari KL so bila kawan aku offer pakej ni terus la ambil. Murah sangat dan memang boleh dipercayai. Tak lupa juga terima kasih banyak buat suami ku sebab izinkan pergi. hehehe


Duit poket RM397.51 = SGD127
Currency SGD1 = RM3.13
Pakej Bajet Singapore RM129/pax including breakfast 
Entry fee, parking, tax & etc = SGD10/pax 


Masa dalam perjalanan tu ada juga beberapa pit stop untuk ambil orang tapi hanya sepanjang perjalanan tu je sebab tak kan orang duduk nilai kena pergi KL sentral kan. So yang memang dari arah selatan, travel agen ni dah provide kan hentian yang berdekatan mereka. So masa on the way tu boleh pickup. Mudah kan?

KL ke Johor (Gelang Patah) tak jauh mana pun kami berhenti sebelum subuh dekat R&R Gelang Patah untuk rehat, mandi dan makan. Lepas subuh dah boleh terus masuk imigresen kan untuk elakkan jem. Biasa hujung minggu memang ramai orang keluar masuk Singapore so timing kena jaga betul-betul. Masa dekat R&R ni kami dapat white card untuk di isi. Ni form imigresen, biasa la kalau masuk mana-mana negara memang ada form yang nak kena isi so kalau tak tau nak isi atau tak pasti sila tanya tour guide korang tu. Setiap trip memang ada tour guide bukan korang naik bas menonong je. Masa naik bas dari KL Sentral tu memang tour guide yang sambut dan akan brief sebelum bertolak. 



Aku rasa jarang la kalau trip beramai-ramai kalau tak ada tragedi apa-apa kan? Lagi-lagi kalau satu bas yang memang ramai orang tu. Trip kami tu pun agak terlewat dari jadual asal sebab ada seorang ahli trip kami ada masalah dekat imigresen Singapore. Masa mula masuk dekat imigresen Malaysia okay je tapi sangkut dekat Imigresen Singapore. Kes dia passport dia lunyai ke ada stapler. Aku dah lupa, kira isu passport dia sendiri. So aku nasihat kan jaga la elok-elok passport korang. Jangan la berlipat ke lunyai ke kena air ke sebab terus tak sah nanti. Kalau nak selamat sebelum trip check dulu kondisi passport tu okay ke tak okay. Oleh sebab terlalu lama nak tunggu so tour guide terpaksa tinggal kan dia siapkan isu passport tu then dia kena jumpa kami dekat next port kami ke. Ye la tak kan 1 bas nak kena tunggu sebab seorang. So bila kes macam ni kena faham-faham la. Tapi bagus la tour guide kami ni. I like! Pandai handle situasi gitu sebab dah berpengalaman kan.


Singapore - City

Pakej trip ni aku tengok tempat attraction dia sangat banyak kalau ikut jadual compare dengan trip agen lain. hahahha bab ni aku memang particular dan kalau boleh nak pergi semua tempat menarik yang ada. Aku kan biasa travel sendiri dan jarang ambil pakej dengan agen sebab sejenis manusia yang kalau boleh nak pergi semua attraction yang ada. Bila aku tengok itinerary yang agen bagi dengan harga pakej yang super murah aku teruja sangat-sangat. Boleh kata cover semua tempat okay! heheheh. Dari imigresen port tu akan menyusuri laluan Singapore City macam atas ni dan Singapore ni memang bersih sangat. Sepanjang jalan tu susah aku nak nampak sampah. Destinasi pertama kami adalah ke Esplanade Park.


Esplanade Park


Dekat sini juga la Singapore River, Merlion Park, Cavanagh Bridge, Mirror Balls, Esplanade (Theaters on the bay), Victoria theatre dan banyak lagi. Semua nya walking distance. Lupa nak cakap masa dekat Malaysia memang ada tour guide dari Malayisa yang akan jaga kami sepanjang perjalanan dan bila masuk je Singapore akan ada tour guide Singapore sendiri. Memang konsep nya macam tu. Tour agen luar tak boleh bawa tour kecuali orang Singapore sendiri. So bila sampai dekat destinasi pertama tu tour guide Singapore akan take over dan yang akan guide kami sepanjang dekat Singapore tu.


Ni muka orang excited jejak Singapore. Mula-mula sampai. hehhehe aku berkepit dengan adik aku je laa.. Kawasan ni ramai gila pelancong dan keliling kawasan ni semua bangunan cantik-cantik tapi panas lit lit sama je macam Malaysia haaa.. Panas kering tapi masa ni dah mula mendung macam nak hujan cuma nasib baik tak hujan so just nice la aku rasa.

TIPS ke Singapore
- spek hitam jangan lupa
- baju seluar cotton
- tudung jangan beria sangat lilit
- standby payung lipat dan juga topi
- selfie stick
- air mineral


Gambar atas ni berlatar belakang kan Esplanade (Theaters on the bay) pastu jalan je dekat jambatan Esplanade untuk ke Merlion Park. Gambar bawah ni typical picture semua yang jejak Singapore kan. Ramai gila orang weh. Kali pertama beli selfie stick sebab nak bawa pergi Singapore ni. hahaha.. Pergi Korea pun tak bawa selfie stick tau so lesson learnt gitu.



Ramai gila orang, nak tunggu kosong memang tak dapat la. Yang bangunan belakang tu Marina Bay Sands yang famous itu. Kalau aku kaya nanti boleh la tidur sana 1 malam ke kan.. koh koh koh. Tour guide tu memang ada cerita semua sejarah pembangunan kawasan ni tapi aku pun dah lupa. Siapa suruh peram lama sangat entry Singapore ni. hahahha.. 


  Merlion Park 



Marina Bay Sand


Kalau incase korang pergi area sini boleh jalan kaki semua attraction yang ada. Macam kes aku ni dia cakap pergi area Esplanade, Merlion dan Victoria Theatre je tapi sebab aku dah study juga attraction lain yang berdekatan so berlari dengan adik aku pergi cari juga macam Cavanagh Bridge dan Mirror Balls. Aku baca blog orang nampak macam cantik je kan so pergi la tengok sendiri gitu. Bas stop dekat park tu dan berjalan dari Esplanade ke Merlion dan ikut je orang ramai jalan ke Victoria Theatre. Cavanagh Bridge dengan Mirror Balls dekat dengan Asian Civilisations Museum. Kawasan ni macam muzium,banyak tugu, patung gitu. Boleh refer map bawah ni aku dah printscreen.



 Singapore River

Victoria Theatre


Satu group bergambar dekat sini tapi lepas pada tu aku dengan adik aku pergi cari mirror balls dan kawasan sekitar. Nasib la mendung so tak panas terik sangat cuma air jangan lupa ye standby memang dahaga gila la. 

 Mirror Balls


 Cavanagh Bridge



Seronok kan kami 2 beradik posing sini pastu intai group tadi dah takde tinggal kami 2 je so berlari la. hahhaha padan muka syok sendiri. Dekat Singapore ni jangan main lintas je jalan, kena lintas dekat laluan untuk melintas dan tunggu lampu isyarat kalau korang lintas juga dan kalau nasib tak baik kena saman mohon bayar ye. hahahhaha Semua dah kena berkumpul dekat Park mula-mula turun tadi. Situ bas tak boleh tunggu lama atau parking so memang kawasan untuk drop off atau pickup je, kalau lambat pepandai naik teksi ke pergi jumpa dekat next destination gitu. Tapi kami sempat je ikut group cuma tak sempat beli ais krim. huhuh sedih beratur tunggu aiskrim dan bas pun sampai. hahahha




Depan park tunggu bas ada event. Belakang tu Mahkamah Singapore. Yang macam UFO tu aku tak ingat bangunan apa. hahaha.. Sila komen siapa yang tau. Destinasi seterusnya ke Mustafa Center.

Mustafa Center - Little India


Sini kata nya barang murah-murah. Barang berjenama dan juga perfume gitu. Duty free ke apa entah. Aku tak berniat nak shopping so sekadar masuk tengok je. Kawasan sini macam lebih kurang masjid india KL gitu dan juga dikenali sebagai Little India.


Little India




Design kedai ni menarik perhatian aku sebab design lama. Masa nak lintas jalan ke Mustafa Centre. Aku masuk kejap je Mustafa Centre lepas tu aku dengan adik aku merayau cari makan sikit sebab dah kebulur haaa. Nak makan heavy tak boleh sebab nak simpan perut makan murtabak Singapore so cari makanan ringan je.


Bugis Street


Kemudian kami terus ke Bugis Street tempat souvenir Singapore. Lalu Ophir Rd dan dengar cerita pasal harga hartanah dekat Singapore ni mahal gila nak mati. Majoriti rakyat Singapore duduk rumah pangsa tapi harga dah macam teres dekat Malaysia. Seram pula dengar haaa.


Gambar bawah ni antara rumah orang Singapore. Betul-betul depan Bugis street ni.



Ni tempat kami beli souvenir. Singapore Souvenir Centre. Aku suka magnet fridge je so beli tu sikit dan adik aku beli untuk kawan-kawan dia juga. Agak murah juga la dekat sini macam borong gitu. Dalam bangunan ni banyak kedai lagi. Aku ingat ni je kedai nya sekali aku ajak adik aku masuk. Wahhh menarik betul memang kawasan borong macam uptown dah. Ada kawasan jual baju je then kawasan jual makanan saja. Ada yang halal dan juga non halal so pandai-pandai la. Souvenir pun banyak lagi dekat dalam. Kalau tengok harga SGD memang murah la tapi sebab RM makin teruk maka mahal la jadinya.



Ni suasana Bugis Street. $10 je tu heheheh. Adik aku nak beli jambu potong dalam $5 kot haaa kau macam dekat Malaysia takde je.. Dekat Malaysia bukan sepotong tapi berbiji dapat tau. hahahha







Aku ingat boleh buat satu entry je Singapore Trip tapi rasa kena sambung next entry la. Panjang sangat sebab banyak tempat menarik kami pulun walaupun sehari tau. hahaha. Tak lupa juga terima kasih UMobile sebab bagi free data streaming sepanjang dekat Singapore.



Singapore Trip - Masjid Sultan & Restoran Zam Zam (Part 2)

$
0
0

Singapore Day Trip


Sambungan dari entry lepas Trip ke Singapore. Oleh kerana banyak sangat nak share sampai entry panjang berjela so kita buat sambungan dekat entry baru tau.

Arab Street - Masjid Sultan



Lepas habis shopping souvenir dan merayau area Bugis street, kami bergerak ke Arab Street atau kawasan Masjid Sultan untuk makan dan solat. Dekat sini juga la Istana Kampung Glam. Bas parking tempat lain so lalu kawasan Malay Heritage Centre dulu untuk ke Arab Street. 



Malay Heritage Centre


Bangunan Taman Warisan Melayu ni juga sebenar nya bekas Istana Kampung Glam kalau ikut sejarah. Kalau nak tau lebih lanjut aku sarankan anda semua google takut salah fakta. Aku pergi melawat je tengok negara orang. hehehe


Dekat sini ada banyak pilihan makanan, tapi bila sampai Singapore memang dah target nak makan dekat Restoran Zam Zam kan. Sampai sini berpecah la mana korang nak makan. Aku tak survey makanan lain dan memang nak Zam Zam. Sampai sana guna google maps je cari kedai tu. Masa agak terhad sebab masa dekat imigresen tu dah tertunda kan so kena rushing sikit la untuk makan dan juga solat jamak siap-siap dekat sini. Sepanjang jalan tu sempat la bergambar kui kui.




Actually kan restoran zam zam ni betul belakang masjid dari arah gambar atas aku ni. Tapi sebab tak tau makanya aku jalan je straight jalan belakang tu then baru buka google maps. Kalau tidak patut belok kanan je dari jalan atas ni. Semua walking distance je tak mungkin sesat cuma jalan jauh ke jalan dekat korang guna. hahahha. Keliling masjid ni macam-macam restoran ada.

Restoran Singapore Zam Zam




Ohh yaa masa ni rombongan bas aku tu kebanyakkan pergi makan dekat restoran Victory tu tapi aku dengan adik dan kawan-kawan aku makan dekat Restoran Singapore Zam Zam. hehehe Misi murtabak singapore dan nasi beriani. yahooooo. Kedai ni 2 tingkat dan agak luas tapi ramai betul orang. Tak putus-putus orang masuk. Rezeki kami sampai tu ada meja kalau tidak kena la juga menunggu kot.



Murtabak Singapore ada saiz tau, kalau rasa memang tengah lapar gila boleh la amik saiz paling besar tu. Kawan aku dorang share murtabak besar tu, aku dengan adik aku order beriani sorang satu dan juga murtabak size biasa je. Tapi korang kena tau portion nasi dia besar okay. Aku tak habis bagi adik aku je semua. hahahha Harga murtabak singapore dari $5 sampai la $20 bergantung kepada saiz dan inti apa. Kambing ada ayam ada daging ada rusa pun ada.. Pilih la mana nak.


Nasi beriani ada beberapa jenis, ayam, ikan, daging dan kambing. Harga dalam $6.50. Dalam gambar ni nampak kosong je nasi beriani tapi lauknya bawah nasi haaa. Kitorang dah lapar gila masa ni terus makan dan lupa dah nak ambil gambar. Pinggan ni saiz besar kot. Aku tak makan kambing so order murtabak daging biasa je. Yang lain tak ingat murtabak kambing ke rusa dorang order yang saiz besar tu. hahahha Memang puas hati la sebab tengah lapar. Murtabak tu tak habis walaupun kongsi 5 orang oiii.. 1 murtabak kecil 1 murtabak besar. hahaha



Masjid Sultan

Masa agak terhad kan lepas makan terus ke masjid untuk solat jamak. Masjid ni cantik sangat dan kebetulan ada majlis kahwin masa ni. heheh sempat juga tengok orang Singapore nikah.





Selesai makan solat semua terus ke Sentosa Island. Nak ke sana ambil masa sikit boleh la rehat dan perut pun dah kenyang kan. Letih juga banyak jalan ni sebab nak cover semua kan dan terus rasa bersyukur ambil tour dengan bas dari berjalan dengan mrt. Adik aku cerita lagi penat naik mrt sebab nak kena survive sendiri. Cari jalan semua dengan panas-panas lagi. Kalau negara sejuk sedap la juga nak jalan macam tu kan. hahaha Adik aku yang seorang lagi pernah travel sendiri dekat Singapore yang cerita, patut dia ikut tapi last minute tak dapat cuti so yang ni ganti kan seat dia gitu. Dia pun cakap pakej ni macam full sebab masa dia pergi dulu banyak tempat tak sempat nak cover. Penat berjalan. Ini senang memang bas dah tunggu dekat check point dan siap aircond lagi. Boleh rilex saja. Kalau ikut plan asal aku nak naik flight then mrt sendiri je kalau nak pergi sebab cari pakej bas tak jumpa dari KL. Fuhhh nasib baik blogger Yanie ajak trip ni. Mekasihhhh.


Cerita dekat Sentosa Island pun panjang so izinkan aku sambung entry lain untuk kenangan aku gitu. Tak nak la upload gambar ala kadar sebab aku sendiri suka baca balik travel post aku bila teringat. hehehe


Wordless Friday - preview screening terakhir

$
0
0
Tengah clear kan memory hp tiba-tiba jumpa gambar ni. Kalau tak silap ni last preview movie yang aku tengok dan lepas pada tu semua preview screening adalah pada masa yang tak sesuai untuk aku. sobbsss.. Dalam wayang tu memang banyak baby dan kanak-kanak sebab ni pun movie budak kan. Sampai sekarang pun ulang tengok cerita boss baby ni tak bosan sebab kelakar. Movie baby yang aku suka lagi satu baby genius. Siapa ingat? hehhehe





Dari nak delete gambar kita transfer ke blog lah. Major throwback, terima kasih motherhood.com.my dan juga GSC untuk tiket ni.







buobo

Singapore Trip - Sentosa Island (Part 3)

$
0
0

Universal Studio Singapore USS


Tempat pertama sekali bila sampai Sentosa Island adalah globe USS. hahah sebab naik je dari tempat drop off atau parking area tu terus nampak globe ni. weeehuuuu. Baru aku faham kenapa ramai kata berjalan sekitar USS pun boleh sampai sehari dan kalau nak masuk USS pun kena sehari baru puas. Betul! Sekitar luar USS ni pun best gila. Haritu aku tak habis pusing pun kot. Kena pergi lagi sekali untuk masuk USS dan lepak kawasan luar ni sahaja.


Globe USS



Ingat senang nak dapat bergambar depan globe tanpa orang? Ramai gila tau menunggu depan globe untuk dapatkan gambar 'UNIVERSAL' sebab globe ni bergerak. hahaha Yang sebelah sana tu ramai gila orang so aku pusing mengadap pintu masuk USS ni nah kau kosong tak ada orang terus ambil gambar la apa lagi. Cuaca masa ni agak mendung so tak panas sangat la.



Ni pintu masuk Universal Studio Singapore (USS). Intai dari luar je hehhehe. Kena datang lain kali la kalau nak masuk. Mana tau ada rezeki bawa anak-anak sekali. Eh anak-anak tu nama nya lama lagi laaaa. hahahahhaha





Ni gambar sekitar luar USS yang sempat aku ambil. Ada juga water themepark tapi aku tak sempat nak pergi tengok. Baca signboard je. Masa ni perut aku buat hal so masa banyak dekat toilet. arghhhhhhh adik aku je sempat pergi tawaf kawasan ni. hahahha aku keluar toilet, group dah kena berkumpul. So apa boleh buat tapi nasib baik buat hal dekat sini kan ada la juga tandas nya. hahhaah.. Tandas tak ada pili air so pepandai la korang. hahahhahaa.





Sentosa Merlion


Dari globe USS kita pergi ke bapa segala singa pula. Sentosa Merlion. Yang dekat area Esplanade tu kata nya ibu singa tapi ni bapa singa sebab paling besar gitu. hehehe Jalan je nak ke Sentosa Merlion, naik escalator ni. Korang boleh google sentosa island maps untuk rujukan. Masa dekat sini serius aku tak peduli langsung nak tengok map ke apa semua sebab memang follow je. Kalau tengok maps ni banyak lagi area yang best sebab tu aku cakap untuk pergi area sekitar ni kena sehari atau 2 hari tau baru puas gitu. Kalau nak pergi kawasan sekitar situ la sebab biasa orang akan pergi USS, Palawan Beach atau kawasan depan USS tu je.

(google image)





Sentosa Merlion ni ramai gila orang kalau rajin boleh je naik naik keatas lagi tapi sebab kami nak kejar train untuk ke Palawan Beach so sempat bergambar depan sign SENTOSA ni dan beratur tunggu train kalau tidak lama kot tunggu. Ramai gila orang weh. Betul-betul depan sign SENTOSA ni Sentosa Express Station untuk ke pantai. Ada stop nak kena berhenti then kena jalan lagi. Kalau tak larat ada Beach Tram Stop untuk ke pantai tapi kami jalan je.



Memang kena standby air secukup nya sebab dahaga gila. Nasib la area ni banyak kedai makan dan serbaneka. Macam tau-tau je orang penat sampai sini. hahah KFC pun ada dekat sini. Kalau memang korang banyak masa free boleh kot lepak situ dulu tapi kami singgah kejap je. hihih.. Asal nya nak tunggu sign SENTOSA tu kosong nak ambil gambar tapi macam tak payah mimpi la orang datang tak putus-putus. hahah give up terus pergi beli air kejap sementara yang lain beratur tunggu turn naik train. Kena gerak in group la sebab ramai orang. Lagi pun kang tak tahu jalan nak ke pantai macam mana? haha sebab macam canggih juga la nak pergi pantai pun kena naik train, maybe ada jalan lain tapi kami lalu guna train.


Sentosa Express Station (train)





Ni rupa dalam stesen, sekali masuk macam tak percaya je nak ke pantai macam ni. hahaha macam nak pergi shopping mall je haa. gambar gegar sikit sebab sambil jalan kan sempat gak nak snap gitu. Agak sesak dekat sini. 


Ni stesen (Beach Station) yang kena keluar dan ikut je Palawan Beach tu ye. Padat gila haaa dalam train sebab memang orang ramai masa ni. Aku tak pasti la setiap masa ke macam mana.


Beach Tram Stop


Lepas keluar stesen tu akan jumpa Beach Tram ni pula. Kalau tak larat boleh je tunggu tram tapi macam lama je dan orang pun ramai. Cuaca panas dan kena berjalan walaupun dalam bangunan dan ada masa laluan luar bangunan, memang penat kot. Siapa yang tak fit boleh je stop rehat mana-mana lepas tu follow la ke Palawan Beach. Tapi aku ni kalau bab berjalan menonong je laaa, hahahha.


Jalan je ikut signboard. Lepas lalu beach tram korang akan menuju ke Kidzania Singapore. hahahha see tak sampai-sampai lagi pantai. hahahha Nak sejuk guna la laluan dalam bagunan ini.
 


Keluar dari Kidzania ni baru nampak pantai, kata nya ni laluan paling dekat. Aku pun tak pasti. Rasa nya kalau lalu susur tepi pantai dari stesen train tadi pun boleh kot. hahhaha Pandai-pandai la korang nanti ye sebab aku ikut je tour guide ni bawa.



Kalau naik tram kena turun sini la kot kan. Dah nampak pantai jadi excited pula. Dekat palawan beach ni cantik pemandangan. Banyak juga la gambar kami adik beradik. Boleh sambung next entry pula. Singapore trip ni memang target untuk menikmati pemandangan dan kawasan pelancongan kan so banyak la gambar dan cerita nya. Biasa aku buat collage tapi kali ni saja taknak buat sebab nak gambar clear. Maka panjang la entry nya.


Aku sendiri pun tak sangka day trip boleh jadi banyak part entry. hahahhaaha terima kasih pada yang sanggup baca cebisan memory aku ni.

Pantai Penarik Setiu Terengganu - Sotong Udang celup tepung murah

$
0
0
Suka makan seafood celup tepung? udang, sotong, ketam celup tepung. Seafood ni biasa mahal sikit kan tapi kalau nak cari yang murah dan sedap sila pergi Pantai Penarik Setiu Terengganu. Viral baru-baru ni pasal udang 45 ekor dengan harga RM10. Ikan selayang celup tepung pun serendah RM1.90 seekor. Air sirap dengan teh o ais percuma. Betul ke bohong? Sila pergi sendiri lah sebab sepanjang pantai penarik ada banyak gila pilihan kedai celup tepung. Kedai yang viral murah tu dekat kedai Trizai ni. Aku lalu je kedai ni sebab kami makan dekat kedai lain.


Semua kedai celup tepung pun letak banner udang 45 ekor RM10. Mungkin nak tarik orang ramai dan boleh kata semua kedai penuh. Panjang orang beratur.


Kedai Celup Tepung Cikgu, Pantai Penarik



Sempena balik raya haji baru ni dan kebetulan laki aku suka balik lalu LPT maka aku request la nak merasa celup tepung viral tu. Aku tak tengok sangat nama kedai yang viral tu sebab masuk je kawasan jalan pantai ni berderet kedai dengan banner celup tepung. Sampai area sana ngam masa lunch terus stop je mana-mana kedai. Kami pilih kedai celup tepung cikgu. Banner udang 45 ekor RM10 pun ada dekat sini.


Kedai semua nya betul-betul sebelah pantai dan cuaca pun cantik je. Masa aku sampai ni dah mula ramai beratur. Niat asal nak tapau je sebab anak aku tidur tapi macam tak best je makan dalam kereta so aku minta laki aku kejut je anak. Makan je situ. Sambil aku beratur laki aku tunggu meja kosong. Ramai la orang haaa.


Sambil beratur ni aku tengok je sotong besar lengan ha semuaaa. Harga bergantung pada saiz sotong. Tapi nampak segar weh. Sotong laku keras. Angkat dari kuali terus habis so orang ramai beratur sebab tunggu sotong dan udang. Angkat habis letak habis. Memang segar dan panas-panas celup tepung nya.


Udang celup tepung RM10 untuk 30 ekor bukan 45 ekor

Niat asal nak 2 ekor sotong tapi masa giliran aku tu sotong tinggal sekor atau kalau nak juga 2 ekor kena tunggu. Hey perut dah lapar memang malas la nak tunggu. Aku order mee goreng sepinggan, sotong sekor, udang RM10 lepas tu ambil hotdog dengan keropok lekor la sikit. Haaa bab udang ni rasa tertipu sebab kat sini 30 ekor RM10! Tapi banner tulis 45 ekor RM10. Malas nak kecoh sebab dah lapar so makan je la. Kalau korang jenis berkira sila tanya dulu laa betul ke tak RM10 untuk 45 ekor. hahahha.

Oh macam mana aku tau? Aku tanya macam mana kira semua ni lepas tu orang yang jaga tu bagitau udang 30 ekor RM10, sotong ikut saiz. Sotong aku tu besar lengan lelaki sado RM15 seekor. Ketam pun ada tapi ketam ni kecil je RM8 seekor. Ikan aku tak tanya pun. Udang tu tidak la pula aku nak kira betul ke tak 30 ekor. Melampau sangat haa. hahah



Air macam biasa la kalau tepi pantai mesti la minta air kelapa kan. Ni apa yang aku order. Udang RM10, Sotong RM15, mee goreng, keropok lekor RM2 dan hotdog. Udang 30 ekor tu tak habis pun. Sotong seekor pun tak habis juga dan nasib baik tak ambil 2 ekor. hahahha. Kami minta bungkus. Semua sedap! Adoi terbayang-bayang pula sotong udang ni. Balik kelantan nanti kena lalu sini lagi lah kan. hikkksssss


Pantai Penarik Setiu Terengganu



Kedai ni betul-betul sebelah pandai. Pantai ni pun nampak bersih. Mampu tengok dari jauh haa panas lit-lit sebab dalam pukul 1 ke 2 petang masa ni. Nak salai badan ke apa pergi pantai tu. hahahahha. Tapi angin pantai tu best la.




Cuaca cantik masa ni maka gambar pun lawa. heheheh Terus rasa nak pergi beach vacation. kah kah over sangat. Tak sabar nak pergi holiday lagi. Tapi nahhh perjalanan Kelantan ke KL jadi 12 jam hokey termasuk jalan-jalan cari makan Terengganu. Jem pun start dekat Karak. Kira okay la tu. Hari yang sama aku dengar kawan aku share yang lalu jalan gua musang tu jem teruk gila. Kira kami ni terselamat dari azab jem teruk tu siap boleh jalan-jalan kan. hehehe


Bermalam di Colmar Tropicale French Theme Resort

$
0
0
Nak dekat akhir tahun ni aku boleh nampak kebanyakkan topik yang dicari dekat blog adalah mengenai percutian bajet, pakej bajet, tips bawa anak bercuti, persiapan bercuti dan seumpama lagi. Nampak kan rata-rata ibu bapa dah mula survey tempat untuk bawa anak-anak bercuti. Sweet sangat tau. Kalau yang sekolah rendah tu lepas je UPSR dah heaven dah. hehehhe. Actually ni throwback percutian bulan November 2014. Asyraf pun baby lagi. Lepas aku bersalin, aku kurang update blog kan dan boleh kata sepanjang tu macam tak hidup sangat pun blog. huhu

Colmar Tropicale French Theme Resort - Bukit Tinggi Pahang


Pengalaman bermalam dekat Colmar Tropicale French Theme Resort kena juga blog kan so here I am sebab best dan dekat sangat dengan KL. Mungkin boleh bantu sesiapa yang cari tempat bercuti berdekatan Kuala Lumpur. Tempat ni terletak dekat Bukit Tinggi Bentong Pahang. Kalau taknak bermalam pun boleh je datang pusing-pusing kawasan sini. Aku dah pernah datang juga sebelum ni tapi biasa nya kalau pergi sana just saja jalan-jalan tak pernah bermalam, saja lepak dengan kawan-kawan aku masa tu. Kawasan sini kan tinggi so cuaca dia sejuk nyaman je tu yang buat tempat ni best. heheh macam pergi Cameron Highland tu.





Kami ke sana 2hari 1malam, sebab kan pergi ramai so ambil 2 apartment. 1 apartment 3 bilik dan 1 apartment 2 bilik. Design setiap apartment berbeza dan best. Macam apartment yang aku duduk tu 3 bilik tapi 2 tingkat atau duplex orang panggil. 1 bilik dekat bawah dan 2 bilik dekat tingkat atas. Design dia memang bertemakan Perancis. Kan dah tak payah susah-susah pergi Perancis. 


Ni lobby untuk check in dan check out. Dah dapat kunci boleh masuk apartment masing-masing letak barang ye. 


Ni bilik tingkat atas macam loteng, design menarik kan, yang anak aku sedap bergolek ni bilik bawah.

Ni rupa ruang tamu dan sebelah kanan tu dapur tapi aku tak ambil gambar la pula. Boleh la prepare makan sendiri ke apa. Agak luas apartment ni, walaupun kami ambil 2 apartment tapi semua berkumpul setempat juga. Nak dekat tidur baru balik apartment masing-masing. hahahah.



Toilet pun ala French juga. Bath tub pun ada. Dari mandi swimming pool yang sejuk gigil dekat luar ni baik bagi anak berendam dalam tu je. heheh. Bawah ni design luar resort ni


Petang tu lepas check in kami turun round kawasan. Ada kawasan permainan dan swimming pool. Sejuk gila tapi boleh ada swimming pool. Orang kulit macam mana la turun mandi pool sini. Tapi kalau tengok gambar pool ni kosong tak ada orang pun yang mandi. hahah sejuk kot.




Selain menginap dekat sini, boleh juga pergi ke beberapa tempat sekitar yang best macam Adventure Park, Japanese Village, Animal Park, Botanical Garden, Horse Trails, Paintball War Zone dan banyak lagi. Boleh refer peta bawah ni. Ada tram boleh bawa ronda. Tiket aku dah tak ingat berapa. Kami just pergi Japanese Village tu je. Mungkin sekarang dah berbeza. Ni aku throwback masa bermalam dekat sana je dan masa tu anak aku kecil lagi kan.


Suasana malam di Colmar Tropicale

Malam pun still ramai orang dan sangat cantik. Nak honeymoon sesuai ni sebab malam sejuk dan tenang je. hihih.. Nak cari makan boleh turun area ni tapi harga agak mahal sikit la.

 
Kalau stay sini boleh sekali breakfast ala-ala dekat Franch. hahahha Tengok la design restoran ni pun dah macam dekat oversea. Makanan pun tak yah cakap la aku paling suka pastri. Sedap gila. Makan sampai kenyang. hahah tapi makan dengan baby ni faham-faham la.



Disebabkan karang post throwback ni rasa nak pergi esok kejap. heheheh Okay la kan kalau free boleh la pergi kejap. Masuk jalan-jalan situ free je. Parking dekat kawasan castle tu. Bawa Asyraf jalan animal park kalau ada dan japanese village, ada mini air terjun dan ikan. Pergi kawasan kehijauan la sekali sekala. hehehhe Kalau tak silap masa ni Asyraf baru 6 bulan. heheh
  


Resipi Gulai Ayam Kelantan paling simple

$
0
0
Asyik cerita pasal jalan je kan. Dah lama tak share resipi dekat blog. Gulai ni jarang-jarang aku masak sebab kekadang okay kekadang tak okay bergantung pada santan. Lagi pun memang menu yang guna santan ni aku lemah sikit. Tapi practice make perfect orang putih kata. hahah. Aku sebenar lagi suka masak kari atau gulai tanpa santan. Kalau kari campur santan aku panggil gulai. Yeke? Belasah je la janji faham. Aku pun dah confuse apa beza kari dengan gulai.

Gulai Ayam

(gambar dah tak sabar nak makan)


Bahan gulai ayam

  • Ayam peha 4ketul (bergantung dan potong 2 peha tu)
  • Bawang merah 3 biji (bergantung pada saiz bawang)
  • Bawang putih 2/3 ulas
  • Halia seinci (agak je)
  • Rempah kari ayam/daging - aku guna pek kecil sekali masak
  • Kayu manis & bunga lawang 1/2biji
  • Air asam jawa
  • Kentang 2 biji
  • Santan
  • Minyak 
  • Garam secukup rasa


Bawang tu bergantung la banyak mana ayam korang guna, Macam aku family kecil so ayam sikit je sebab tu bawang pun sikit je guna. Ada orang separuh bawang merah bawang putih dan halia dimesin dan separuh dihiris nipis then baru tumis tapi kes aku ni nak cepat dan malas nak hiris just blend je semua tu. 

Jom Masak Gulai Ayam


1) Blend bawang merah bawang putih dan halis sekali.

2) Bahan blend di tumis dengan minyak sehingga kering air blend tu sekali dengan kayu manis dan bunga lawang. Biasa aku tak letak pun bunga lawang dan hanya kayu manis tapi hari ni saja letak. Aku tak suka banyak sangat rempah ni. haha

3) Masuk kan rempah kari. Kalau nak gaul asing dulu rempah kari dengan air jadi pes pun boleh atau nak masuk je terus dalam kuali serbuk kari tu pun boleh tapi campur air sikit bagi masak rempah tu. Tumis sampai pecah minyak. 

4) Lepas pecah minyak boleh masuk kan air asam jawa ikut cita rasa masing-masing. Aku tak suka masam sangat so letak sikit je. 

5) Biar sekejap, lepas tu baru masukkan ayam yang dah dipotong kecil tu. Aku guna peha ayam dan dipotong 2. Biarkan sampai kering air ayam tu. Rupa masa ni dah macam masak rendang je, hehe Pekat.

6) Masukan santan. Aku guna santan kotak M&S, pekat so aku letak sangat la sikit. Jangan la tuang semua sekali tapi itu bergantung juga pada banyak mana lauk korang kan. Then masukkan air sikit sebab santan kotak ni pekat. Kalau guna santan perah tu memang dah sekali air so lain tak payah tambah air banyak. 

7) Masukkan sekali kentang dan biar masak. Tambah garam secukup rasa. Kalau ada daun kari pun boleh tambah dan kalau tak ada pun tak apa. 


Siap! tapi sedap kalau makan dengan sambal Kelantan tu. Itu aku belum pernah buat sendiri. Tiap kali balik Kelantan ambil sebotol sambal yang mama atau nenek aku baut je. hahaha. Nanti la aku belajar buat sendiri. Ni kalau rajin goreng pula ayam cincang haaa terus jadi nasi kak wok versi athirah. walawey. 


Hari ni dapat lunch nasi berlauk gulai ayam klate wooo. Alhamdulilah. Moga bermanfaat untuk yang nak tau tu. 


Rahsia Tomyam Thai sedap kaw kaw

$
0
0

Thai Tomyam Kaw kaw


Menu wajib kalau keluar makan mesti nak order tomyam thai sebab antara menu menaikkan selera kan. Tapi depend pada kedai juga ada tomyam sedap dan ada yang kurang sedap. Kalau teringin sangat aku suka tomyam kung secret recipe sebab biasanya memang kaw la cuma sedih la sekarang makin mahal. Tapi bila time teringin tu pergi juga, mahal pun belasah je. hahaha


Kita pendekkan cerita baru ni aku tertengok orang viral pasal resipi tomyam thai, dia guna pes dari thai yang kaw tu. Biasanya aku tak kan tergoda sebab aku ni sejenis yang susah nak ubah sangat cara masak dan bahan aku guna. Aku mesti guna yang biasa juga macam contoh tomyam, selama ni aku hanya guna pes tomyam adabi tu je. Takut nak guna pes lain, takut tak jadi sayang je buang tak makan. Walaupun aku yang masak kalau tak okay aku sendiri tak akan makan. hahahha Teruk kan. Ramai je member aku share pes tomyam lain tapi tak rasa nak cuba, balik-balik guna pes yang sama sebab serik pernah try tukar tapi tak okay dekat tekak aku terus buang seperiuk kot! huhuh



Pes ni aku cuba sebab makcik aku bagi try, actually ada beberapa jenis yang lebih kurang sama dengan yang ni. Memang dari Thailand dan semestinya HALAL ye. Area Kelantan atau Kedah senang la dapat sebab jiran je kan. Masa pertama kali nak try ni lauk dan sayur memang aku kurangkan takut tak okay kang buang membazir je. Sikit je portion aku masak ni. Sekali nahhhhh kau sedap gila ya rabbi! hahahahha sebab letak udang kan lagi la terasa kawww tu macam tomyam kung secret recipe. Kuah pun nampak pekat dan cantik je kejadian nya. Baru nak campak cili padi tapi tak jadi sebab dah pakej pedas kawww. Aku memang masak simple dan tak tambah cili boh ke apa tau. Tapi pes tu dah cukup rasa memang terbaik. Terus ku pandang sepi pes tomyam adabi setangah papan aku borong aritu. Apa la nasib mereka. hahahhahahah

Resipi Thai Tomyam


Nak resipi? Bolehhhhh tapi ni cara #dapurathirah


Bahan-bahan 
  • Bawang besar 1biji
  • Bawang putih 3ulas
  • ayam/udang/sotong/daging
  • Serai ketuk
  • Pes tomyam (PENTING)
  • Daun limau purut
  • Sayur (Cili merah /tomato/bunga kubis/ carrot/ baby jagung)
  • Air
  • Garam /gula

Cara-cara
  1. Ketuk bawang putih, serai dan daun limau purut ke dalam periuk dengan air secukupnya
  2. Masukkan pes tomyam sesedap rasa, kalau nak kaw masuk lebih. Aku guna 2 sudu besar pes
  3. Masukkan lauk yang dah dipotong kecil
  4. Masukkan hirisan bawang besar, cili merah, bunga kubis, carrot dan baby jagung
  5. Tambah garam / gula secukup rasa. Aku tak guna cili padi sebab dah memang pedas tapi kalau nak lagi kaw boleh ketuk cili padi masukkan
  6. Akhir sekali boleh masukkan tomato
  7. Siap!

Aku suka masak tomyam sebab senang, rebus je semua dan tinggal. Ikut aku campak je semua tapi sebab nak tulis elok-elok ni macam kena susun ayat sikit kan. hahahhaha

Rahsia nya adalah PES THAI TOMYAM ni laaa... kalau nak tomyam korang kaw-kaw meletup berapi. hehehhehe. Bahan aku guna simple je tau sebab kalau ikut resipi lain suka letak susu la santan la cili kering la. uihhhh seram pula rasa. Untuk permulaan boleh cuba masak simple macam ni lepas tu kalau nak upgrade berlemak ke boleh la tambah santan ke susu. Ikut suka hati korang la. hehehhehe


Selamat mencari pes dan selamat mencuba. hehehhe


Ubat cacing untuk kanak-kanak

$
0
0
Entry ni untuk aku punya rekod sendiri. Bila last aku bagi anak aku ubat cacing. Kalau suruh kira sebenar nya ni baru kali kedua aku nak bagi anak aku ubat cacing. Teruk pula rasa. Last aku bagi ubat cacing masa dia 2 tahun kalau tak silap. Itu la pertama dan terakhir aku bagi ubat cacing sebab lepas bagi ubat cacing masa tu dia muntah cirit birit demam. Mungkin kebetulan sebab kalau ikutkan tak akan ada kesan sampingan tapi sebab aku yang cuak lebih terus rasa macam salah bagi ke apa. hahahha. Sejak tu aku macam dah lupa tentang kepentingan ubat cacing untuk kanak-kanak. Ubat cacing ni seeloknya di beri 6 bulan hingga setahun sekali. Boleh rujuk blog Dr Zubaidi.



Rekod ubat cacing Asyraf 21/9/2017 iaitu hari ni kali kedua bagi ubat cacing, umur 3 tahun 4 bulan la lebih kurang. 


Ubat Cacing - NOXWORM


Ubat cacing boleh dibeli di farmasi, hanya bagitau umur anak nanti orang dekat farmasi tu akan terangkan. Oh ya ubat cacing bukan untuk kanak-kanak sahaja tapi orang dewasa pun elok makan ubat cacing. hahha aku pernah baca post orang dewasa makan ubat cacing. Hasil dia kebabom sangat sampai aku sendiri geli baca komen. Ingat budak je diserang cacing. Kita ni pemakanan tak tentu lagi la, entah-entah cacing berkampung haaa dalam usus. hahahha. Kalau tak silap orang mengandung je tak boleh makan ubat cacing. Nanti korang tanya la pegawai farmasi tu ye, jangan malu-malu.



Dekat farmasi ada 2 jenis ubat cecair, nak tablet ke nak jenis cecair. Lama aku termenung situ sebab aku tak tau nak beli tablet macam gula-gula tu ke yang cecair sebab anak aku tak makan gula-gula, kang jenuh paksa dia telan tablet tu. Umur 2 tahun ke atas kena makan 2 biji, lagi laaa jenuh. Kalau dia suka tak apa tapi kalau tak suka? Flavor ada banyak jenis, coklat, strawberry, pisang, vanilla. Brand ubat cacing pun ada beberapa jenis tapi masa aku pergi tinggal brand ni je, katanya sama je so aku beli je la. Aku pilih perasa coklat dan jenis cecair.





Balik dah risau takut dia tak nak makan sebab umur dia kena habiskan sebotol ni. Hari tu dia sakit perut, kembung tegang perut sampai pernah bawa klinik tapi doktor tak cakap apa sangat sebab perut angin dia tak berak dan tak kentut dan dia masih aktif seperti biasa. Nak kata keracunan dia tak makan sangat siang tu. Lepas tu aku teringat dah lama tak bagi ubat cacing. Maybe sebab dia ingat masa dia kembung perut tu dia sendiri serik kot. Bila cakap kena makan ubat cacing taknak bagi sakit perut dia laju je nak siap duduk bersila depan aku. Fuh legaaa dia boleh habiskan ubat ni. Sedap weh rasa macam aiskrim coklat. Aku rasa sikit. hahahhaha



Siapa yang lupa bagi anak ubat cacing tu boleh la pergi cari. Ubat ni RM8.50 untuk cecair dan kalau tablet RM8 untuk 2 biji. Ni harga dekat farmasi area rumah aku la.


Muat turun app semak harga barang murah dan aduan penipuan

$
0
0
Kalau sesiapa kawan dengan aku dekat facebook mesti tau yang aku ni jenis suka share benda murah. Percutian bajet la, barang kelengkapan anak murah la, kedai murah la dan macam-macam lagi yang boleh jimat aku share. Adakah aku golongan cheapskate? hahahhaha Aku share untuk tolong orang ramai berjimat je. Dulu aku pernah share pasal app yang boleh compare harga murah kan dan kali ni pun aku nak share satu lagi aplikasi untuk tahu harga barang murah. Selagi boleh jimat kita jimat dan aplikasi ni adalah aplikasi dari pihak KPDNKK iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Aplikasi Paparan Harga KPDNKK





Semua harga dalam aplikasi ni memang di kemas kini setiap hari. Boleh log masuk pengguna am untuk semak harga barang yang ingin dibeli. Sebagai contoh aku nak cari susu Asyraf dan nak lebih tepat kena masukan carian berpandukan lokasi seperti dibawah.




Aplikasi ini akan mengeluarkan paparan harga di kawasan berdekatan kita, macam aku duduk dekat area shah alam maka aku search tempat mana yang murah untuk susu Asyraf. Ada beberapa list harga macam gambar bawah ni. Boleh terus ke situ la. Bagi aku aplikasi ni mudah sebab senang untuk kita bajet perbelanjaan bulanan. Susu dan pampers anak adalah perkara yang agak besar sebab bukan 1 atau 2 pek je dia minum. Memang lebih so sebelum aku nak shopping mesti aku survey dulu dekat mana jual susu murah dan terus je kesana. hahahha. Boleh terus borong dan jimat.



Minggu depan gaji kan bagi pekerja swasta macam aku dan masa tu la nak kena mula buat kira-kira untuk beli barang keperluan. So aku harap aplikasi ni dapat bantu korang untuk berjimat. Oh yaa buka saja barang anak tau. Ada pelbagai pilihan lain sperti barangan segar, barangan kering dan lain-lain. Semua keperluan asas la kira. Sebelum korang nak shopping tu boleh survey dulu harga guna aplikasi paparan harga ni dulu.



Kalau korang perasan screen shot aku dekat atas ni ada nama Nur Athirah, itu sebab aku log masuk friend of KPDNKK, maklumat aku dah ada dalam sistem mereka. hahahha contoh gambar ayam dekat bawah ni aku log masuk pengguna am pun boleh juga untuk tengok harga tapi nama aku tak keluar la. 




Aku cuba semak harga terkini ayam untuk hari ni. Nampak tu Econsave Kota Kemuning S31 jual murah gila ayam. Kalau orang berniaga ni untung la. Boleh borong banyak-banyak.


Cara download Aplikasi Paparan Harga





App Paparan Harga ios
https://itunes.apple.com/my/app/paparan-harga/id1249619299?mt=8


App Paparan Harga android
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.opensoft.paparanhargaandroidv2


Best kan zaman sekarang, semua nya dihujung jari. Bukan setakat aplikasi paparan harga saja tau. Tadi aku cakap app paparan harga aku log masuk tu as friend of KPDNKK (FOK) kan. Ni aku share cara nak download dan daftar sebagai FOK.


Aplikasi Friends of KPDNKK


 

Boleh download dekat link dibawah,


App Friends of KPDNKK ios
https://itunes.apple.com/my/app/friends-of-kpdnkk/id1231336846?mt=8


App Friends of KPDNKK android
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.kpdnkk.fokv2


Actually ni kan kad maya tau, kalau dulu ada kad dimana bila pergi kedai rakan dagang KPDNKK kita dapat diskaun belian tapi sekarang tak perlu bawa kad. Hanya tunjuk je app ni. Nampak tu nama aku as pengguna 1 Malaysia. haaa kau. hahhahahaha mudah tak perlu kembungkan wallet atau purse dengan kad banyak-banyak.




Aplikasi Ez ADU KPDNKK


Aplikasi ini sefaham aku untuk kita buat aduan jika harga barang tidak munasabah. Ini aku rasa paling penting sebagai pengguna agar tidak tertipu. Kalau korang rasa korang beli barang tu melampau mahal. Mudah je ambil gambar dan buat aduan menggunkan aplikasi ini. Tak perlu pergi ke pejabat aduan ke apa. Boleh download dekat link app dibawah.



App Ez ADU KPDNKK ios
https://itunes.apple.com/my/app/ez-adu-kpdnkk/id1012529241?mt=8


App Ez ADU KPDNKK android
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.kpdnkk.ezaduforandroid


KPDNKK mewujudkan ketiga-tiga aplikasi ni untuk memudahkan kita sebagai pengguna agar tidak terbeban dengan kos barang dan sara hidup. Fuh skema ayat aku tapi kalau duduk tengah bandar dengan gaji biasa tu. Perit wehhhh. Kalau duduk kampung ada juga tanah untuk berbudi. Serai ke lengkuas ke boleh tanam. Serai pun mahal kot. fuhhhh peluh aku taip kalau sembang pasal harga barang ni. huhuh Bawa RM50 untuk beli barang dapur dapat apa sangat. huhuhu. Moga apps ni boleh tolong korang mula berjimat. Kira aku dah share awal kan ni? hahahha Aku dah download ketiga-tiga app ni. hehhe




Throwback Birthday Ahmad Asyraf

$
0
0

Ahmad Asyraf 1 tahun


Aku buat hal reset gambar dekat folder handphone maka dengan itu kebanyakka gambar Asyraf masa baby sudah hilang dan kebanyakka gambar dah kena replace. Aku tak perasan sebab copy and paste lepas tu yes all. Maksudnya aku replace all beb! Sakit nya tu disitu. Aku tak perasan yang iphone album folder running number sama. Sedih gila tak yah cerita la. Dah la malas ingat balik dan terus rasa nak update entry throwback ni sebab kebetulan nampak gambar lama budak kecil ni. Birthday dia yang k- 3 aku dah update baru ni kan. Birthday Ahmad Asyraf ke-3.


Ni aku nak share birthday dia yang lepas. Masa umur dia genap setahun. Aku ada celebrate rupanya dengan family sebelah husband aku. Macam biasa la dekat tempat lepak kitorang. Restoran Brother's Z Kuang. Budak ni botak masa ni. Muka pun innocent betul, hahaha. Ni pun saja suka-suka dah alang-alang ramai ada so beli kek sekali sambut birthday budak kecil ni masa tu.




Sihat nya kami laki bini masa ni. hahahhaha. Jangan ditanya kenapa tapi sekarang dah slim tau. Mohon percaya. hahahah Geram nya tengok budak ni kecil-kecil. Tak sabar nak print semua gambar dia masa baby. hihihi.





Ahmad Asyraf 2 tahun

Alang-alang throwback, kita kasi throwback untuk 2 tahun terus birthday dia. Ni celebrate dekat secret recipe dan hanya kami bertiga je. Tak sangka semua birthday dia ada la juga kek. Ingat mama kejam sangat ke. hahaha Disebabkan hanya bertiga kita beli 1 slice cukup. Jangan tamak sangat.


Masa ni nampak dia pandai sikit kenal kek, tak sabar nak cuit dan menjahanamkan kek. Sudahnya mama dengan abah yang habiskan kek. Dia bukan makan, just nak hancurkan je. isk isk



See! kami berdua makin slim tahun ke tahun. hahahhahaha. Pastu berperang nak makan kek. oh anak...


Tak dilupa juga dah pandai minta mainan. Siap ambil ultraman terus jalan menonong ajak balik. hahahha comel sangat! Birthday dia yang ke-2 ni abah dia hadiahkan kereta elektrik kalau tak silap. Untung betul kan.




Comel je budak-budak masa kecil. Moga membesar jadi anak soleh ye. we love you baby.

Singapore Trip - Palawan Beach & Garden by the bay (Part 4)

$
0
0

Palawan Beach, Sentosa Island

Sambungan dari Singapore Trip - Sentosa Island (Part 3).

Walaupun ini hanya day trip tapi entry sampai bersambung-sambung sebab kami pulun pergi banyak tempat. Dah makin petang muka pun makin berlemoih orang utara kata (comot). So abaikan je la yang penting gambar pemandangan tu tau. haha. Aku difahamkan Palawan Beach adalah pantai yang paling lawa dekat sini dan istimewa nya adalah ada jambatan gantung antara pantai ke pulau kecil comel tu. hehehhe.



Masa kami sampai ni ramai orang dekat sini sebab ada event kolej ke universiti dekat sini. Ramai student-student. Ni rupa jambatan gantung ni. Boleh muat seorang cuma kalau ada orang nak patah balik kena bagi la ruang sikit. Muat je kalau selisih tapi masa ni ramai betul orang nak lalu. Seram juga sebab goyang-goyang cuma kurang takut sebabnya bawah tu laut dan tak tinggi sangat. Yeke? Aku rasa tak dalam kot. hahaha sempat pula fikir kalau jatuh. 



Pemandangan dekat jambatan ni cantik tapi kena cepat sebab belakang aku ramai orang tapi semua pun jalan slow dan rilex sebab sibuk bergambar juga. hahahha.



Ni kawasan sekitar pulau kecil, ada tower peninjau. Boleh nampak sekeliling tapi mengah juga naik sampai atas. Dah penat jalan weh. So sampai atas sekali tu aku rilex dulu dan nasib la ada gak bawa air sikit. Kalau tidak matilanak penat gila dan dahaga. Aku tak nampak kedai pun dekat situ. Kalau pantai dekat Malaysia banyak la nampak peniaga naik motor ke basikal jual air tepi-tepi pantai kan. Ni tak ada weh atau aku yang tak jumpa kedai sebab dah penat sangat. Boleh refer peta Palawan Beach dekat bawah. Ramai juga tak naik pun menara ni sebab malas nak daki tangga tu tapi aku ni dapat tenaga dari mana entah. Sampai atas aku naik. hahahah







Hasil keliling pulau kecil ni aku jumpa sign batu sentosa. Kena la rajin menapak sikit kalau dah alang-alang pergi tempat orang. Lagi pun aku bukan jenis reti duduk diam. hahaha. Rupa nya ramai juga tak pergi pun pulau kecil ni. Semua melepak dekat pantai je. hahahah Nampak sangat semua dah penat gila. Yang bawa budak kecil tu aku tak pasti la macam mana sebab aku tak sempat usha orang buat apa. Aku tahu buat hal aku dengan adik aku je pastu sibuk bergambar. hahahah





Lepas tu hanya rehat kejap dekat sini sebelum gerak balik. Kalau ikut peta bawah ni macam ada kedai. Oh yaaa kawasan water park bentuk kapal tu aku tak pergi pun tapi situ nampak ramai la orang dengan swimming suit. Kawasan sini tak nampak pun semua tempat sebab laluan jalan dia dikelilingi pokok macam hutan tu. So kalau nak pegi macam pool bentuk kapal tu kena ke susur sana la kot. Dari susur jalan memang tak tau pun ada tempat apa lagi sepanjang jalan. So aku nasihatkan kalau korang memang nak spend time dekat sini boleh refer peta kawasan tu dulu kalau tak rugi je tak perasan.


Laluan balik ni cepat gila weh. Potong terus Kidzania Singapore terus jumpa parking bas. Lega gila sebab aku ingat kena patah balik jauh. Dapat je naik bas aku dah rasa satu nikmat yang tak boleh dilupakan. Sejuk aircond tu memang rasa lega sangat-sangat. Boleh rilex je kaki. Terus rasa bagus juga aku amik bas trip ni dari trip sendiri. Kalau sendiri ni mesti jenuh nak balik cari bas atau mrt pula. Fuhhh tak boleh nak bayang sebab penat gila ya amat. Terus gerak ke light and water show.


Garden by the bay - Marina Bay Sand - Light and Water Show







Dekat sini memang sengaja datang petang senja sebab start pukul 7malam ada light and water show. Kalau biasa trip orang datang siang kan tapi sempena masa tu ada show so tour guide adjust pergi malam ngam-ngam untuk tengok pertunjukan lampu. Mula-mula aku pun blurr show apa tapi masa ni dah ramai gila orang tapi masih macam tak faham show apa sebab kawasan situ macam taman dan pokok-pokok cantik maka aku dengan rilex pergi cari makan. Kami makan Texas Chicken dekat sini. Oh yaaa kalau request nak bahagian ayam tu kena cas tau. hahahah berapa sgd entah kena. Kalau kita biasa minta bahagian peha ke dada okay je tapi sana kalau request kena cas. oh lala.



Tengok makin nak gelap makin ramai orang, dari kosong kawasan sign tu terus penuh. Nasib kami awal sikit je. Ni gambar adik aku dengan tour guide Singapore kami. hehe walaupun pakai heel tinggi gila tapi jalan laju kot dan sangat banyak dia share pasal Singapore.

Lepas makan tu kami keluar terus tengok taman tu penuh orang dah booking tempat nak baring dan aku masih curious kenapa orang pakat cari port nak baring. hahahah sengal gila. Bawah ni gambar depan restoran Texas Chicken. Garden by the bay betul-betul mengadap Marina Bays. Aku pun dah confuse banyak nama bay ni hahah.





Gambar atas ni ada jambatan gantung antara light tower ni, plan asal nak naik tapi panjang ya amat orang beratur nak naik. Terus rasa macam tak sempat je so cancel. Naik ni kena bayar tapi aku tak ingat brapa sgd seorang. Aku cari port untuk tengok show je la. Tunggu masa.



Meriah betul orang ramai bawa family tengok show ni. Aku tak pasti la tahap kebersihan lantai tapi semua pakat baring masa show start. Actually ni pertunjukkan lampu dengan irama muzik. Cantik sangat. Aku nak share video takut berat sangat pula nanti dan video aku sangat lama. Aku macam rekod dari mula sampai nak habis juga kalau tak silap. Lebih kurang sejam pertunjukan ni.



Bila malam hanya lampu ni je berkerdipan dengan irama muzik. Memang best gila la weh dan cantik sangat. Maybe korang boleh tengok dekat youtube ke mesti ada. heheh. Sempat beli aiskrim sedap dekat sini tapi tak habis sebab kenyang makan Texas Chicken. haha





Habis show semua mula berpusu pergi ke parking. Masa ni padat macam sardin sebab show habis serentak orang nak balik la. Jalan tak nampak tangga ke lubang ke main follow je orang ramai. Dapat masuk bas haaa lega. Nasib la dah isi perut dulu dekat Texas Chicken sebelum show sebab lepas tu terus keluar nak balik kan. Tak la berkeroncong sangat perut. Turun dekat kastam cop passport pun dah lemau gila masa ni. Kami berhenti rehat dan makan semua dekat R&R. Aku turun solat, bersihkan diri tukar baju semua lepas tu sambung naik bas tidur la sampai KL. hahahah. Overall aku suka gila trip ni.

Tamat sudah Singapore Trip aku

Apa ada dekat Zoo Negara Malaysia

$
0
0
Percaya atau tak yang ni pertama kali aku jejak Zoo Negara Malaysia sepanjang aku hidup? hahaha sebab biasa lawatan sekolah kan akan bawa ke Zoo Negara tapi malang nya memang aku tak pernah ada peluang untuk ke sana. Itulah realitinya walaupun belajar dan kerja dekat Selangor atau Kuala Lumpur. Pernah la aku minta laki aku bawa tapi tau mana dia bawa? Sampai gate zoo pastu pusing jalan belakang dan balik. hahah sampai sekarang aku ingat.


Actually trip ke zoo ni lepas aku balik dari Korea. Masa dekat Korea, masa kami masuk area safari dekat Everland Asyraf tidur okay. Padahal memang masuk sebab dia. Jenuh kejut taknak bangun. Elok keluar baru dia bangun.. Nak beratur masuk balik memang tak la panjang gila line masa tu. Oleh sebab itu kami nak bawa dia pergi Zoo Negara dengan mama dia tumpang excited sebab akhirnya dapat juga jejak Zoo Negara. hahahha. Kalau orang datang KL tanya apa ada dekat zoo senang juga nak jawab tapi ni sendiri tak pernah masuk macam mana nak cerita. hahah


Ni harga tiket masuk ke zoo negara. Masa aku pergi ni pemegang kad seperti tertera dapat diskaun 10% lagi. So sila bawa kalau ada, untung-untung dapat diskaun kan? Masa pergi ni Asyraf belum 3 tahun so dia free. Kami berdua je kena bayar. Kami pergi awal pagi sebab taknak panas sangat dekat sana so gerak pagi dan sampai ngam waktu zoo buka. Sana banyak pokok-pokok redup je tapi cuaca dekat Malaysia ni faham-faham je la. Standby la air masak ye dan pakai baju cotton nipis je kalau tak nak berpeluh teruk. hahaha



Boleh tahan luas zoo ni, jenuh pusing tapi tak ramai orang pun so memang kami buat hal sendiri je la. Tak pasti la apa aku nak komen pasal zoo ni sebab masuk mula-mula dekat kawasan burung dengan spesis monyet semua so macam biasa je. Kawasan spesis ikan dan seangkatan.


Bagi aku kalau anak dah mula belajar kenal haiwan ni boleh la bawa. Riadah bersama keluarga kaedah nya. Mungkin kita rasa biasa je tapi budak ni excited dan dalam proses belajar lagi kan. Memang dari mula masuk tu macam-macam la dia tanya. 



Dari awal tu aku macam okay layankan je anak aku sampai la masuk kawasan savannah walk ni aku sendiri excited sebab ada harimau, zirafah, kuda belang, unta dan banyak lagi. hahaha Dasar senang terhibur ni susah juga ye.




Lagi satu yang menarik adalah 2 ekor panda dari China di Zoo Negara Malaysia. Walaupun dah lama tapi aku baru nak pergi melawat depa ni. hahaha kalau dulu nak masuk tempat panda kena beli tiket asing kan tapi masa aku pergi tu tiket zoo dah sekali masuk tempat panda. Malaysia ni kan panas lit lit so dapat masuk tempat panda ni heaven nya rasa. Fully aircond tau. Panda ni kan kena tempat sejuk. Bukan main ek kau panda. Cantik lak tu rumah panda ni.


Masuk tempat panda ni kena diam okay tak boleh buat bising dan aku tak pasti kenapa. Sebab nya masa aku pergi tempat panda dekat Korea elok je bising budak-budak. Panda tu pun cool. Dekat zoo ni ada orang jaga tak kasi bising tapi standard zoo kan untuk budak dan budak ni memang la bising sebab dorang excited dan nak bertanya tapi kena diam. heyyy aku pun jadi malas nak stay lama so ajak laki aku keluar cepat sikit. hahahhaha. Takut anak aku buat bising kacau panda, orang tu asyik pandang je takut budak buat bising. ggggrrrrrr 

Patut aku tanya sekali kenapa tak boleh bising ea? hmmm


Keluar dari panda tu menuju jalan pulang sambil cari binatang yang ada. Nak tengok gajah tapi gajah takde pula. Tak pasti la mana pergi. Ramai yang datang terintai-intai cari si gajah besar tapi nan ado so balik je la. Masa balik lalu kawasan rama-rama tapi tak masuk pun. Dah panas dan letih rasa nak cepat balik je. huhuhuhu. Ada kandang singa depan tasik tapi dah mula panas binatang pun dah menyorok masuk kandang kot. haha.


Kalau tak pernah jejak zoo negara boleh la pergi. hahahah bagi anak kenal binatang hidup bukan dari buku atau ipad saja. hahaha. Sekian laporan ringkas orang yang teringin sangat nak masuk zoo dan akhirnya dapat. Apa ada? Binatang la. haha

Produk Himalaya Wellness di Mid Valley

$
0
0

Kedai Produk Himalaya di Mid Valley


Dah lama tak berjalan dekat Mid Valley ni tempat lepak masa zaman belajar. heheh. Suka pergi mid sebab macam-macam ada dan yang terbaru ni aku berjinak dengan produk Himalaya yang terkenal dengan produk yang menggunakan 100% herbal aktif dan dijamin halal. Menurut pekerja dekat sini produk Himalaya menggunakan barang natural dan dijamin selamat untuk penggunaan jangka panjang.


Benda pertama aku nak tengok masa datang adalah syampu sebab sekarang rambut aku tengah teruk. Boleh salahkan hormon tak? hahahahha. Kalau dah bahan semua 100% herbal dan natural semestinya selamat juga untuk ibu mengandung kan. Aku tanya member yang guna produk Himalaya pun ramai cakap syampu dan sabun dia paling best dari dulu lagi sebab anak dia tu kulit sensitif tapi guna sabun Himalaya ni bagus kata nya. Pekerja Himalaya pun kongsi kebanyakkan pelanggan tetap mereka memang cari syampu dan sabun Himalaya. Sempat juga aku perhati orang yang masuk dan beli barang Himalaya memang rata-rata tuju terus dekat syampu dan sabun.



Himalaya Wellness


Kalau korang pergi Mid Valley boleh singgah kedai Himalaya dan tak perlu segan untuk tanya pekerja di kedai Himalaya mengenai produk mereka. InsyaALLAH mereka akan bantu. Brand Himalaya Wellness ni juga menjual produk yang lengkap iaitu mempunyai semua produk penjagaan diri seperti rambut, muka dan juga supplemen yang sesuai untuk seisi keluarga.


Info tambahan untuk korang, Himalaya Wellness juga menjual produk Surya dan Apotec di cawangan yang tertentu sahaja seperti Sunway Pyramid, Mydin USJ dan Setapak Sentral sahaja. Kalau yang mencari produk Surya dan Apotec boleh la ke cawangan Himalaya Wellness yang disebutkan. Jangan cakap aku tak share tau.



Membership program

Sebelum aku lupa, aku nak kongsi sekali mengenai membership program Himalaya Wellness. Kalau korang tengok harga produk semua berpatutan. Memang berbaloi la dan kalau korang alang-alang nak shopping barang penjagaan diri tu baik terus join membership tau. Setiap pembelian RM100 keatas korang layak sertai ahli himalaya untuk lebih penjimatan. Harga produk Himalaya berpatutan dan kalau korang ahli lagi untuk dapat jimat dan juga dapat kumpul point. Kalau tak silap aku RM1 untuk 1point. Boleh dapatkan maklumat lanjutan dekat kedai Himalaya berhampiran.


Boleh tengok juga ragam kami anak beranak di Himalaya Wellness boutique ni. hehhehe.. si kecil yang busy nak shopping sama. Kalau tak dapat buka video bawah ni boleh tengok dekat facebook juga. - Dapatkan produk Himalaya Wellness.



Produk Himalaya Wellness


Syampu Himalaya

Ini antara produk yang terdapat di kedai vHimalaya Mid Valley. Syampu Himalaya terkenal dengan anti-hairfall set. Kalau pertama kali nak cuba dinasihakan beli terus 1 set. Protein syampu Himalaya pun antara best seller mengikut kata juru penasihat produk dorang la. Suka pula aku dengar dah la aku perhati semua yang masuk terus tuju syampu lepas tu bayar. Tak belek lama macam aku la. Nampak kan mereka ni semua penguna tegar produk Himalaya. Syampu ni ada pelabagai saiz dari kecil sampai la botol besar haaa. Oh yee protein syampu himalaya juga sesuai untuk kanak-kanak.



Kalau tanya aku, aku pun suggest korang beli set macam aku pegang bawah ni. Ni set syampu anti hair fall yang terkenal dekat Himalaya ni. hehehe. Dah boleh slow-slow tukar ke produk herba yang dijamin selamat ni kan. heheh Kawan-kawan aku ramai dah jadi pengguna produk Himalaya ni tapi aku je baru nak cuba. Makin berusia ni dengan rambut pun mula gugur sejak mengandung ni rasa seram juga la. hahha.




Sabun mandian - Himalaya Protecting Neem & Turmeric 

Sekarang bukan takat sabun buku tu tapi body wash pun ada. Yang terkenal adalah sabun buku kotak hijau tu. Sesuai untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah kulit. Kalau tak suka sabun buku, body wash biasa pun ada tu haa. Masuk dan pilih je la. Aku masuk sini aritu pun lama belek. hahahha.




Supplemen

Tak lupa juga supplemen tambahan Himalaya. Menurut juru penasihat produk tu juga, sekarang orang ramai makin berminat untuk cuba ambil supplemen himalaya sebab berasaskan herba dan selamat untuk jangka panjang. Kalau ambil supplemen lain ada campuran takut ada side effect dimasa depan. Tapi apa pun pilihan ditangan anda.




Boleh tengok juga produk Himalaya yang lain macam set anti jerawat pun ada tau. Kalau cari set Himalaya ni memang kena cari dekat Himalaya Wellness boutique saja la sebab tak akan dapat diperolehi di kedai-kedai lain tau. Nak tau kedai Himalaya berhampiran korang? Boleh check link dibawah dan boleh dapatkan maklumat lanjut.









Trip ke Kota Kinabalu Sabah - KK Times Square Hotel

$
0
0
Trip akhir tahun 2017 kali ni kami pilih ke Kota Kinabalu Sabah sebab aku sendiri tak pernah pergi lagi. Sebelum ni pernah ke Tawau dan Semporna je tu pun dah lama. Next target Sarawak sebab dalam Malaysia ni Sarawak je aku belum pernah sampai. hahah Kalau KK ni dah lama teringin nak pergi sebab utama nak ke New Zealand Malaysia iaitu area Kundasang. Sebelum ni tiap kali tengok tiket mesti tak jadi sebab tiket KK mahal cuma kali ni pejam mata kita sapu je la dan bila suami aku yang ajak. Jangan lepaskan peluang gitu. Flight return Airasia sorang KL-KK dalam RM516 termasuk hot seat, luggage, makan dan insuran. Dengan ini cuti panjang pun bermula dari 15 -21 Oktober 2017 kami akan berada di Kota Kinabalu Sabah.


Disebabkan cuaca hujan sekarang. Flight kami dari KL ke KK delay lepas tu yang lagi seram tak boleh nak landing so lama juga berpusing dekat atas dan cubaan untuk landing. Cuaca teruk masa kami sampai tu. Aku dalam flight berdebar gila kot sebab bergegar haaa. Lepas ni aku akan cuba avoid travel musim hujan. Seram sangat. Perjalanan KL ke KK lebih kurang 2jam setengah patutnya. Flight patut pukul 4.25pm tapi delay dekat setengah jam so lewat juga la sampai dengan tak boleh landing lagi. Touch down pukul 8pm. Alhamdulilah rasa lega sangat bila dah sampai tu. Tak pernah aku naik flight rasa cuak camtu. huhuh.


KK Times Square Hotel Kota Kinabalu


Hotel kali ni laki aku yang pilih sebab dia biasa datang sini. Biasa kalau pilih hotel memang aku nak yang ada swimming pool sebab kami ada budak kecil yang hantu air. So kalau pergi mana-mana lama mesti kena hiburkan dia dengan air. huhuhu.. Tapi laki aku pilih hotel yang paling dekat dengan shopping mall. Kali ni kami datang kena pula musim hujan seminggu straight pula tu kalau tengok weather forecast maka nya kami request bilik dengan bathtub. Nasib baik ada.



Yang menarik lokasi KK Times Square Hotel ni betul-betul depan Imago Shopping Mall Sabah. Bilik kami pula betul-betul menghadap shopping mall so aku boleh berjalan je pergi Imago. Kedai makan, kedai serbaneka semua jalan kaki. Lokasi hotel ni memang best. Kedai makan semua memang sebelah je so tak sempat pun nak kebulur. Shopping mall pun depan jalan je. Macam biasa favorite laki aku kalau dia yang cari hotel mesti guna Traveloka. 


Ruang lobi KK Times Square Hotel




Bilik King KK Times Square Hotel 



Bagi aku bilik KK Times ni memang selesa dan bersih cuma masa mula sampai tu kami ada masalah sikit bilik kami dapat tu tak dapat buka dan nasib baik la pekerja KK Times ni bagus terus tukar bilik lain so boleh terus masuk. Letak barang dan solat terus nak keluar cari makan masa tu. Boleh request sejadah juga cuma nya 1st time aku rasa hotel aku duduk tak ada peti sejuk. haha







Tips di KK Times Square Hotel.

1) Pilih bilik no genap sebab menghadap shopping malam dan bilik no ganjil pula menghadap belakang.
2) Kalau boleh minta tingkat rendah sikit jangan tinggi sangat sebab ada masa lif problem. Lif ada 2 belah sepatutnya tak ada problem la cuma masa lif sebelah bilik aku problem tu aku malas nak jalan ke lif satu lagi so aku naik je tangga dengan anak aku. Okay memang penat.
3) Hotel ni tak sesuai untuk orang yang guna wheelchair atau stroller sebab nak ke lif tu kena naik tangga dulu baru lif.
4) Parking hotel memang mahal dan terhad so korang boleh je parking dekat Imago Shopping Mall RM3/day kalau tak silap. Dekat je sebab basement area hotel ni bersambung dengan Imago.


Itu je kot tips yang boleh share sebab lain-lain aku rasa okay je tak ada masalah sebab nak cari barang makan ke apa semua dekat bawah ada. Cuma hotel ni tak ada laundry service so kena la hantar dobi dekat luar dan yang paling dekat aku jumpa kedai dobi ni. Hhahah aku malas nak keluar, sempat ambil gambar ni je. wakakakaka.. Dobi self service pun ada tapi malas nak tunggu so aku hantar dobi ni je. Tinggal lepas tu baru pickup. Ni kena drive keluar la kot sebab dekat area hotel tu tak jumpa pula dobi.



Seminggu juga aku dekat KK ni so macam banyak masa aku rilex je. Niat awal dulu pun gatal nak duk hotel je kan so nahhh laaa kena la dengan niat tu. Lagi-lagi musim hujan sekarang. Aktiviti pulau memang tak boleh langsung. Trip kali ni memang betul-betul santai sebab aku sendiri pun dah kurang upaya. Cepat je rasa penat. huhu


Sambal pauh klate

$
0
0
Kalau ada mangga muda ni mesti cari ikan dengan cili padi. Aku suka betul makan ni dengan nasi panas. Kalau orang Kelantan panggil sambal pauh tapi tempat lain mungkin panggil kerabu mangga atau sambal pauh ikan rebus. Aku tak pasti tapi yang aku jumpa orang Kelantan je selalu buat ni. Tempat lain campur kerisik la apa lagi. Tapi kalau yang tu aku panggil kerabu. hehehe.


Resipi Sambal Pauh Klate





Cara nak buat sangat la senang. Bahan pun sikit je.

1) Rebus ikan dengan garam dan asam keping. Ni macam nak buat laksa tu je dan dah siap rebus perisi ikan dari tulang.
2) Mangga muda tu kupas dari kulit dan biji. ehh ni kena ajar ke? hahah
3) Ambil lesung batu dan tumbuk isi ikan, mangga, cili padi dan sedikit garam. Kalau dah cukup masin sebab ikan dah rebus dengan garam, tak perlu la tambah garam ye.
4) Masak la nasi panas-panas dan makan.




Tahap pedas bergantung dan masam pun ikut lidah masing-masing. Ni aku guna sekor ikan je dengan 2 biji mangga telur muda. Cili padi aku letak 2 biji sebab pedas gila cili ni. huhuhuh.. Mangga lain aku tak suka sangat. Aku hanya buat sambal pauh kalau ada mangga telur ni je. hehehhe. Kalau tak kenal mangga telur tengok gambar bawah ni.

Mangga telur muda



Sedap di buat rojak. Mohon terliur. Bye~




Rasa suasana kampung di Taman Warisan Pertanian Putrajaya

$
0
0

Taman Warisan Pertanian Putrajaya


Pernah dengar Taman Warisan Pertanian Putrajaya ? Mungkin ramai juga dah tau pasal tempat ni tapi ni kali pertama untuk aku sebenar nya. Aku baru tau kewujudan tempat ni dan tak sangka ada medan selera juga dekat sini yang sentiasa meriah. Masa ada orang luar negara tanya aku apa yang menarik dekat Kuala Lumpur Malaysia yang boleh dorang lawat dan merasa suasana tradisional seriously aku blurrr tak tau nak jawab. Orang datang KL mesti pergi KLCC, Muzium Negara, Batu Caves dan kalau Putrajaya akan ke jambatan atau masjid Putrajaya. Yess ni pengalaman aku sendiri google pakej menarik untuk melawat Kuala Lumpur dan sekitar. Banyak sight seeing dan bila ditanya dekat mana dorang boleh rasa suasana kampung mesti la biasa orang suruh pergi ke negeri lain macam Kelantan, Terengganu atau pun Melaka. Itu saja tapi tak semua tempat boleh offer suasana kebun dan pertanian kampung kan? Kalau nak tengok biasanya kena pergi Muzium la kan?



Medan Selera Taman Warisan Putrajaya


Dekat sini cantik dan lengkap dengan kemudahan seperti tandas awam, surau, laluan untuk OKU, gerai makan dan juga dewan. Yang paling best tempat ni design lawa dan redup sebab nama pun taman warisan memang banyak pokok dan binaan kayu nampak macam dekat kampung je. Aku betul-betul tak sangka ramai juga orang datang sarapan dekat sini hingga la tengahari. Aku plan nak datang sini malam pula sebab dengar cerita lagi meriah. 



Tapi tahukan anda 
Selain medan selera korang boleh merasa tangkap ikan keli, pancing ikan, tanam padi, menuai madu kelulut, menoreh getah, kukur kelapa dan juga mencuba permainan tradisional seperti bowling kelapa, congkak dan pelbagai lagi aktiviti tradisional di Taman Warisan Putrajaya ni.


Info Taman Warisan Pertanian
  • Keluasan 35 ekar
  • Kebun buah
  • Sawah padi
  • Ladang getah dengan jumlah 71 pokok getah
  • Ladang teh 
  • Tanaman herba 
  • Makanan tradisional 
  • Viewing deck dengan pemandangan putrajaya
  • Mempunyai tour guide

Dusun Taman Warisan Pertanian



Aku rasa beruntung dapat peluang untuk join FAM Trip ke Taman Warisan Pertanian dengan geng Kelab Blogger Ben Ashaari. Masa taklimat mula-mula nak masuk tu mereka dah inform yang kami akan terkejut dan tak expect pun apa yang ada dekat dalam. Bukan pasal tu je masa mula aku sampai tu pun aku tak expect dekat sini ada medan selera yang meriah dan juga gerai buah dan juga gerai anak-anak pokok. Meriah pula tu so bila dorang cakap bila masuk dalam dusun kami akan nampak benda yang mungkin dah lama kita tak tengok lagi la rasa teruja. Aku tak sangka juga trip kali ni best gila. Banyak benda unexpected! Cuaca pun Alhamdulilah baik. 


Lepas taklimat dan juga pendaftaran kami di bawa ke dusun Taman Warisan Pertanian. Masuk sini ada bayaran tapi tak mahal pun dan bagi aku sangat berbaloi. Macam mengimbau memori gitu. Aku anak kampung, dulu selalu pergi kebun tok aku kan so faham sangat la perasaan tu. Bayaran masuk rujuk gambar dibawah. 




Kawasan ni luas so boleh pilih nak naik buggy atau berjalan. Kalau dalam group yang ramai dan perlukan tour guide pun boleh. Bila masuk sini memang best sebab dikelilingi kebun buah-buahan dan yang best betul-betul ada sawah padi. Aktiviti pertama ktorang adalah tangkap ikan keli dekat sawah padi. Si nan dengan ayu bukan menari tu tapi baru nak cari ikan keli. haha dekat sini aku banyak rekod video dorang je. hehe



Aku tak pasti la orang sekarang kenal tak lagi buah oren bentuk macam labu ni. Ni buah asam keping yang hitam kering tu.


Korang rasa buah apa bila pertama kali tengok? Macam manggis kan tapi ni kategori buah nadir iaitu buah yang hampir pupus. Ni namanya buah beruas. Rasa masam lagi dari manggis. Kalau manggis masam manis. 







 Daun pepper ni sekali tengok macam daun sireh, daun kadok pun sama lebih kurang bentuk. hahahah Aku ingat mula-mula pun pokok sireh rupanya bukan. Boleh la belajar kenal tumbuhan dekat sini. Gambar atas sebelah kanan tu buah koko yang buat serbuk koko tu. Aku rasa juga semua yang ada dekat sini. Macam-macam rasa ada. hahahha


Boleh juga tengok demo menoreh getah dan cara proses getah semua. Siap ada rumah wap untuk panaskan getah tu. Memang dekat sini mereka tunjuk cara tradisional untuk proses getah.

 
Dah penat melawat kebun dan proses getah semua kami berehat dekat rumah petani. Design rumah ni masih guna design lama tapi aku tak sempat melawat kawasan rumah ni pun. Dah penat so berehat dekat beranda sambil menikmati buah-buahan dari kebun situ sendiri tau. Redup betul tempat ni memang best. Serius korang kena datang sini. Tak mahal pun masuk tapi korang akan rasa macam dekat kampung tau dengan pokok buah merimbun. Masa ni lebat betul pokok rambutan masak ranum dan yaaa aku pulun la rambutan dekat sini. hahahhahahah. Terliur tengok rambutan segar dari pokok haaa.






Lepas berehat dan makan buah kami tengok cara menuai madu kelulut dan boleh terus rasa madu tu. Madu fresh lepas orang tu sedut dari sarang tu kami cuba. hahahhaha.. Aku rasa madu kelulut ni masam macam rasa tapai.



Lupa nak pesan kalau masuk kebun/ hutan guna magic lotion cosmoderm ni untuk elak serangga seperti nyamuk. Biasa dalam hutan nyamuk la yang tak tahan tu. Dan lagi best anti odur macam deodorant.




Aku ni dah la suka buah dan mata aku ni asyik nampak buah segar merimbun atas pokok je. Kedondong segar gemuk-gemuk pun aku geram. Maklum la orang kampung so nampak pokok buah ni jadi geram. hahaha. Bunga kantan pun elok cantik je, kalau beli mahal weh. Macam-macam la boleh tengok dekat sini. Lepas tu boleh pergi dekat area viewing deck ni untk bergambar berlatar belakang kan pemandangan Putrajaya. Cantik!!!



Dan tak lupa juga kami cuba main bowling kelapa. Ni memang aku tak pernah main. Pertama kali juga. Kalau congkak, kukur kelapa semua tu pernah la cuba tapi bowling kelapa ni memang aku pun pertama kali main. hahahah. 




Best ke tak best trip ni? Kalau tanya aku memang aku suka sebab dah lama sangat tak masuk kebun buah. Kalau nak buah biasa kat kedai terus kan. Last masuk kebun kalau tak silap masa sekolah rendah kot. Memang lepas ni kalau orang tanya nak pergi mana dekat Putrajaya aku akan suggest tempat ni. Kalau korang ada trip nak bawa warga asing dan nak merasa suasana kampung boleh bawa ke sini sebab ada juga program masakan lauk kampung seperti masak gulai kawah bergotong royong dan pelbagai lagi menu kampung. 

Untuk buat lawatan sambil belajar sangat sesuai dan untuk maklumat lebih lanjut boleh rujuk dibawah. 

Facebook : Putrajaya Floria
Instagram : @putrajayafloria 
Email : info@putrajayafloria.my / info@tamanwarisan.my
No Tel : +603 8893 1967 (HQ) / +603 8888 2722 (TWP)



Why should you consider Queenstown, Singapore as a place to call home

$
0
0


Why should you consider Queenstown as a place to call home 



After the Queen Elizabeth II coronation in year 1952, the area used to be known as Bo Beh Kang is now known today as Queenstown. The central area in the hood with very near distance to the Central Business District (CBD) of Singapore. Residential property in Queenstown area is always surround with good food and good neighbourhood. But, not to worry about buying a condominium in Queenstown.

Singapore's Queenstown history


Little bit about Singapore’s Queenstown history, apart from the Queen Elizabeth II coronation, it used to be a large swampy valley with a channel running through in a south eastern direction (yes, Singapore used to have a lot of swamp). Then, it is transformed to cemetery and rubber plantation. Not long after, it is cleared to build a new housing estate. Princess Margaret Estate (named after HM Elizabeth II's younger sister) was soon developed with more than 1,000 flats comprising one, two or three-room units and 68 terraces. In October 1956, a ceremony was held for Forfar House, a 14-storey block, distinctive landmark back then as the tallest HDB flat in Singapore. 


The area is developed as a self contained community. The formerwas fully completed with three cinemas, emporium, fresh food market, health centre, bowling alley, public library and nightclub cum restaurant. There’s also Town Centre and the Swimming and Sports Complex. Till today, the Swimming and Sports Complex fresh food market and cinemas are still existing for the Queenstown-er. Today, there are plentiful of eateries, entertainments, shopping and amenities to cater for the residents in Queenstown. Places like Tanglin Halt, Holland Village, Dover, Buona Vista, Commonwealth and Ghim Moh now belongs to Queenstown area.

Easy Transportation - MRT

 
Transportation is easily accessible in Queenstown with five MRT stations within the district. Buses and highway is also easily accessible making Queenstowner going for shopping to Orchard easy breezy. Besides, Queenstown and Orchard is just next door, bypassing Tanglin neighbourhood with just 5 minutes drive. Even private condominiums have bus stops nearby for residents. Along the MRT ride from Queenstown to Commonwealth, you’ll see a stretch of car’s showrooms, from continental cars to Japanese cars. Making you to drool with the new cars and vintage cars. Now, you know where to get your car to park in your condominium. Sometimes, you’ll be able to see new cars on the road doing some test drive. Going to IKEA Queenstown and Anchorpoint Shopping Centre is convenient, the bus that heads to IKEA always arrive within 15-20 minutes interval. 

Shopping Malls


Speaking of shopping, Queenstown provides shopping malls that cater for all. There are IKEA, Anchorpoint Shopping Centre, Queensway Shopping Centre and The Star Vista, it is where shop till your wallet drop applies. The oldest shopping in Queenstown, Queensway Shopping Centre, built in year 1976 that provides shopping and recreational options, a popular spot to get your sportswear, you can always spot the latest sports shoes in this mall and most importantly, the prices are cheaper! Then, we have the latest mall to the addition shopping mall list, The Star Vista, opened in year 2012 with one of a kind concept, cooled mall, optimises wind flows and air movement, bringing the outdoors “indoors” with lush greenery. It also houses 5,000-seat auditorium, Singapore’s largest performance venues.     

School


Being the first satellite town in Singapore definitely have the advantage as there are many schools built in Queestown. The renoun Anglo-Chinese School, private secondary institutional known for it’s all boys school with academic and sports excellence. Then, we have National University of Singapore (NUS), Singapore Institute of Technology (SIT) and Singapore Polytechnic housing students who are pursuing tertiary education in Singapore, especially overseas students. This brings demand for Queenstown condominiums where overseas students can rent private condominium or HDB flats that’s easily accessible to their campuses.

Centralized Residential area


Queenstown is centralized residential area with plentiful of private properties like condominiums and landed making residents are spoilt for choices to stay. There are HDB flats everywhere in this matured estates but there are plentiful of condos in Queenstown. It’s a happening town, we don’t see why would you not consider Queenstown for a stay. It’s just right next to Holland Village where all the good cafés, happening bars and exquisite delicacies are sitting. Besides, it is convenient to get to schools and CBD for work. If you like to enjoy private facilities in the exclusive condo, perhaps you might want to check it out what’s available in Queenstown. Over the years, there are many condos built in Queenstown with tranquil surrounding and stunning view of the city, Dempsey Hill, West Coast Sea view. After a long day at work in the hectic city, why not settle down for a beautiful view from your house?

Mencari lokasi dan pakej kahwin di Putrajaya

$
0
0
Amboi bukan main tajuk kan. Awak yang jumpa posting ni mesti tengah google tempat dan pakej kahwin la tu. Kalau dewan dan hotel mesti dah biasakan. Kalau mencari lokasi luar biasa boleh cuba tengok Laman Warisan, Taman Warisan Pertanian Putrajaya. Kenapa aku cakap luar biasa, boleh  tengok gambar dekat bawah ni. Bukan setakat tempat cantik tapi siap disediakan pakej perkahwinan.




Tahukah anda bahawa tempat ni adalah dalam kawasan yang sama aku pergi FAM Trip ke dusun Taman Warisan Pertanian Putrajaya tu? Actually lepas keluar kebun tu kami makan dekat Laman Warisan ni. Aku perhati tempat ni tak ada aircond. Mungkin tu boleh request kemudian kalau perlu tapi apa aku nak share adalah walaupun tak nampak aircond tapi sejuk redup je tempat ni. Boleh faham tak perasaan keluar dari dusun tengahari tu lepas tu masuk sini. Sejuk redup je dan mula-mula ingat ada aircond so perhati je sekeliling tapi tak ada. Design tempat ni memang binaan kayu dan sejuk je. Semestinya cantik la. Aku share sekali maklumat pakej Laman Warisan ni.


Pakej Perkahwinan Laman Warisan, Taman Warisan Pertanian Putrajaya


Pakej perkahwinan dekat Laman Warisan di Taman Warisan Putrajaya ini adalah tawaran dari Putrajaya Floria Sdn Bhd (PFSB) dengan kerjasama Felda D'Saji Sdn Bhd, katerer perkahwinan terkenal lembah kelang. Semestinya makanan semua nya best sangat.









Pakej ni bukan setakat untuk penduduk sekitar Putrajaya, Bangi dan Serdang sahaja namun penduduk luar kawasan ni yang berminat nak adakan majlis dekat sini pun boleh. Siapa taknak buat majlis kahwin romantis di dalam bangunan rekaan tradisi yang dikelilingi kehijauan taman herba, dusun buah, pokok komersial dan buah-buahan. Pencinta alam sekitar mesti suka tempat macam ni. Sejuk dan redup. Boleh terus buat photshoot kahwin dalam dusun kalau nak. Lanskap dusun pun cantik dalam ni.


Pakej perkahwinan ni bermula serendah RM12,500 sahaja dan berpeluang menikmati tawaran seperti dibawah,

  • Menu perkahwinan tradisi Melayu dihidang secara buffet
  • Meja pengantin dengan lauk pauk istimewa
  • Sewaan dewan, kerusi, meja dan dekorasi
  • Pelayan terlatih
  • Pelamin dekorasi berserta walkway
  • PA system basic
  • Lokasi fotografi percuma di Taman Warisan dengan kehijauan dan ikonik
  • Tempat letak kereta percuma
  • Kemudahan tandas dan surau untuk tetamu
  • Ruang persalinan / bilik menunggu

Di Laman Warisan bukan setakat pakej perkahwinan tapi boleh juga diadakan acara seperti pelancaran majlis korporat, makan tengahari. Hi-tea sekolah, makan malam steamboat dan lain-lain lagi majlis dengan tempahan minima 100 orang pada satu-satu masa.

Pakej perkahwinan - Tempat dan Katering


Untuk info tambahan boleh rujuk risalah ni, kalau aku cerita takut salah info pula.




Dan untuk maklumat lebih lanjut aku cadangkan hubungi Pegawai Jualan Felda D'Saji Sdn Bhd, En Mohd Azan Dalal 014-3388794 atau email azan.md@felda.net.my. Harap membantu.


Surprise Birthday dari suami

$
0
0
Walaupun birthday aku dah berbulan lepas tapi atas sebab kekangan masa tersadai post ni dekat draft je. As for my own record, I would update this wordless. Okay kan? hahahh. Pertama kali juga laki aku buat surprise delivery ni. Thanks husband. hehe. Hari birthday aku dia takde kena outstation, flight pergi mana entah masa ni so dia gantikan dengan delivery ni kena office aku. heheh



24-8-2017

Elok je tengah makan orang call kata nak deliver barang, ya terus sis dah agak something dan nasib baik laa dah nak siap makan. Apa la runner tu datang masa lunch time. Kalau aku keluar jauh masa ni? Kurang sikit surprise sebab kena rush balik tapi yang penting terima kasih buat ni semua. heheheh


Tahun ni genap la usia aku yang ke-29 dan Alhamdulilah masa ni tengah pregnant 8wk+. Aku ada niat sebelum umur 30 nak beranak lagi. Alhamdulilah rezeki. Tahun depan umur 30 jadi mak beranak 2. Doa yang baik-baik ye. Hari ni kandungan dah 18wk+. Kejap je rasa masa berlalu.



Viewing all 290 articles
Browse latest View live