Quantcast
Channel: athirahassin
Viewing all 290 articles
Browse latest View live

Cuci dapur dengan cif

$
0
0

Berapa kali korang cuci dapur? Kalau aku dulu lepas je masak benda tumis mesti terus cuci sebab kalau biar lama Ya Rabbi seksa gila nak sental kang. Tapi bergantung kat laki aku sama. Kalau balik kerja macam biasa sempat la aku nak masak dan kemas cuma bila dia busy aku tak menang tangan dan agak penat. Nak kata aku OCD macam tak tapi aku sakit hati tengok dapur berkerak.. tu je..





Kali ni 100% aku guna cif cream. Memang berbeza sangat. Terus nampak macam baru weh!!


Singki terus berkilat.. table top pun nampak bersih sangat. Tapi jenuh nak sental dan lap bersih sebab cif cream ni macam kuat je. Takut kalau tak cuci bersih kang ada kesan sabun lagi kan bahaya dekat budak. Dia datang pegang sana sini.


Area dapur paling lama nak sental sebab berminyak dan berkerak. Lama aku tak cuci dapur weh. Penat sangat lately ni. Hari ni je taktau tenaga dari mana. Hahahhah siap boleh update blog terus. Hiksss..



P/S actually baru sebahagian dapur ni.. bahagian lain tu malam lain la plak. Matilamak kalau semua malam ni. Hahhhahahaha




Domain baru - athirahassin.com

$
0
0
Banyak sejarah dengan blog ni. Selama ni aku banyak main tukar header je. Pernah juga terfikir nak tukar domain tapi masa tu aku macam ragu-ragu so tangguhkan dari tahun ke tahun. Kalau tak silap aku last sekali tukar adalah template blog je tu pun lepas beberapa tahun guna template yang sama. Boleh tengok sini Design Baru.



Apa itu domain?

Domain adalah nama atau alamat web yang biasa kita taip atau search bila online. Alamat web juga dipanggil URL (Uniform Resource Locator). Contohnya untuk pengguna platform blogger URL misztrex.blogspot.com tapi kalau domain sendiri akan jadi misztrex.com
 

Pemilihan Nama Domain

Bukan senang nak terus decide tukar domain blog ni. Aku survey nama-nama blog geng blogger yang lain sama. Macam-macam nama ada. Ni antara nama yang aku nak pilih

1) misztrex dotcom
2) ciktrex dotcom
3) athirahassin dotcom


Bila minta pendapat ramai, rata-rata pilih no 3 sebab nampak lebih matang dan fresh katanya. Hati aku asalnya nak pilih no 1 sebab dah lama guna nama tu tapi no 3 pun okay sebab tu nickname aku dikebanyakkan media sosial. No 2 tu lain terus pun okay. hahahha.. Kalau la boleh je guna tiga-tiga nama tu kan best. TAMAK!

Lama aku fikir nak pilih nama yang sesuai tapi akhirnya aku pilih no 3 juga. Dengan rasa positif untuk brand kan nama sendiri gitu.. positif sangat.. hahahahha padahal nak sedap kan hati.


Beli Domain

Bila dah pilih nama yang nak so sekarang dekat mana boleh beli domain sendiri? Oh yaa domain kena beli bukan main petik macam platform blogger atau wordpress. Itu je free. Tapi harga domain juga bergantung kepada penghujung nya antara dot com, dot net, dot my atau macam-macam lagi. Kebanyakkan lebih suka menggunakan 'dot com' sebagai hujung domain. Selain itu harga domain juga bergantung kepada syarikat mana yang korang beli domain.

Ni beberapa tempat yang boleh korang beli domain bergantung kepada availability nama pilihan anda juga.

1) GoDaddy
2) NetKL
3) exabytes

Ada banyak lagi tapi ni antara yang popular dengan tawaran yang menarik. Last sekali terima kasih banyak yang banyak tolong aku untuk beli domain ni juga.

Rasmi domain baru 7 March 2017. Lepas ni boleh edit dan kemaskan blog content pula. =)





Segmen Hasrul Hassan bantu trafik blog meroket

$
0
0
Dah lama aku tak join segmen macam ni. Siang tadi aku terbaca mengenai segmen anjuran blogger terkenal Hasrul Hassan (HH) dan terus aku cuba buka blog HH tapi kena blocked! Gelojoh punya pasal aku terus pm dia tanya kenapa. hahahhaa sebab sebelum ni pun pernah buka tapi tiap kali buka kena blocked. Blog HH je masalahnya kena blocked.

Sekali HH tanya "buka dekat office ke?" hahahhahahahahahhahaa then baru perasan tiap kali buka blog HH adalah masa dekat office. okay fine... tak buka dah kat office so balik kerja ni dah selamat tidurkan anak. Ni la masa untuk aku join segmen ni..


Dan hai.... siapa taknak Hasrul Hassan bantu trafik blog meroket? Syarat dan peraturan dia mudah je so apa lagi.. Jom join.




Syarat penyertaan

  1. Peserta mesti ada blog.
  2. Peserta diwajibkan untuk buat satu post ringkas dengan meletakkan banner segmen ini dalam post berkenaan. Banner tersebut mesti link ke blog/post ini.
  3. Dalam post tersebut, sila letakkan satu URL blog post anda yang anda mahukan trafik meroket. 
  4. Wajib untuk LIKE page HASRULHASSAN.COM (klik sekarang dan LIKE)
  5. Wajib untuk LIKE page BISNES ONLINE TANPA MODAL (klik sekarang dan LIKE)
  6. Wajib untuk FOLLOW Google Profile Hasrul Hassan (klik dan FOLLOW)


Minta meroket entry ni

http://www.athirahassin.com/2017/03/domain-baru-athirahassincom.html


Akhir sekali terima kasih HH buka segmen ni.. Pertama kali join =)



Apa dapat di Korea Plaza Menara Hap Seng

$
0
0
Korea Plaza Menara Hap Seng


Kebanyakkan orang Malaysia nak pergi korea mesti suka pergi Korea Plaza dekat Menara Hap Seng Jalan P. Ramlee Kuala Lumpur. Sebab apa? Biasa nya dapat banyak voucher diskaun dan juga infomasi terkini semua event yang berlangsung dekat Korea. Tahun lepas masa aku start study pasal Korea trip ni yang baru tau pasal Korea Plaza ni. Even T-money (transport card Korea macam touch n go) pun boleh dapat dekat sana dengan menjawab survey di website. Tapi kena selalu tengok website dorang. 


Tu cerita tahun lepas tapi ni update terkini untuk hari ni. Sebab baru je balik dari Korea Plaza Menara Hap Seng. Orang yang jaga dekat kaunter Korea Plaza tu bagitau so far belum ada apa-apa info untuk teruskan offer t-money tourist card dan voucher dalam masa terdekat ni. Masa aku pergi tadi pun rata-rata datang tanya pasal t-money la semestinya. Macam aku juga nak tourist t-money sebab ada banyak diskaun / offer dari kad tu berbeza dengan t-money biasa. Tu yang menarik sebenarnya. 


Sebelum ni aku tengok orang yang pegi sana dapat kad t-money yang berharga 2500 won for free sekali topup dalam tu lebih kurang 10000 won. Kalau ikut rate sekarang 1000 won = RM3.90.. kalau dapat kad tu  kan banyak boleh jimat.. hahahahah.. 


Korea Plaza - 11 March 2017



Ni apa yang aku dapat masa pergi Korea Plaza tadi. Yang menarik just dapat coupon book maksudnya ada coupon dalam tu dan juga maps untuk rujukan nanti. 


Okay laa yang bagi aku happy sikit pergi sana ada juga coupon masuk Everland 30% off. Kalau aku rasa nak masuk Everland la dan juga diskaun masuk Petite France kalau sempat.

Info : kalau nak tiket masuk Everland/ Seoul tower/ etc kat korea murah boleh beli di 11street tapi kena beli awal sebab proses dia kebanyakkan nya atleast 5hari bekerja. 

Muslim traveller

Dari pamplet dan booklet ni juga ada info mengenai tempat solat, makanan halal dan juga info logo halal. Siap bagi cara cakap dalam bahasa korea kalau nak minta makanan halal, tunjuk jalan, toilet dan sebagai nya. Okay la tak dapat t-money kita dapat info. (Sedapkan hati lagi) hahahahahha 


Kad T-Money 


Ni rupa t-money, kawan aku offer kad dorang sebab dia cakap ada banyak lagi balance dorang tak sempat claim aritu sebelum balik. Okay la boleh jimat sikit tak perlu beli kad just nanti beli kad untuk anak aku je la kalau perlu. Heheheh


Okay ni je yang aku boleh share info apa aku dapat dari Korea Plaza. Aku sarankan siapa yang jauh better call dulu sebelum pergi sebab kalau tak ada apa yang menarik buat penat je pergi. Lagi pun kalau setakat coupon tu boleh ambil di Incheon airport nanti je. Lagi banyak kata nya. Kalau nak juga pergi sila kan.. heheheh boleh ambil macam2 pamplet kat situ. Sekian 






Trafik blog meroket

$
0
0
Trafik blog meroket 


Hujung minggu biasa aku jarang sempat tengok blog tapi pagi tadi rasa nak buka blog terus nampak satu komen.

"Dah dapat trafik meroket?" - Hasrul Hassan

Aku apa lagi terus check stats blog! Hahahahhahaha gelojoh sangat. Dan nahhhh bukan setakat meroket ni aku tak tau sejenis tanda arah ke mana. Runcing tajam gilaaa..





Memang sesuai sangat dengan tajuk Segmen Hasrul Hassan bantu trafik blog meroket. Sayang HH... hahahahahhaah meroket lebih tinggi. Terima kasih sebab buat segmen ni.


Lepas tengok stats blog ni mencanang terus rasa bersemangat nak jadi macam HH. Tunjuk ajar ku sifu gitu. Start 2017 ni aku target untuk lebih serius dalam blogging sebab tu juga aku buat domain sendiri. Blogging bukan sekadar hobi yang buang masa tau. 

Susu kambing i-sihat revolusi baru

$
0
0
Aku ni boleh la kalau nak cakap suka minum susu. Nak kata hantu susu macam seram sangat pula. Dari sebelum mengandung pun memang suka minum susu then masa mengandung lagi la kena minum kan. Masa mengandung aku pilih untuk amal susu kambing tapi bila stok susu kambing habis baru aku cari susu lembu. Apa kesan amal minum susu sepanjang mengandung? Alhamdulilah takde masalah cramp cuma badan naik bagai di pam-pam. hahahha Standard pregnant laa.. Selera makan tinggi dan tiada alahan. Memang kembang la jawab nya.. hahhaha


Baru-baru ni ada orang perkenalkan satu produk susu kambing dekat aku. Susu kambing i-Sihat. Susu kambing ni kena tengok jenis juga sebab ada orang tak tahan bau hamis susu kan. So kisah nya aku cuba la produk susu kambing keluaran i-sihat ni. Bila tengok iklan ramai artis terkenal dan orang kenamaan pun minum susu ni. Kira agak terkenal la susu ni tapi aku je baru tau mungkin. heheh


3 Jenis susu kambing i-Sihat

1) Susu kambing asli - Tanpa gula tambahan, organik, tanpa bau hamis dan lemak berkrim.

2) Susu kambing vachoc plus 10 - Ni gabungan rasa vanila dan coklat ditambah 10 esktrak makanan seperti buah zaitun, buah tin, buah delima, kurma, kismis, badam, manna, saffron, habbatus sauda dan ginkgo biloba. Vachoc Plus 10 ni memang baik untuk minda

3) Susu kambing premium berry - 15 dalam 1 untuk kecantikan luaran dan kesihatan dalaman sesuai untuk lelaki dan wanita. Yang ni boleh bantu anda kekal awet muda dan jelita. 






Cara bancuhan susu kambing

Untuk permulaan biasa nya aku suka pilih perisa vanilla chocolate sebab takut perisa original bau hamis kang langsung tak boleh nak minum. Dasar manusia cerewet. hahaha. Nak bancuh ada cara nya untuk kekal kan nutrisi dalam susu tu. Kalau dah biasa buat susu untuk anak mesti tau yang susu tak boleh dibancuh terus dalam air panas, kena suam kan dulu baru letak susu dan goncang atau kacau. Boleh rujuk gambar bawah ni untuk cara bancuhan yang betul.



Biasa nya kalau bab susu kambing ni orang suka tanya budak umur berapa boleh mula minum. Produk i-Sihat susu kambing perisa asli dan vachoc plus 10 boleh diminum dari baby usia 6 bulan keatas. Kanak-kanak dan pelajar lagi la digalakkan minum. Sesuai untuk seisi keluarga. Kalau yang menyusu anak insyaAllah boleh tambahkan susu badan sebab kandungan makanan sunnah yang terdapat dalam susu kambing vachoc ni.



Khasiat susu kambing

Susu kambing dah memang terkenal dengan banyak kebaikkan dan aku percaya ramai tahu akan kebaikan dari susu kambing. Tapi aku still nak share khasiat dan kebaikan dari susu kambing ni. 

- Menambahkan tenaga dan stamina tubuh badan
- Meningkatkan daya ketahanan badan (imunisasi) dan fungsi tulang, gigi, otot, sel kulit serta saraf. 
- Baik untuk sistem penghadaman dan usu
- Meningkatkan daya ingatan, kepekaan dan kecerdasan minda (IQ-EQ)
- Bersifat alkali, mudah hadam, tidak menyebabkan alahan
- Menjana lebih banyak susu ibu yang berkualiti
- Membantu masalah kulit dan membuatkan kulit lebih cantik, cerah serta sihat.
- Mencegah anak dari demam kuning, ekzema, sembelit dan pembentukan lendir
- Untuk kesuburan pasangan yang telah berkahwin
- Membantu penyerapan kolestrol dan sistem pernafasan
- Membantu penghidap penyakit seperti gastrik, ulser perut, insomnia, obesiti, kolestrol berlebihan, sakit sendi, tulang rapuh, alzheimer, menopous, asthma, andropous, sakit kulit, resdung-lendir berlebihan, demam selsema, kencing manis, jantung, HIV/AIDS dan lain-lain.


Info packaging



Saja aku letak gambar asyraf yang ni sebab rasa comel je. Baru lepas kena marah sebab tak sabar-sabar minta buat air coklat (susu kambing ni). Suruh pegang kotak tak mau.. macam kena dera bila nak ambil gambar. hehhehe Mula-mula nak suruh dia minum beria taknak lepas dah try hari-hari minta. Dah sudahhhhh.. kena sorok dah.. hehe


Produk ni yang best boleh pilih nak packaging macam mana dengan harga yang sama. Menarik tak? hahahha macam yang anak aku pegang ni jenis sachet dalam sekotak tu ada 20 sachet x 25gram. Kira sekotak ni 500gram. Satu lagi jenis pek besar 500 gram sekali dengan scoop dalam tu. Macam standard susu budak biasa kita beli tu. Ada orang suka jenis sachet sebab senang nak bawa jalan tapi ada orang suka jenis pek besar sebab nampak banyak? hahahha psychology je semua tu sebab kandungan dia masih sama berat sebenar nya. Kalau tanya aku memang aku pilih jenis sachet la senang bawa jalan hehehh.





Review diri sendiri

Aku baca dekat pamplet dia cakap boleh bantu tambah tenaga dan stamina badan tapi aku macam lantak la sebab memang tau khasiat susu kambing tu.  Seminggu dua ni aku memang rasa penat lain macam sebab banyak benda nak kena urus. Cari barang untuk bercuti lagi, kerja dekat pejabat pun banyak dan balik hero kecil tu kuat meragam sekarang. Serius penat gila badan sebab balik kerja kena urus rumah pula. Pertama kali aku minum masa weekend pagi. Aku memang jarang breakfast tapi lunch jadi awal la. Yang bestnya buat aku rasa kenyang kalau tidak pukul 10 atau 11 pagi dah mengagau cari makan tapi hari tu aku rilex je. Lunch pun lewat, sampai laki aku yang ajak lunch. Biasa aku dulu yang lapar. hahahhaha Lagi satu yang aku perasan kalau minum sebelum tidur, bangun pagi rasa segar. Cergas je nak urus anak pagi-pagi. 

Ada balance beberapa sachet lagi boleh bawa pergi travel nanti. Nasib baik pilih sachet senang bawa travel. heheh. Rasa dia sedap dan tak hamis. Tak manis macam setengah susu formula lain kan. Overall memang aku suka. Yang buat dia lagi best sebab ada makanan tambahan dalam susu ni. Kalau berminat boleh check detail bawah ni. Banyak testimoni lain juga boleh refer page mereka. 













Website :
Facebook :  
Instgram : 
No tel : 
019 2020 911



 

Beli Brahim's murah - Dewina Food Industries Bangi

$
0
0
Kalau yang suka melancong keluar negara mesti dah kenal dengan produk Brahim's ni. Alternatif lain selain bawa maggi bila ke tempat orang. Aku google ramai yang suruh beli direct dari kilang Brahim di Bangi. Memang murah banyak compare dengan di kedai biasa. Tapi kalau setakat nak beli sikit atau travel solo tak berbaloi nak ke kilang di Bangi. Jauh dari aku tapi kalau korang dekat boleh je pergi borong. Lagi satu senang bawa Brahim ke luar negara sebab dah well known. Kalau produk lain nak kena declare dan explain tapi kalau bawa Brahim dorang dah kenal. InsyaALLAH lepas je masuk. Buka beg nampak Brahim terus okay je. hehhehe


Kenapa aku cakap harga dia jauh lebih murah di Bangi? Ni gambar aku shopping Brahim di Giant sebab nak ke Bangi jauh sangat la pula masa ni so beli dulu sikit kat Giant.





Dan ni pula harga Brahim dekat kilang di Bangi. Masa ni kebetulan lalu dan teringin nak tengok sendiri harga Brahim dari kilang walaupun aku dah beli dah sikit sebelum tu. hahahah..




Tengok harga murah gila terus menggelupur beli juga tambah. Hahahahha nasi goreng dekat sini dalam RM7.80+ kalau dekat giant dalam RM10+. Lauk pula dekat kilang RM4.95+ dan dekat giant dalam RM6+ macam mana aku boleh tahan dari memborong? Dan ni la hasilnya dari kilang Brahim Bangi. hahahhahah banyak pula aku tambah kan.

(yang tingkat paling tinggi tu kawan aku punya, aku punya yang tingkat rendah sikit)


Korang nak juga borong Brahim's?? Ni aku share macam mana nak ke sana. Kalau korang waze Brahim memang sampai sudah tak sampai sebab dalam waze nama dia Dewina Food Industries Sdn Bhd (Brahim's). hahahha sebab masa aku dekat area Bangi memang aku cuba waze Brahim tapi tak jumpa, yang keluar nama Dewina so follow saja.



Actually boleh parking dalam tu tapi sebab tak tau kan so aku parking je kat luar dan jalan masuk. Tempat borong ni betul-betul dekat pintu entrance. Korang akan nampak Brahim's shoppe. Masuk je tapi tempat ni kecil je. Kalau ramai tu tunggu la giliran jangan nak berebut. hehe



Ni je yang boleh aku share. Harap dapat membantu sesiapa yang cari Brahim murah.

Cara guna apps subway di Korea

$
0
0
Korea Selatan memang terkenal dengan perkhidmatan train atau subway yang sangat efisyen. Walaupun pertama kali ke Korea pun insyaALLAH tak kan sesat sebab ada nya offline apps subway ni. Cuma yang penting kena tau guna la. Kali ni aku nak share tips and tricks untuk bercuti di Korea Selatan bukan Korea Utara ye. Ni antara apps yang aku install sebelum bercuti ke Korea tempoh hari. Antara nya,

VisitKorea - untuk check tempat menarik
Korean - untuk belajar bahasa korea jika perlu komunikasi
HHWT - untuk pelancong muslim, ada senarai tempat makan halal dan surau
Subway - untuk train subway
KakaoMetro - sama fungsi dengan Subway juga


Cara guna apps Seoul Metro Korea (subway/train)

1) Install apps Subway/ KakaoMetro. Aku suggest install je dua2 sebab nya masa dekat sana aku tak boleh guna apps Subway. Yang okay masa tu KakaoMetro je. Dekat hp husband aku okay la pula apps Subway so incase korang sorang baik install je both. Mostly aku tengok orang korea sendiri suka guna KakaoMetro. hahahha Yang aku tunjuk sample ni untuk apps KakaoMetro. Tapi cara lebih kurang sama juga dengan Subway.


2) Kenal pasti station mana nak naik dan berhenti. Abaikan route train yang bersirat tu. Tak perlu nak pening faham kan route. Janji tau station mana nak berhenti dan station mana naik. Dekat bahagian search for a station tu taip station korang naik / berhenti. Macam contoh bawah ni aku taip Hongik Univ. ni station paling dekat dengan guesthouse kami.



3) Set station from / to.  Lepas taip station akan keluar macam kat bawah ni. Aku set Hongik Univ sebagai from dan taip lagitempat yang nak dituju pula. Macam contoh aku menuju ke station Ewha Womans Univ





Siap dia tunjuk sekali berapa tiket train. Kalau ikut map station Hongik Univ - Ewha Womans Univ ni kena naik train color hijau dan line 2 so masa dekat underground korang cari sign warna hijau dan ke arah Sinchon. Kena ingat yang 1 station ada banyak gila exit so korang memang kena tau la exit mana station tu.

Tapi dekat korea ni tempat jauh ke dekat memang fix dia tolak 1250 won sekali touch masuk so kalau jarak tempat tu dekat dan korang nak jimat baik jalan kaki je dari naik train. Kalau tempah tu betul2 jauh nanti masa nak keluar dia akan tolak nilai kad train korang tu. Macam contoh atas ni memang station betul-betul sebelah so tak nampak sangat kan?

Bawah ni aku tunjuk contoh dari station Hongik Univ - station Myeong-dong. Ikut map dekat apps ni dia tunjuk Line 2 color hijau dan train ke arah Sinchon. Nanti cari je signboard dekat station tu warna hijau dan kearah Sinchon. Lepas tu ada satu transit dekat Dongdaemun History & Culture Park so kena turun situ dan tukar train color biru pula. Warna biru ke arah Oido. So tunggu je train dekat situ. Faham tak? hahahha..




Tips subway Korea

1) Mesti install apps subway / KakaoMetro
2) Tahu station mana dan station yang dituju
3) Tahu exit mana nak keluar bila sampai sebab setiap exit tu jauh nak menapak sebab tu bila tengok itinerary orang share hanya mention station dan exit tempat yang dituju.
4) Bila keluar station just guna waze je untuk tahu arah jalan atau ada orang guna google map.



Ni je yang aku boleh share. Boleh tinggal komen kalau nak tau details. Thanks

Pakej Percutian Bajet - Melancong ke Korea

$
0
0

Bajet ke Korea 17-22 March 2017 


Alhamdulilah akhirnya dapat juga jejak ke Korea. Aku ni peminat cerita korean drama sampai semua cerita aku tengok tapi bukan peminat k-pop. Korea ni antara negara yang aku nak sangat pergi sebab terpengaruh dengan scenary dalam drama yang cantik gila. Memang pandai tarik pelancong melalui drama-drama dorang. Siap ada seoul entertainment trip maksudnya melawat lokasi drama-drama dorang kot selain attraction yang biasa tu.


Plan asal November tahun lepas tapi atas sebab tertentu kita tukar date March 2017. Tak kira dah musim apa masa booking flight tu janji boleh pergi. hahahha.. Lepas dah booking baru tengok musim apa. Sepatutnya March-May adalah musim bunga. Kira date aku pergi tu Winter nak masuk Spring. Sejuk lagi siap still snowing beberapa hari before date kitorang ke sana. hehehe


Sebelum aku teruskan dengan aktiviti harian atau itinerary sepanjang dekat Korea. Aku share dulu preparation dan cost sebelum ke sana. Aku kan manusia yang suka plan cun-cun dan jimat sebaiknya. Tapi jimat-jimat pun kena utamakan keselesaan juga hahahha. Bajet traveller gitu konsepnya, kalau boleh semua nak buat sendiri dan detail.

1) Flight tiket




Tiket masa aku booking tu paling murah boleh dapat dalam RM650+ kalau tak kisah waktu boarding. Macam aku kisah lah sebab ada budak kecil. Perjalanan ambil masa 6jam lebih kot so aku prefer waktu malam atau petang, kena tengok time anak aku tidur so dia tak cranky sangat dalam flight. Kalau kira harga flight untuk seorang include tax dalam RM742 sahaja. Tapi aku add on baggage 25kg dan juga meal inflight. So itu la harga total. RM2518.24. Lebih kurang RM839.50/seorang untuk 2 hala. Kira murah lagi laa kalau compare harga average biasa flight saja pun RM1000+ return seorang.



TIPS / INFO : Beli baggage sekali masa beli tiket adalah sangat murah compare bila add on kemudian. Bijak AirAsia sekarang. hahah


2) Tempat tinggal - Boa Travel House



Macam biasa aku sangat suka booking accomodation dengan AirAsiaGo. Masa ni aku ada compare dengan platform lain juga untuk booking bilik tapi harga dekat AirAsiaGo agak murah untuk guesthouse ni. Lagi pun guesthouse aku nak ni HOT! Fast selling okay terus aku gelabah sebab twin room/double room untuk family makin sikit masa ni. Aku booking 2 tempat sebab takut habis. Agoda pun aku proceed dengan AirAsiaGo pun aku booked. Dekat booking.com pun ada. Tapi masa tu jenis bilik lain2 yang available tapi booked je sebab boleh cancel kemudian. Bagi chance fikir dulu la konon nya dari tak dapat duk situ langsung. Nampak tak aku memang target guesthouse ni je.

Guesthouse ni dah menang award Tripadvisor Travellers' Choice since 2014 - 2017 berturut-turut. Review dia sangat la tiptop. Boleh refer website dorang http://www.boatravelhouse.com/. Macam biasa untuk hotel/ bilik aku suka baca review dulu sebelum booking dan untuk Korea Trip ni aku memang pilih Boa Travel House. Boleh refer gambar dibawah. Actually ada banyak lagi gambar nak share tapi penuh la blog aku ni.



Bagi aku guesthouse ni memang terbaik sangat untuk kami 3 beranak. So boleh faham kan kenapa guesthouse ni most wanted. Kitorang memang prefer twin/double room tapi masa tu memang tinggal satu je untuk date kitorang, tu yang aku terus booked. hahaha.. Memang tak menyesal dan aku rasa harga dia reasonable. (Sedapkan hati sebab memang dah target guesthouse ni dari awal so kalau harga dia mahal lagi pun aku booked) haha


Aku rasa la bilik kitorang ni di upgrade la sebab nya kalau tak silap aku booking double room nampak sempit je asalnya. Rezeki la kan dapat bilik luas ni.. Alhamdulilah.


Apa yang menarik di Boa Travel House

1) Muslim friendly - ada prayer room, ada dapur dan perkakas dapur asing untuk muslim sahaja siap dia lock.
2) Rooftop - sebab aku kan suka tengok cerita korea, dalam cerita korea banyak rumah dekat rooftop so terpengaruh.
3) Bilik bersih dan selesa - bilik yang baik, heater/ air semua function well dan juga luas bagi aku.
4) Ada restoran halal - guesthouse ni provide halal food even orang luar pun datang makan sini tau. boleh refer website mereka.
5) Toilet dalam bilik
6) Komputer dan printer - boleh guna komputer dan printer secara percuma, print boarding pass dekat sini je ritu dengan bantuan owner guesthouse
7) Laundry room - boleh cuci baju so tak payah susah bawa banyak2 baju.
8) Walking distance to subway/bus stop - Hongik Univ Stn Exit 4
7) Ada lif - ni best sebab tak semua guesthouse ada lif ye, senang untuk yang bawa stroller/ orang tua

Cara nak ke Boa Travel House



INFO : Banyak lagi guesthouse lain yang murah dan dekat dengan attaraction seperti dibawah tapi kami memang pilih area Hongdae.

BEEWON GUESTHOUSE - dekat dengan palace, gwanghwamun square, cheonggyecheon stream, insadong, bukchon hanok village
NAMSAN GUESTHOUSE - dekat dengan myeondong, namsan tower, namdaemun,

 3) Travel insurance


Aku pilih travel insurance AXA kali ni sebab murah dan ramai recommend.
Travel insurance untuk kami 3 beranak - RM97.50. Boleh refer link ni Travel Insurance AXA. So lebih kurang RM32.50 seorang.

4) Stok makanan 




Gambar ni nampak macam beria kan tapi sebenar nya tak semua ni pun aku bawa sebab berat sangat beg. So bila fikir secara rational 6 hari dekat sana. Milo/Coffee aku bawa untuk 6 paket je bajet sehari sekali minum lagipun breakfast provided. Maggi pun 3 pek je aku bawa since itinerary aku dah set sekali tempat makan. Yang lebih sikit pun aku bawa Brahims boleh refer link produk Brahims ni. Biskut je wajib lebih sebab standby untuk anak aku. heheheh.

Realiti nya dekat sana yang betul makan adalah serunding dengan sambal bilis. Korea senang nak dapatkan instant rice so tak payah susah nak masak ke apa. Dan kami banyak makan dekat luar murah-murah. hahhahaha.. So bab stok makan ni aku suggest jangan membazir sangat bawa banyak. Sakit badan nak angkut beg oi kecuali korang memang nak jimat taknak makan dekat luar then standby juga extra baggage ye.

5) Wifi / Internet - Travel Recommend




Ramai cakap guna je wifi free dekat Korea yang ada dimana-mana. Actually aku try la juga ritu walaupun ada wifi ni tapi sangat la tak best so end up aku guna juga wifi ni. Aku tak plan pun nak sewa portable wifi ni asalnya tapi sebab laki aku kerja dia on call je so kena prepare wifi. Ni laki aku yang sewa. Aku suggest Travel Recommend sebab baca review orang ramai.  

RM15/day unlimited data untuk Korea selatan.

Macam mana nak sewa?
1) pergi website travel recommend
2) apply secara online - isi semua info
3) perlu ingat tambahan RM200 deposit wajib, nanti lepas return dia refund balik
4) Sebelum fly kena self collect dekat airport atau korang nak dia courier pun boleh tapi kami ritu self collect je.
5) Balik je dari korea pergi balik dekat tempat pickup tu, just return.
6) lepas beberapa hari TR refund balik deposit RM200 tu.


6) Tukar duit korean won


Kitorang bajet RM2000 kira RM1000 seorang dewasa dan tak kira pun anak aku sebab dia macam semua free je. Ni rate masa tu;

1) 1000 won : RM3.90 so dapat tukar 256 000 won : RM998.40
2) 1000 won : RM3.925 so dapat tukar 254 000 won : RM996.95

Total korean won bawa sana 510 000 won tapi balance won bawa balik Malaysia adalah lebih kurang 170 000 won aku tak kira syiling yang banyak tu. hahaha. haaaaa ni sekali belanja untuk transport, entrance fee, makan dan kira souvenir sikit laa.. Just guna dalam 340 000 won untuk 3 orang tau. Kalau convert ikut rate 3.925 la ye nampak banyak sikit.

Belanja 340000 won : RM1334.50
Balance 170000 won : RM 667.25


7) Tour guide


Ni memang optional. Kalau korang rasa takut tak sempat nak cover semua baik ambil khidmat tour guide tapi kena ambil yang private la kalau reramai jangan mimpi sempat cover semua. Actually aku memang tak plan pun asal nya nak amik tour guide tapi lepas aku baca review ramai kata leceh kalau ada budak nak plan segala so aku takut dan terpengaruh la juga. Bukan selalu dapat peluang pergi sana. So terus gatal cari tour guide tapi agen mana nak offer pakej exclude flight and accomodation. Senang cerita sangat susah nak cari tour guide daily yang bawa jalan sahaja. Sebab susah nak kira rate. Kalau pergi Indonesia dan Thailand memang senang cari tapi Korea susah.

Lepas survey dan tanya aku pm la beberapa orang. Ada yang nak tolong bawa free of charge tapi macam tak berapa selesa la pula. So cari punya cari jumpa la ex student Korea. Dia buat tour secara sambilan dan sangat flexible. Aku minta tour 2 hari je dan kalau let say nak tambah kemudian pun dia kata okay je. Alhamdulilah jumpa yang senang kira dan memang baik sangat. Harga pun murah-murah la aku rasa. Aku tumpang join tour dia untuk 2 hari pertama je sangat-sangat la membantu. Terima kasih banyak-banyak tau.

Berapa rate dia? Sila pm beliau sendiri sebab dia ada pakej tour guide juga boleh refer link ni. Yaddtravel. Dah balik baru tau. hahah

8) Parking kereta & KLIA Transit


Part ni terkejut juga la sebab lama dah tak parking sini. Rate parking dekat Putrajaya Sentral dah naik. KLIA Transit pun naik harga. eh eh



Parking putrajaya sentral 6h5m RM42.00. Ni sebab masa sampai sini dah lepas pukul 12 malam so harga dia mahal la. Aku pun tak reti nak kira tapi apa yang aku tau ni rate putrajaya sentral sekarang;

15 minit pertama : percuma
Bayaran sehari sebelum 12 malam : RM2.00
Bayaran sehari selepas 12.01 malam hingga 6.00 pagi : RM4.00


KLIA Transit untuk 2 dewasa dan 1 kanak-kanak RM46.00 return. Beli siap-siap pergi balik senang sampai malam tu.

SUMMARY



1) Return flight : RM742 /seorang tak termasuk meal & baggage
2) Guesthouse 6H5M : RM607 /seorang (kanak-kanak free)
3) Travel insurance : RM32.50 /seorang
4) Stok makanan
5) Wifi : RM15/day
6) Korean won : RM670 /seorang tak termasuk anak aku
7) Tour guide
8) Parking & KLIA Transit
 

Harap dapat membantu yang tengah buat bajet ke Korea dengan anak kecil. Anak aku masa trip ni 2 tahun 10 bulan. Aku rasa yang aku bayar untuk dia hanya la flight dan makan je. hehehhe lain-lain free. Aku bagi bajet dulu nanti aku update detail itinerary pula.

Apps - Cara guna apps subway

Itinerary Korea


Melancong ke Korea Day 1
Melancong ke Korea Day 2
Melancong ke Korea Day 3
Melancong ke Korea Day 4
Melancong ke Korea Day 5
Melancong ke Korea Day 6



Barang baby online - motherhood

$
0
0
Biasa dengar website motherhood? Website ni sesuai untuk ibu bapa yang cari keperluan anak-anak. Macam botol susu, pampers dan seangkatan. Bab barang anak online ni memang aku suka sangat sebab senang browse je cari mana berkenan tapi make sure ada la duit nak bayar online je tu atau nak cuci mata je ke. Dah jadi mak orang ni memang barang anak je suka tengok. Barang sendiri tu sampai sudah tak beli-beli punya.




Masa aku tau pasal website ni terus search dekat handphone apa menarik. Tapi benda pertama aku nak tau ada ke tak semestinya diaper anak laaa.. heheheh. Korang kena rajin-rajin la survey ye sebab kadang-kadang mereka buat sale. Boleh jimat banyak. 





Yang ada baby tu pun mesti suka sebab barang baby la paling banyak. So senang boleh survey dekat sini. Masa anak aku kecil dulu boleh kata 95% barang dia aku beli online je. hahaha.. sebab senang dan tak perlu susah-susah keluar cari.


Nanti boleh la tengok-tengok page motherhood.com.my ni tau...Ada pelbagai brand dekat situ juga. Memang semua keperluan baby ada dekat situ okay. hahahha.. baju, makanan, mainan, stroller dan sebagainya. Tu aku cakap kena tengok sendiri. heheh..


Melancong ke Korea - Day 1

$
0
0

Percutian ke Korea


Lepas aku share pakej percutian bajet ke korea tu, ramai pula yang minta full itinerary. Boleh je nak share apa aku guna masa pergi haritu. Biasa plan dengan actual akan berubah sikit tapi tempat nak pergi dengan arah nak pergi tu sama je. Anyway aku booking tiket dengan guesthouse dari bulan Jun 2016 lagi. Travel date March 2017. haa haaa lama tak lama aku tunggu.

Unable to assign seat


Nak jadikan cerita masa aku nak check in tu tiba-tiba je tak boleh. Keluar notis ni "Unable to assign seat. Please proceed to check-in counters for assistance" kau rasa?? nervous gila tak payah cakap la. Aku siap pergi subang airport nak check sebab dekat dengan aku sekali sama je. Kes nya sebab semua seat penuh yang tinggal hot seat & quiet zone sahaja which is susah nak locate la. hahahah terus kena soal kenapa tak beli seat? eh eh.. aku tak sangka la pula yang ramai orang siap beli seat sebab biasa aku beli tiket masa check-in akan auto generate je. Berdebar tak payah cerita la so pasrah je la. Kitorang pergi KLIA2 paling awal.. kaunter check-in pun belum buka so tunggu je situ sebab tak sedap hati. Risau kalau kena asing dengan Asyraf memang haru betul tu. Asing dengan laki aku je takpe lagi. hahaha..Bila kaunter buka je kami la paling laju sebab tau kes camni kena la cepat. Tapi dekat kaunter orang kaunter lak mainkan perasaan aku lagi.

Kenapa tak check-in awal beli seat? 
Dia cakap seat semua asing-asing ni macam mana? 

Aku pun dengan pasrah cakap tak pe la mana-mana janji boleh check in dan ada seat. hahahha drama sebabak dengan lapar gila tak makan. Balik kerja terus ambil barang dan shoot ke Airport kot. Flight 1 pagi kena check in 4 jam sebelum so dalam pukul 9 mlm. Lepas settle check-in baggage semua terus ambil boarding pass dan pergi makan. Tak tengok dah seat kat mana sebab dah pasrah dan penat gila masa ni. Lepas makan pergi solat siap-siap tapi gilir dengan laki aku so masa ni la aku tengok boarding pass.. Terus happy!! sebab seat sekali. hahahhah hampeh betul orang dekat kaunter tu. saja mainkan perasaan aku! Kami dapat hot seat dekat bassinet tapi tak guna la bassinet tu.



 

Air Asia Hot Seat


Walaupun hot seat tapi memang tak selesa untuk kanak-kanak sebab arm rest tu kalau perasan tak boleh angkat. So anak aku malam tu tidur duduk je tapi nampak dia tak selesa aku angkat la riba dia. Kalau seat biasa boleh angkat arm rest so dia boleh baring dekat ktorang tapi tak pe la memang takde seat kan masa ni. Okay la tu. hahahha. Dah la orang sesuka hati je lalu lalang depan kitorang nak tidur pun susah asyik terjaga orang lalu. fuhhh




Incheon Airport, Korea


Masa kami sampai tu suhu 0'C hahahah tapi sebab dalam Airport tu tak rasa sangat la sebab ada heater. Aku masih dengan sweater biasa je lagi masa ni. Terus ikut je orang ramai. Oh yaaa dalam flight dia bagi borang kena isi macam biasa tapi kali ni laki aku isi semua. Aku dah tak larat dah. Biasa aku je tukang isi borang-borang tu. Semua borang tu bagi dekat imigresen dia, memang kita takde pegang apa-apa sebab ada setengah negara kena pegang sampai kita balik kan.



Incheon Airport ni besar so lepas sampai tu ikut je orang ramai kena naik train dulu sebelum jumpa imigresen dan claim baggage. Setiap gate tu jauh so dorang ada transfer train untuk memudahkan orang ramai. So jangan pelik kalau jalan tiba-tiba kearah train. heheh..


Antara sebab aku nak duduk Boa Travel House adalah tak perlu transit train dari Incheon Airport. Direct je dari airport. Lepas claim baggage semua terus cari signboard Airport Railroad (AREX), KTX ni. All train dengan KTX memang berdepan so ikut je direction. Kalau ada stroller guna lif turun bawah dari pintu arrival tu.



T-Money dan topup


Siapa yang nak ke Korea mesti dah tau fungsi T-money kan? Macam konsep touch n go kalau dekat Malaysia tapi dekat Korea panggil T-Money. Ada macam-macam corak yang comel juga so nanti masa nak kearah train tu akan nampak kedai serbaneka dan ada tulis t-money. Pergi je beli dekat situ sebelum naik train dan jangan lupa juga check baki dan topup siap-siap depan pintu ke Airport Railroad (AREX) / all train.


Mesin topup ada English so jangan risau. Ikut je arahan yang tertera.
1) Letak kad
2) Pilih bahasa
3) Topup jumlah yang nak

Dah siap terus tap masuk je. Kitorang ritu memang dah ada T-Money so just topup je dulu 20000won. Anak aku free. Perjalanan dari airport lebih kurang 50minit. Masa ni dah excited jangan cerita la. Sebab kami sampai awal pagi so memang plan untuk terus keluar berjalan.


Sampai je station Hongik (dekat guesthouse) terus cari exit 4. Macam dalam gambar atas ni. Setiap station memang ada signboard exit berbeza so pastikan korang tau nak exit mana station tu. Lepas tu terus ikut je direction kearah guesthouse. hehhehe best gila jalan kaki area Korea sebab suhu sejuk kan. Kalau dekat Malaysia jangan harap la nak jalan.


Ni lorong ke arah Boa Travel House tu. hehhehe memang korean style kan. kalau biasa tengok drama dia kawasan bukit-bukit tu biasa sini. Dari airport tak merasa sangat maksud sejuk sebenar walaupun announced suhu 0'C masa tu sebab tak keluar bangunan lagi. Sekali keluar exit tu haaa kau rasa... Terus cari mufler anak aku, hidung mulut terkejut sejuk.. hahhaha

Sempat beli air dekat GS26 tu macam 7E la tapi Starbucks tu aku tak pernah masuk langsung masa dekat sana. Ada yang gila beli tumbler dia kan tapi aku takde perasaan sangat.



Dekat Korea ni waktu check-in dia pukul 3 petang so kalau sampai awal just pergi tinggal barang je then boleh keluar jalan. Jangan risau memang kebanyakkan guesthouse sana memang ada ruang untuk customer tinggal beg sebab tak boleh check-in awal kecuali korang nak bayar extra untuk check-in awal. hehehhe..

NAMI ISLAND


Dari Hongik Univ. Station boleh tengok apps subway untuk ke Gapyeong Station (Nami Island). Ada satu transit sebelum sampai Gapyeong. Ikut je subway apps korang tu. Maybe perlu transit tempat lain ke. Depend pada route korang. Bila sampai je Gapyeong station tu korang boleh pilih nak naik bas atau teksi ke jeti nami. Disebab kan kami sampai agak lewat dah so naik teksi je terus ke nami.

Teksi dari gapyeong ke jeti nami 3800 won
Teksi dari jeti nami ke gapyeong 3000 won

Jangan tanya kenapa harga lain. Ni apa yang kami kena baru ni. hahaha.. Bayar guna T-money atau cash pun boleh. Kalau sampai awal sana baik korang naik bas sebab boleh trip ke Petite France dan Morning calm sekali. Naik bas tu free je pergi sana dengan 1 tiket.



Ni masa transit nak ke Gapyeong, masih excited walaupun penat ngantuk tak lena tidur. hahah.. Tunggu next train. Asyraf pun muka happy sebab boleh naik Thomas (baca train).


Gapyeong Station, keluar station ni terus je kedepan memang ada teksi yang sedia menunggu. Cakap je nami tak perlu lebih-lebih dorang dah faham. hahahaha. Anak aku boleh tidur masa ni gggrrrr dan nasib baik la bawa stroller sebab asalnya macam nak tinggal je dekat guesthouse. haha



Teksi tu berhenti betul-betul dekat "welcome to nami island" ni. Masa kami sampai ni dah tengah hari buta. So memang silau panas tapi sejuk. Boleh faham tak? Sampai pun masa yang ganjil so tak ramai orang pun cuma tak best nak ambil gambar. Silau matahari menegak. hahah..


Dari sini jalan je ke kaunter tiket untuk naik feri ke Nami Island. Entrance fee 8000 won seorang. Budak bawah 36 bulan FREE. Alhamdulilah tak ramai orang sebab kami sampai hari Jumaat bukan hujung minggu so tak perlu nak bersesak dekat sini. Beratur je tunggu naik feri.



Sampai je Nami Island ada orang bagi tau yang still ada salji haaa apa lagi memang excited gila tak yah cakap laaa.. hahahha Kebetulan anak tengah tidur so mak pak dia sakan la main salji yang ada. hahhaha Boleh la sedapkan hati tak dapat tengok sakura musim bunga dapat pegang salji. Suatu nikmat juga tu. Alhamdulilah..




Bongkah ais pun banyak lagi tinggal sikit-sikit sekitar Nami Island ni. Cuma yang tak best masa pertukaran musim sejuk ke musim bunga ni. Salji yang tinggal tu nampak kotor la orang pijak-pijak kan. Sekeliling tu nampak ranting kering je dan suhu masih sejuk. Sekitar 0 - 14'c masa ni.




Boleh tak rasa tak puas langsung dekat Nami sebab tak sempat pun nak pusing semua. Sampai pun dah petang kan. Main salji dan terus pergi makan tengahari nasi goncang. hehehhe.. Aku ambil nasi goncang tuna. Laki aku ambil nasi goncang cheese. Boleh tahan sedap la atau mungkin sebab tengah lapar dan sejuk so apa pun boleh. heheheh..


Nasi goncang ni dekat sebelah kanan hujung sekali deretan kedai gambar bawah ni. Nampak tersorok sikit. Dekat deretan ni juga ada prayer room dalam library bangunan kuning tu. Toilet pun dekat sini. Lepas makan terus pergi solat dulu tapi kena gilir la sebab anak aku dah bangun. Dia tak sabar nak main playground dekat sebelah tu. Tapi dalam library tu pun ada mainan dan boleh bawa anak main situ je. Tapi masa tu aku tak tengok pun. Penat kejar anak dekat luar sejuk-sejuk.. hahahah masa turn aku nak solat baru tau luas library tu untuk budak.. cehhhh..




Aku bagi gambar berbicara. hahhahah so now aku faham sangat kenapa orang suka pergi Nami pagi sampai la ke petang. Memang best sangat dan banyak tempat menarik untuk bergambar. Anak aku dah start cranky sikit petang tu tapi macam okay malas layan mama nak posing.. wakakakka bukan boleh datang bila-bila masa nak oii..



(ni dalam library yang sekali prayer room)

 (posing dari jauh je sebab ramai sangat orang tengah bergambar dengan patung tu, cari angle kosong so ni je berjaya)




Ikut kan banyak gambar nak upload tapi kang orang confuse ni album ke blog? hahahah.. First day yang paling best laaa.. Ikutkan petang tu nak pergi Itaewon tapi rasa penat dan anak aku dah mula meragam. Dari touch down terus berjalan. Tidur dalam flight pun tak selesa so kami decide balik guesthouse untuk check in dan rehat. Banyak hari lagi nak tempoh. All out sangat pun tak bagus. So lepas Nami kami balik je guesthouse. Kalau aku yang buat itinerary sendiri memang semua MUST Visit la aku masuk kan. hahah..


Aku share sekali dengan itinerary korea day 1 aku. Aku edit yang actual tau tapi tak jauh beza dengan plan sebab dah tau hari pertama masa aku tak banyak pun. Skip petite france and morning calm. Biasa kalau ke Nami akan sekali dengan pakej Petite France and Morning calm.

Itinerary Korea Day 1



Belanja hari pertama

Topup T-Money : 20000won X2 (balance dalam kad 5300 x2)
Air fanta : 1200won 
Banana uyun : 1000won
Coffee : 1000won
Taxi Gapyeong - Nami : 3800won (Tmoney)
Taxi Nami - Gapyeong : 3000won (Tmoney)
Entrance fee : 8000won X2
Lunch nasi goncang : 6500won X2 

Balance Tmoney : 11500 (athirah) + 12300 (husband)

Melancong ke Korea - Day 2

$
0
0
Macam mimpi je dah sampai Korea, dari dulu asyik berangan nak ke sana. Alhamdulilah. Berangan tak rugi apa-apa pun. Tapi kena juga usaha kan jangan berangan kosong gitu. Hari kedua dekat sana kalau tengok dekat itinerary yang aku plan ni macam padat sangat tapi realiti nya semua nya dekat-dekat rupanya. Hari kedua ni memang kami naik train masa pergi dan balik ke guesthouse je. Yang lain memang jalan kaki weh. hahah macam tak percaya je tapi mungkin sebab cuaca sejuk dan seronok tengok pemandangan luar tempat orang. Tak rasa penat. Dekat Malaysia jangan suruh aku jalan haaa.. hahahah lencun baju peluh. hehe

Melancong ke Korea Day 1

Itinerary Korea Day 2 

 



Itinerary yang aku share ni dah edit ikut actual, tapi actual ni banyak jimat part train sebab kami jalan je. Kalau plan semua tempat tu naik subway padahal dekat je.. hahaha.. So tips yang aku boleh share sebelum ke next place tu cuba waze atau google map dulu. Kang buat penat cari train je padahal walking distance.


Ni exit Hongik Univ. Stn paling dekat dengan guesthouse so selama seminggu ni je jalan utama kami nak kemana-mana. hehe. Rindu pula rasa nak ke sana lagi. Best sangat.

1) Gyeongbokgung Palace


Macam biasa kena tengok apps dulu check route mana nak ke Gyeongbokgung Palace. Kalau ikut plan the nearest exit 5 tapi since aku bawa stroller aku guna lif so macam terkial sikit kat mana sebab setiap station ada 1 je lif biasa nya. hahaha.. Masa ni agak nervous kat mana aku ni keluar-keluar station terus sebelah jalan raya besar. hahahha..

Kalau keluar guna lif akan nampak patung bogel tu sebelah lif. Dan ada nampak dinding batu palace tu. haaa tu la Gyeongbokgung palace. Lintas jalan tu dan go straight je. Akan nampak ramai pakai hanbok, boleh follow dorang ni hahahha..


Datang 10-11 pagi boleh tengok pertukaran pengawal istana tapi aku rasa tak tengok pun takpe. hahahha aku ambil gambar dengan pengawal tu dan terus cari kaunter tiket masuk dalam. Entrance fee 3000won seorang. Kalau korang memang betul nak belajar pasal sejarah dorang better tunggu tour guide palace tu. Ada jadual waktu dan kumpulan. Lepas beli tiket pergi kaunter informasi untuk minta tour guide. Kami ni main redah je tak tunggu tour. hahahah



Semua gambar tangan dalam poket sebab sejuk walaupun nampak terik matahari. hahahha.. dan jangan cuba nak duduk atau sandar dekat dinding batu tu. Macam duduk atas ais. hahahhaha.. Dekat korea dapat berjemur bawah matahari tu paling best sebab rasa suam sikit. 

 (paling susah nak dapatkan pemandangan belakang kosong sebenar nya.. ramai orang)


Ni entrance Gyeokbokgung Palace. Ada banyak palace lain tapi ni kata nya paling besar dan menarik.

2) Gwanghwamun Square

Dari Gyeongbokgung Palace hanya jalan kaki je ke Gwanghwamun Square. Nampak gambar bawah tu gerbang palace dengan statue king sejong? heheh dekat kan. Area ni macam dataran merdeka dekat Malaysia. 





3) Cheonggyecheon Stream


Dari Gwanghwamun jalan sampai nampak menara macam aiskrim ni. hehe memang depan ni la Gyeonggyecheon Stream. Masa kami dekat sana tengah ada perhimpunan apa entah so polis ada merata-rata. Aku busy rekod suasana sana sampai tak tengok sangat jalan.. muahahaha.. Walaupun nampak macam serius tapi dorang masih rilex dan tenang okay, kagum betul. Malas share dekat blog sebab nampak tak cantik pemandangan hahahha..





Dekat area sini ada surau dalam KTO, boleh solat jamak terus dekat sini so senang sikit sambung jalan kan. Kalau refer gambar atas ni, KTO area bangunan sebelah kanan dekat jambatan tu. Gambar bawah ni surau dalam KTO tu. Dekat sini juga korang boleh cuba hanbok dan ada banyak gambar artis kpop. Kalau suka kpop suka la kot masuk sini tapi aku tak dan explore sangat sebab busy dengan anak aku. Semua benda dia nak sentuh.. oh anak.. Laki aku je sakan posing dengan PSY oppa gangnam style sangat.. ggrrrrr


Beberapa minit lepas kami masuk KTO tiba-tiba satu rombongan sampai nak solat. hahahhaha satu bas kau haa sampai.. hehehhe

(dalam KTO Cheonggyecheon)

(sekitar Cheonggyecheon stream)

4) Insa-dong

Settle dekat KTO tu kami terus berjalan ke Insadong. Ni agak jauh sikit la jalan dan stop juga kejap rehat tepi jalan sambil usha orang sini. Best!! Aku rasa penat sebab dukung anak, dia dah mula cranky nak tidur. Kalau letak stroller memang dia tak tidur. Kena masuk carrier baru tidur so aku la pembawa carrier itu. Dengan abah dia mana mau. hahahha. Kalau rasa tak larat boleh je ambil taxi dari cheonggyecheon ke insadong tapi aku advise korang jalan sebab sejuk-sejuk best gitu. Lagipun suasana baru kan. hahahha.. Aku suka sangat tak tau macam mana nak cerita. Kalau naik taxi dalam 3000won je.



Kalau tengok orang ramai share, area insadong tempat shopping souvenir comel-comel kan tapi masa sampai ni tengah lapar dan penat berjalan dari cheonggyecheon stream so sampai sini kami cari makan je. Makan dekat vegetarian restaurant. Kedai dia agak tersorok ke belakang tapi penuh kot. Cheonggyecheon kira centre so dari situ pilih la next either ke insadong dan bukchon hanok atau ke myeongdeong dan namdaemun atau gwangjang market dan dongdaemun. hahahah... tapi kami cover kearah insadong dan bukchon hanok village dari cheonggyecheon.


Insadong ni macam shopping street so kalau nak tau korang dah sampai ke Insadong ke belum ikut je waze atau google map dan masuk dekat lorong ni (gambar atas). hahhaha Kalau tengok blog lain share pun memang landmark gambar macam ni je depan traffic light.


Ralit perhati ajumma ni jual chestnuts. Kenapa aku tak cuba ek? hahahhaha mungkin lapar cari makan je masa ni. Souvenir pun aku tak layan. hahahha.. Jangan tanya mahal ke murah tapi dekat sini ada jual cincin dan brooch batu jade. Jumpa Malaysian dekat sana dia cerita pasal tu.


Insadong agak luas dan aku tak explore semua pun. Fuhhh macam kena repeat je rasa. Yang bangunan bertingkat ni tak ingat apa nama bangunan tapi atas sekali macam open air rooftop. Anak aku dah tidur memang tak la naik atas dengan stroller. huhuhuhuhuu.. Lunch dekat sini merasa duduk ala korea hehehhe.. memang semua vege la dan portion dia besar gila untuk sorang makan. Aku tak habis pun makan tu.

Lunch 8500won sorang.




Kalau korang rajin pergi la tawaf area sini. hahahha.. mungkin jumpa benda menarik lagi. Ada juga tempat untuk pakai hanbok dekat sini. Selain souvenir dan kraf tangan ada banyak juga jual makanan dan dessert tapi aku tak ambil gambar la pula. 


5) Bukchon Hanok Village

Dari entrance insadong just lintas jalan dekat traffic light untuk ke Bukchon Hanok Village. Ikut je orang ramai. Nampak orang ramai ni, semua nak kearah Bukchon Hanok Village. hehehhe Masa mula aku ingat kawasan macam kampung.. hahahah rupanya bukchon hanok ni just rumah bentuk tradisional di tengah kawasan padat. Kawasan agak berbukit dan masih ada orang tinggal kat situ.


Sepanjang jalan ni ada macam-macam street performance. Yang unik bukan orang local tau tapi mostly foreigner yang siap boleh cakap korean. hahahha..





Patut la orang suka datang sini awal pagi sebab nak ambil gambar tanpa orang ramai berpusu-pusu. Disebalik tabir ni sebenarnya ramai tengah beratur tunggu giliran nak bergambar.. hahaha.. Dekat lorong tu jangan harap nak dapat gambar terbaik.. waaaa sedihhhh.. Tapi aku macam lagi suka ambil gambar yang rumah moden je sebab unik.. heheheh selalu tengok drama kan. Sepanjang jalan sini ada banyak rooftop coffee shop. View memang cantik laa...



Bila belek-belek nampak gambar dekat tempat yang memang spot untuk bergambar ada satu je tu pun gambar anak aku tak duduk diam dan ada orang. waaaaa busy kejar dia berlari kawasan bukit ni. fuhhhh challenging betul bawa anak tengah membesar ni.. hahaha..Lastly gambar area ni je aku rasa tenang tak ramai orang.. hahahha YESS!!!!



6) Itaewon


Nampak macam rushing dan full itinerary hari ni tapi actually biasa je. Lepas pusing Bukchon Hanok Village terus ke nearest station. Ingat nak balik tapi macam awal lagi so terus tukar plan ke Itaewon. Boleh solat sekali dekat sana. Then dinner dekat restoran Siti Sarah. Dekat sini halal so terus order nasi dengan ayam. Macam ayam penyet je aku tengok. Satu set 10000 won.



Alhamdulilah dapat solat dekat masjid Itaewon ni. Nak kearah masjid ni memang bukit curam. Mungkin aku lalu jalan lain ke apa entah tak tau. Since dah dekat nak malam dan kawasan bukit. Sejuk dia lain macam sebab agak berangin.. Masa ni warmer pad pun aku tak rasa pape. Terus beli coffee panas dekat mesin air untuk panaskan tangan je. hahahahha.. Tempat wuduk dekat luar so boleh faham tak keadaan tu? Gila sejuk wehhhh dari tempat wuduk pakai selipar then jalan ke tempat solat. Kebas terus tangan kaki.. waaaaaaaa... Air tu macam ais.. Pengalaman baru betul.. Biasa kan ada heater dan memang indoor ni dekat luar.. hahhaha gigil ambil wuduk pun.



Nak cari makanan halal memang paling banyak dekat Itaewon. Ramai juga yang suka cari guesthouse dekat sini tapi bagi aku tak laa kot sebab kawasan dia memang berbukit. Sembang dengan orang Malaysia yang jumpa dekat sana pun dia cakap penat menapak duduk Itaewon. Area sini ramai gila foreigner hahahaha tak berapa nampak orang korea. Bagi aku dekat Korea ni yang penting cari guesthouse yang dekat dengan subway sebab sekali dah keluar korang mana balik guesthouse pun. So macam sama je mana-mana. hehehhe.. Tu pendapat aku laaa.

(Masjid dekat hujung sekali jalan ni sebelah kiri sebelum selekoh)

Nasib pergi Itaewon last sekali sebab penat naik turun bukit. Lalu kedai kebab yang famous pun jadi takde perasaan dah. hahahha Fikir penat je seharian berjalan then kena naik turun bukit.. wahhhh kau.. Kalau jalan melenggang tak la rasa sangat tapi kami tolak stroller lagi.. hahahhaha.. Lepas itaewon memang terus balik laa.. Gila kentang kau berjalan seharian.. hahahhaa..


Kitorang hari kedua ni naik subway dari guesthouse - Gyeongbokgung then Bukchon hanok - itaewon dan itaewon - guesthouse. Jimat kan padahal banyak tempat pergi tu hahahhah

TIPS : Study map seoul tour dulu. hehehhe sebab tu ada variasi itinerary ikut masing-masing. Kalau aku rajin nanti aku scan map seoul tour dekat sini. Dekat google tak clear sangat semua. Cuba juga cari tapi tak jumpa yang elok.  (UPDATED)



Sharing walking distance area;
1) Gyeongbokgung Palace, National folk museum, Gwanghwamun square, Cheonggyecheon stream, Insadong, Bukchon Hanok village.
2) Deoksugung palace, Seoul city, Myeongdong, Namdaemun, Namsan tower, Namsangok Hanok village
3) Dongdaemun, DDP, gwangjang market

Belanja hari kedua

Entrance fee Gyeongbokgung palace : 3000won X2
Coffee shop palace : 3000won X2
Lunch vegetarian restaurant : 8500won X2
Coffee itaewon : 800won
Dinner Siti Sarah : 10000won (1 set)
Air oren + banana milk : 4400+1200won

Balance Tmoney : 6500 (athirah) + 7300 (husband)


Pusat Cari Jodoh Malaysia - Lunch Actually

$
0
0
Macam mana nak mula ye? Actually kan masa aku dapat info pasal kewujudan "Lunch Actually" ni aku terus tergelak sendiri sebab aku tak sangka ada benda ni dekat Malaysia. Maksud aku ada syarikat untuk mencari jodoh. Biasa tengok drama atau movie orang blind date segala ni tapi aku tak pernah lagi terfikir benda ni dekat Malaysia dan agensi mencari jodoh ni yang terbesar di Asia Tenggara sejak 2004!! hahahahha Dah lama wujud tapi aku sendiri baru tahu. Woooww sangat!! hahahahah

Lunch Actually - premium dating company


Agensi ni ditubuhkan oleh pasangan suami isteri Jamie Lee and Violet Lim. Apa yang aku faham agensi ni special untuk golongan professional yang nak mencari jodoh tapi kekangan masa. Kalau perasan sekarang ni kan golongan professional macam level manager, director atau pun doktor ramai yang membujang sampai tua. Bukan semua yang taknak bercinta atau kahwin tapi sebab masing-masing sibuk dan tak berpeluang pun nak dating atau berjumpa jodoh mungkin. So aku rasa agensi ni paling sesuai la untuk golongan macam ni. Agensi ni bukan sebarangan pusat cari jodoh sebab ada prosedur yang kena ikut. Mereka ni certified matchmaker okay!

Ms Violet Lim, the CEO and Co-Founder of Lunch Actually

Prosedur "Lunch Actually"


1) Bagi profil diri
2) Jumpa dating consultant untuk memastikan karakter diri sebelum matching dengan pasangan yang bersesuaian
3) Pilih pasangan yang kena dengan kriteria
4) Atur temujanji dan pilih restoran untuk jumpa
5) Feedback lepas jumpa


Apa yang lagi menarik, Lunch Actually dah menjodohkan lebih kurang 90,000 pasangan!! hahahahha Tak tau kenapa aku macam kagum gila baca info pasal agensi ni sebab benda baru pada aku. Mungkin ada yang memang dah familiar dengan agensi macam ni tapi aku sikit pun tak pernah terfikir ada wujud agensi macam ni secara realiti. hahahahha..


Nak jodohkan orang ni bukan benda mudah dan main-main sebab melibatkan hidup dan perasaan orang. Bagi aku ni suatu benda yang sangat tough. Sebab tu prosedur dekat Lunch Actually ni agak ketat bertujuan untuk cari jodoh atau pasangan yang paling sesuai dengan kehendak dan karakter diri masing-masing. Ni kira professional dating la tapi betul apa dari randomly dating anyone yang kita nak kena kenal dan selidik profil lagi. Buang masa kan.

Kenapa "Lunch"?


Aku pun terfikir juga kenapa nama dia pelik. Kalau standard biasa mesti nak nama agensi macam ada kaitan dengan love ke atau nama lain laa tapi rupanya memang sengaja letak "Lunch Actually" kira macam santai. Pergi Lunch dan chit chat untuk kurangkan rasa tak selesa jumpa orang yang kita tak kenal langsung. Suasana tu lain la sikit.


Untuk sesiapa yang berminat boleh rujuk maklumat seperti dibawah. Moga bermanfaat. Mungkin korang nak jadi matchmaker atau cari pasangan boleh lah contact.

Lunch Actually

Alamat: Suite A-29-10, Level 29,
Menara UOA Bangsar, Jalan Bangsar Utama, 
Bangsar 59000, Kuala Lumpur
Contact: +603 2282 8310
Email: klcupids@lunchactually.com

 Boleh juga rujuk blog bawah ni untuk lebih detail

Melancong ke Korea - Day 3

$
0
0
Hari ke tiga dekat Korea ni agak lambat sikit keluar. Kalau ikut plan asal ada beberapa tempat nak cover yang berdekatan. Macam biasa aku terbangun awal dan kena prepare sikit barang sebelum keluar jalan kan. Tapi sementara semua tengah tidur lagi aku apa lagi memang pergi rooftop la. Hahahahha pastu berangan acah-acah korean drama la sikit.. Pagi dekat sana memang sejuk gila la lagi-lagi dekat rooftop. Guesthouse kami duduk ni memang sediakan breakfast.  Biasa aku turun ambil breakfast dan bawa masuk bilik je sementara tunggu 2 hero bersiap. Tak buang masa kan. hahahha.

Melancong ke Korea Day 1

Melancong ke Korea Day 2

Itinerary Korea Day 3



(itinerary day 3 - plan)


Kalau korang nak ikut itinerary aku ni boleh follow yang atas which is yang aku plan dan yang bawah ni actual dekat sana. Kami memang banyak lepak dekat Namsan Tower je. Hari yang kami pergi tu ada show pukul 3pm macam tu. Mula-mula ingat memang nak tunggu sebab tu lama dekat sana lastly rasa rugi dan belum solat so rushing la turun lagi beberapa minit show nak mula. Apa pun tak dapat. Kalau ikut apa aku search ada tempat solat area situ tapi kami cari tak jumpa so decide untuk balik je. Teruskan baca untuk lebih detail.


(itinerary day 3 - actual)

 

1) Seoul Comics Road - Maskot Robocar Poli 

Direction : Myeongdong station Exit 3

Kalau pergi Korea bawa budak boleh bergambar area sini atau lebih dikenali sebagai Seoul Comics Road sebab sepanjang jalan ni memang banyak kartun dan kedai kartun. Lukisan dan bangunan dia pun berlatarkan kartun. Memang cute sangat. Actually aku tau ni sebab ada orang share dekat group BBM tanya tempat mana semua kan. Anak bujang pula memang hantu kartun Korea ni macam robocar poli, super wing dan juga tobot. So kena la masuk dalam itinerary sekali dan bila tengok tempat rupanya dekat area Myeongdong dan juga Namsan Tower so kira pakej la. hahha.. Kalau yang tak ada budak dia tak heran sangat lalu kawasan ni tapi sebab aku ada anak kecil ni so memang peka sikit la area ni.


(gambar tak nampak sangat tapi boleh refer gambar map bawah sebelah tepi ada tempat menarik sekitar comic road ni)

Plan asal nak bergambar je dekat Robocar Poli tapi lepas tengok maps bawah ni la aku baru tahu kewujudan Seoul Comics Road heheheh dan jalan dia memang kearah tempat cable car juga. So gamble je lalu situ kira boleh bawa anak jalan tengok kartun dia suka kan. Tengok niat tu baik kan? hahahah dari robocar poli jalan kearah Pacific Hotel dan ambil jalan sebelah kiri. Memang dekat jalan tu dah siap ada tanda arah ke Namsan Tower so ikut je laluan tu. Yang orang share pasal kena daki beratus anak tangga tu aku tak pasti laluan mana sebab aku lalu sini elok je tak jumpa tangga siap dengan stroller aku bawa kot. Cuma laluan ni memang macam mendaki bukit curam tapi lorong ni cantik dengan lukisan dan kartun. hehehhe boleh nampak Namsan Tower dari laluan ni juga. 



2) N Seoul Tower (Namsan Tower)


Kalau ke Seoul memang wajib la pergi sekali ke N Seoul Tower atau juga dikenali sebagai Seoul Tower dan juga Namsan Tower pun ye juga sebab aku pun confuse apa banyak nama daaa. Sebelum tu aku nak share beberapa option untuk ke Namsan Tower ni.

a) Myeongdong station Exit 3 - Jalan dari Maskot robocar poli 
Jalan kearah Pacific Hotel dan agak mendaki bukit dan berpusing ke arah cable car station

b) Myeongdong station Exit 4 - Naik Namsan Ormi Elevator (lif ke cable car)
Keluar exit dan jalan (15 minit) terus ke simpang empat besar (traffic light Hoehyeon) dan belok kiri ke arah Namsan Park / namsan tunnel. Ni kearah Ormi Elevator ke Cable car station. Ormi ni memang sebelah jalan besar dan macam tempat tol tu.

c) Myeongdong station Exit 1 - By bus
Naik bas Namsan 05 atau Seoul City Tour bus. Kalau naik bas maksudnya memang terus ke Namsan tower dan memang tak naik cable car. Ini apa yang aku baca la. Dari segi bajet kira jimat naik bas terus la kot dan tak perlu naik cable car.

Nota : Cable car tutup hari ISNIN
Kalau pilih cara (a) & (b) kena naik cable car pula dan harga cable 1 way 6000won dan kalau beli return cable car 8500won seorang. Jimat beli return tapi mungkin ada masa balik nak jalan turun atau naik bus ke. Pilihan masing-masing la kan.


Kami ni masa nak ke Namsan Tower ni memang ambil option (a) kira gamble je sebab kalau ikut asal memang nak naik Ormi Elevator je. Awal jalan memang okay tapi bila dah penat mendaki dua-dua tak bercakap nak ambil gambar pun dah takde mood hehehe. Kami jalan je ikut orang ramai sampai la nampak rupa bentuk cable car station so assume sendiri je dah sampai. Nampak tak konfiden gila tu walaupun baru pertama kali. hahahaha.. Terus masuk beli tiket return dan kalau ada budak dan stroller orang situ akan minta ibu dan anak naik lif ke tempat menunggu sementara kaum bapa ni beratur panjang tunggu giliran cable car. Bagus kan?




Ni gambar dekat deck tempat menunggu. Bila dah sampai giliran baru masuk sebab faham-faham la budak ni mana boleh beratur sekali. Nak naik cable car tu stroller semua kena lipat kecil ye dan masa nak naik cable car ni memang padat gila dan tak nampak sangat pun pemandangan.. huk alohhh..

Bila keluar je cable car nampak view macam gambar atas ni. SubhanAllah cantik sangat. hehehe dan kawasan untuk padlock ni dah macam keliling area Namsan Park ni je. Merata ada dan cantik sebab warna warni. Suhu masa ni sedap je dalam 14 macam tu kot so sedap je nak berjalan lagi pun banyak lagi cahaya matahari. Bila dah redup tu yang start sejuk heheh..



Area sini anak aku suka main la sebab ramai kawan walaupun cakap macam ayam dengan itik. Main kejar-kejar dekat tempat lapang ni. Actually dah tak sedar lama lepak dekat Namsan Tower ni sebab banyak tempat nak bergambar yang lawa sangat-sangat. Aku tak naik pun observatory deck tower tu sebab macam lagi suka area bawah ni je. Kebetulan masa kami kat sini ada orang tengah set up barang untuk show petang tu so ingat nak tunggu la tengok tapi rasa dah lewat tak jadi nak tunggu la. Lagi pun dah lapar kot.


Lagi satu yang best masa dekat sini ialah dapat pakai HANBOK. Pakaian tradisional Korea. Aku sebenarnya tak terfikir langsung nak pakai baju korea ni tau tapi kebetulan dekat sini sambil lepak-lepak tengok ada satu booth ni ada banyak baju-baju korea (hanbok). Aku ingat kena sewa then bila borak-borak dorang kata free je nak cuba dan kebetulan tak ramai orang so apa lagi terus la cuba juga. hahahha. So merasa la juga pakai hanbok ni weeeeee.. Aku rasa semua tourist attraction ada tempat nak cuba hanbok. Kalau korang memang plan nak merasa hanbok boleh la cari tempat-tempat tu tapi since aku tak kisah sangat hanbok ni so aku tak ada list tempat untuk hanbok ye.

Pakaian tradisional korea : Hanbok



Area belakang aku ni ada tempat padlock yang kira main location dia la tapi aku malas naik sebab kena naik tangga dan anak aku tengah seronok berlari kat bawah so aku biar je dia main.. hehehe.. Belakang ni juga ada banyak kedai untuk beli souvenir ke tapi heyyy banyak kartun-kartun dan mainan so okay bye-bye. Aku masuk kejap je lalu tu pun dia dah meraung nak mainan.. gggrrrr... Ramai cakap dekat area teddy bear museum dekat area bawah namsan tower ni ada tempat untuk solat tapi aku dah pusing tapi tak jumpa so kami decide balik lalu cable car tu je la senang (arah datang tadi) sebab tak jumpa tempat solat tu. Lagi pun area dalam namsan tower tu dengan stroller macam leceh sikit kena guna lif yang ramai beratur tunggu tu memang tak la kan.. 



Dah habis pusing kami plan balik la tapi actually tak tau pun kat mana asal nya area Ormi Elevator tu. Sekali turun je dari cable car dari pintu keluar tu sebelah kanan adalah Ormi Elevator so kami decide balik ke kawasan myeongdong station tu lalu option (b) iaitu guna Ormi Elevator. So merasa la dua-dua cara ni kan.. hehehehehe Lagipun Ormi Elevator ni free je dan masa turun dari Namsan Tower tak ramai orang pun. 

 Namsan Ormi Elevator



Refer gambar atas ni, hujung jalan tu dari ormi elevator adalah ke arah traffic light simpang 4 besar Hoehyeon intersection iaitu ke kiri kearah Namdaemun dan ke kanan kearah Myeongdong. Bila turun bawah tu jalan je susur kaki lima tu sampai jumpa intersection besar tu baru ke kanan. Masa kami turun ni serius blurr dekat mana kah?? So buka la google maps.. hahahaha.. Jauh beb jalan nak ke myeongdong station atau kami dah penat? heheh.. Aku rasa jalan mendaki bukit arah Hotel Pacific macam lagi dekat dari laluan ke Ormi Elevator ni.


Ni mercu tanda depan Namsan Ormi Elevator. Kalau korang nak naik ni jalan la sampai nampak burung bertengek ni. So itu la dia.. hehehe.. Perut dah lapar sebab dah petang dan belum lunch so apa lagi memang mood pun entah ke mana.. Menapak cari kedai makan je la..Penting untuk korang prepare siap-siap semua lokasi kedai makan dekat semua tempt korang pergi so senang in case masa korang dekat situ tengah lapar atleast dah ada option nak makan dekat mana kan.. hehhehe..


3) Myeongdong

Orang cakap area myeongdong ni ada banyak street food yang halal dan boleh dimakan kan. Tapi kena ingat yang street food hanya dibuka lewat petang ke malam je. Kalau pergi awal sangat memang tak ada tau. Kami pun baru tau dan nasib baik laaa lama dekat Namsan tower so turun ke arah myeongdong memang dah petang. Sampai je myeongdong kami target restoran yoogane sebab memang tu dalam list jalan-jalan cari makan kami dan memang dah lapar macam naga.. hahahha Anak pula tidur masa ni so mak pak dia heaven la kejap dapat makan. Eh aku bagi tau anak aku makan sebab memamng standby banyak biskut, bubur dan serunding so anytime dan anywhere dia lapar kami bagi makan. Sebelum ke Namsan Tower sebenar nya dah bagi dia makan nasi dan serunding masa dia main dekat Robocar Poli tu. Berjalan dengan budak tips dia just makesure dia sentiasa cukup makan so that dia tak mengamuk. hahahhaha..

Restoran Yoogane Myeongdong

Bila masuk je area myeongdong ni memang ramai ya ampun orang. Area sini kedai makan pun banyak sangat so kami guna google maps lagi sebab nak ke Restoran Yoogane juga. Kedai ni kedalam sikit so ikut je google map.

marinated seafood fried rice - 5500won/pax

Restoran Yoogane ni menu dia ada macam-macam jenis juga tapi aku tak yakin makan yang lain dan biasa nya orang muslim order macam nasi goreng seafood ni je aku baca dan macam biasa air masak dia boleh minum sampai kembung free je. Dorang tolong masakkan depan kita dan seafood dia sangat meriah dan sedap weh.. Tak tau kenapa aku macam suka semua makanan korea padahal dekat Malaysia aku bukan suka sangat pun dan rasa dia macam lain sikit.. hehehe



Semua lorong area myeongdong ni sama padat haaa celah mana pun dan memang sini majoriti barang kosmetik laaa tapi aku tak masuk semua pun. Yang depan kedai tu sendiri dah macam-macam offer menarik tapi sis bukan beauty blogger so sis bye bye je.. hahahah tapi bekas kosmetik dorang pun comel sangat weh so tak pelik kalau yang suka barang kosmetik boleh bankrupt masuk sini. hahahahah.. aku yang tak minat pun nyaris terjebak sebab bekas comel!!!


Selain kosmetik, dekat sini jangan lupa cuba street food walaupun korang kenyang macam mana pun. Macam kami ni la sampai myeongdong terus tuju yoogane terus kenyang gila tapi nak juga cuba street food yang ada. hahahhaha


Yang macam banana pancake ni tak rasa sangat nak try masa tu sebab macam nampak biasa je dan perut kenyang gila. Odeng (fish cake) aku tak jumpa yang jual odeng saja sebab kebanyakkan campur dengan hotdog so aku lalu je. Terliur je tengok sebab dah selalu tengok dalam drama korea dorang makan odeng kan time sejuk-sejuk.. hehehhe masa ni dah petang memang dah mula sejuk.. 

 Pungo-Pang - roti inti kacang merah 3000won

 Kyeran-Pang - roti telur 2000won

So aku hanya cuba 2 jenis street food ni sahaja okay dan masa ni tangan dah penuh so minta dear husband ambil kan gambar. Aku ingat dia ambil la juga gambar sekeliling street food ni tapi rupa nya tak. hahhaha.. Aku pergi area gerai ni semua macam baru la buka dan tak banyak sangat lagi gerai. Jimat gila la lalu sini masa kenyang, nak habis kan 2 ketul ni pun seksa siap paksa laki aku makan. hahahhah.. konon suruh dia rasa sikit la kang rugi lak tak rasa gituuuu dan seterusnya balik la guesthouse.

4) Hongdae area - Hongik Univ


Sebab kami balik awal dan ada 2 tempat kami skip untuk hari tu so malam macam cergas kan. Lepas rehat dan bersihkan diri semua so malam tu plan untuk pusing la area guesthouse. Orang dari itaewon dan myeongdong pun suka lepak area hongdae. Rugi la kalau kami tak join sama kan. Area hongdae ni famous untuk golongan belia dan muda-mudi gitu. Ada banyak street performance, club dan juga kedai makan hipstur gitu. Kalau peminat k-pop sure suka sebab boleh tengok street performance. Ada yang menyanyi la menari la dan ada juga main instrumen. Fashion pun ye juga sebab ada satu lorong tu untuk jual pakaian je.



Orang ramai gila ni sebab berkumpul tengok orang perform. Sepanjang lorong ni straight sampai hujung sana. Bukan 1 atau 2 group tau tapi ada banyak group. hahahha dan ada banyak coffee shop juga tingkat atas sebab boleh lepak sambil tengok orang perform dekat bawa. Memang happening gila okay.


Kawasan hongdae ni yang aku perasan dia macam banyak spot yang berbeza. Kawasan coffee shop, then club dan lorong straight performance, fashion street dan juga street food tapi street food area sini banyak jual non halal la so kami hanya singgah beli air dekat mart je la. Anak aku nampak hotdog dia nak.. hahahhaha



Hongik University, Hongdae

Aku rasa macam dah terpusing semua area ni je memang main jalan je malam tu dari kawasan sepadat-padat tiba-tiba lorong takde orang tapi jalan je dengan confident sebab kalau sesat baru buka google maps. hahahha.. sampai la jumpa gerbang Hongik Univ ni. Area sini katanya banyak jual pakaian murah-murah untuk student kan. Ni pun antara university yang popular untuk tourist selain Ewha Univ. heheh



Dah penat pusing-pusing jom la balik. Anak aku masa ni nak ajak balik nak tidur dah. Tak remaja betul. hahaha dan ohyaa dekat sini juga aku jumpa air coffee uyun. Selalunya banana uyun kan tapi since dekat group Korea kata coffee flavor sedap so aku pulun la cari. hahahah



Belanja hari ketiga

Mart coffee : 1000won X2
Instant rice + banana uyun : 2600won+ 
Namsan cable car return : 8500won X2
Air oren fanta : 1500won X2
Lunch yoogane : 5500won X2
Hongdae nightlife (7E) : 2300won

Balance Tmoney :4000 (athirah) + 4800 (husband)


Photoshoot Raya bersama Wan Izhar Abu Bakar

$
0
0

Photoshoot Raya Kelab Blogger Ben Ashaari


Alhamdulilah photoshoot raya Kelab Blogger Ben Ashaari berlangsung di Muzium Warisan Melayu UPM dengan kerjasama photographer terkenal Wan Izhar Abu Bakar berjalan lancar semalam. Tudia ayat permulaan aku bukan main skema macam baca berita dah rupanya. hahha.. Apa yang aku nak share ialah aku paling tak sangka senang rupa nya jadi model ni tapi kena berkerjasama dengan photographer yang professional la. Semalam aku antara yang awal kena shoot untuk individu dan aku dah risau boleh ke ni tapi bila shoot dengan yang pro dia pun friendly gila kita yang jadi model semua automatik okay. Hanya ikut je apa dia suruh terus rasa macam pro juga.. kah kah kah perasan! Semua kena berkumpul seawal 7 pagi dekat sana untuk makeup dan bersiap lagi. Make up tak kejap okay kalau nak hasil yang marvelous fabulous.


Photographer - Wan Izhar Abu Bakar


Gambar atas ni behind the scene dan aku tak sabar nak tengok hasil nya nanti. Bila shooting dengan yang pro ni semua pun jadi mudah. Bukan mudah nak jadi photographer lagi-lagi nak shoot ramai-ramai ni dan outdoor. Memang challenging tapi aku tengok photographer Wan Izhar ni cool je shoot sorang-sorang. Bila shoot secara berkumpulan pun dia okay dan sentiasa senyum. Aku antara yang awal siap makeup dan awal berada di lokasi so aku perhati je mereka ni bekerja. heheh.. 


Keadaan luar masa ni sebenar nya baru lepas hujan pagi tu so keadaan agak becak tapi apa semua kisah dengan heel pun redah aje. haha Aku share gambar sebalik tabir je sebab gambar official kena tunggu...

Muzium Warisan Melayu



Lokasi ni memang sangat-sangat sesuai untuk pengambaran raya. Memang macam dekat kampung betul. Lunch pun lauk super sedap kampung style. Kenangan best sangat tahun ni dapat merasa photoshoot raya kbba9.

(gambar kredit founder KBBA : Ben Ashaari)

MUA - Alina Othman



Lastly aku nak share sponsor makeup aku untuk hari tu dari Alina Othman. Aku kan jarang makeup tebal so minta biasa-biasa je dari togel terus nak photoshoot kan. hehhehe.. Masa makeup aku nampak biasa je sekali ke luar nahhh kauu.. berubah betul muka aku.. heheheh tapi aku suka sebab tak heavy sangat but nice. Ramai juga yang puji. ehhehe malu aiii.. Nak makeup untuk apa-apa event boleh contact Alina okay..


Melancong ke Korea - Day 4

$
0
0
Oleh disebabkan hari ketiga dah ter skip Namdaemun dengan Dongdaemun jangan ingat aku akan abaikan okay. So hari ke empat ni la aku aku pulun cover balik mana yang tak sempat sekali.

Itinerary Korea Day 4


 (itinerary day 4 - plan)

 (itinerary day 4 - actual)

Kalau tengok itinerary atas ni macam banyak beza kan plan dengan actual sebab yang plan tu aku main list je kawasan yang berdekatan untuk penuh kan itinerary. Kalau ikutkan Hongdae - Sinchon - Ewha Univ adalah satu kawasan je dan kalau mampu boleh jalan gitu. Banyak kedai hipster dan juga tempat drama korea. Guesthouse aku duduk tu macam tengah-tengah antara ke Hongdae dan Sinchon. Kalau tengok address guesthouse dekat sinchon-ro tapi train terdekat hongik gitu la lebih kurang. So aku ubah sikit iti tu selit mana tempat tak dapat cover semalam untuk pergi hari ni. Ikut route tempat juga la aku susun. heheheh

1) Ewha Womans University


Gambar bawah ni yang sebelah atas tu adalah pemandangan harian dari boa nak menuju ke jalan besar ke arah hongik station. Memang banyak kedai hipster juga tapi tak kan la setiap masa nak masuk coffee shop? hahaha sebelah kanan simpang tu starbuck tapi aku tak pernah masuk sepanjang kat sana. Terlalu banyak coffee shop yang lagi best so macam pandang gitu je lalu. hehehe..


Hari ke empat ni memang awal la kami keluar jalan. Cepat-cepat aku ready kan breakfast so dua hero tu siap terus makan je dan keluar. hahahahha Kalau nak tidur je baik duduk rumah pasang je aircond maximum pun sama macam Korea kan. Aku plan ke Ewha University dulu sebab paling dekat dan kawasan sini memang cantik. Kalau last sekali pergi takut dah gelap pula sampai sana tak dapat bergambar kan.


Ni jalan dari Ewha Univ station ke arah Ewha University, masa ni nampak ramai student rushing nak pergi kelas mungkin. Kemain laju dorang jalan kan. Area sini pun best gila shopping dari fashion, kosmetik dan juga souvenir. Murah dan cantik!!! hahahahhaha. Masa aku sampai ni kedai-kedai pun baru buka sebab awal kan kami sampai.



Bila sampai je pintu masuk university ni aku macam kagum kejap sebab cantik sangat design dia. Kalau masa cherry blossom mesti lagi lawa ni sebab walaupun tinggal ranting pun cantik. hehehhe..


Spot wajib bergambar bila masuk ewha womans university ni. Deka glass door tu macam bilik kuliah dorang je aku tengok. Futuristic sangat bangunan dorang ni. Awal pagi tak ramai orang sangat lagi so agak rilex la tapi kawasan lapang dan bertangga ni la anak aku nak lari-lari.. fuhhhh.. seram je tengok.




2) Namdaemun



Next kami terus gerak ke Namdaemun market. Macam chowkit dekat Malaysia la kira. Ada baju longgok murah-murah. Antara tempat jual souveir murah dekat sini laa.. Namdaemun juga terkenal dengan tempal jual brooch tapi tak tau kenapa aku tak minat. hahahha.. Aku lebih tertarik cari makanan je. Orang cakap strawberry dekat Korea sweet dan besar so aku nampak terus la aku beli kan.



Kami exit dekat dengan Gate 5 Namdaemun Market. Depan gate ni ada jual banyak buah-buah. Boleh pula sampai sini anak aku tantrum jenuh nak pujuk. Kawasan ni aku perhati memang majoriti orang tua. Dah nama pun market kan dan memang ramai gila orang dekat sini.


Actually aku banyak jumpa gerai odeng (fish cake) dengan tteokbokki (spicy rice cake) tapi tak confident nak cuba sebab banyak campur hotdog sampai la aku jumpa couple dari Malaysia tengah makan dekat satu kedai ni. Sekali tengok menu dia memang takde yang bercampur benda meragukan. Terus aku join makan. Aku ada tegur dan sembang juga dengan dorang. Dah banyak cucuk rupa nya dorang makan kat situ. hehehhe Aku pun terus confident join sekaki. Adehh nyesal pula update part ni masa tengah ganti puasa ni. Mana aku nak cari odeng dekat Malaysia.. wuwuwuwu cari yong taufu je la jap lagi.


Namdaemun ni kawasan dia luas gila siap ada peta untuk Namdaemun Market ni sahaja tapi tidak la aku nak tawaf semua sebab nya tak de apa nak shopping pun. Kami jumpa satu rombongan dari Malaysia, laki aku la sembang dengan dorang sebab aku busy dengan anak aku. Heyyyy biasa la bawa budak tengah nak membesar. Sabar kena lebih. Dorang tanya laki aku dah cover mana sebab dorang sebenar nya pergi dengan agen cuma haritu free and easy tu dorang singgah Namdaemun. Agen yang bawa dorang tu pergi tempat mahal dan tempat dorang pergi berbeza dengan kitorang. Kesian juga dengar. Lagi pun tu kira last day dorang dah.. fuhhhh.. kesian je dah la bayar mahal.


Kalau tanya aku nak pergi dengan agen atau ikut pakej boleh kalau korang jenis tak kisah dan follow saja. Jangan complain la lepas tu. Kalau korang kisah makesure korang study juga tempat mana best nak pergi then baru compare dengan pakej yang agen tu bagi. Kalau tak setuju cari agen lain kan senang. heheheh.. Bayar mahal makesure puas hati la kan.

3) Dongdaemun


Sampai area sini dah lunch time sebenar nya so apa lagi terus tuju kedai ikan bakar dongdaemun yang famous gila tu. Dah tak pandang kawasan keliling walaupun memang kawasan shopping sebab memang fokus cari kedai makan je dah lapar. Nak pergi tempat ikan bakar ni agak tricky sikit sebab tak biasa. Aku pusing ada la dekat 3 kali area situ. Mungkin expectation aku kedai tu macam besar ke atau nampak area restoran ke rupanya takkkk ye.. Kedai ikan bakar ni macam kawasan lorong kecil je.




Dari exit 8 Dongdaemun Station pusing kanan dan jalan je dekat kaki lima tu straight. Kalau refer gambar atas ni jalan dekat kaki lima dekat bangunan yang nampak ni. Gambar bawah ni kami dah seberang jalan tau sebab nak nampak view dia. Laluan tu akan jumpa JW Warriot Hotel kalau tak silap then bangunan sebelah dia macam bangunan jual fabric dan textile. Jalan je straight lagi dan sebelah kiri akan nampak pemandangan gambar macam bawah ni. Bangunan Pyoung Hwa clothing market sebelah kiri tau.





Ni rupa laluan dia. hehehhe jalan je straight sampai jumpa jalan macam gambar bawah ni dan pusing kanan masuk jalan ni. Lebih kurang lalu 2 bangunan sebelum jumpa simpang ni. Dekat simpang ni banyak kedai jual leather.


Masuk simpang kanan ni jalan sampai bumbung hijau tu dan masuk kiri. Kat sini memang banyak gerai makan dah. Dekat lorong kecil je. Macam mana tak berpusing cari sebab memang tersorok sikit kedai nya. Mungkin kawasan fabric taknak kain semua berbau makanan ke kan.


Bila masuk lorong tu dah boleh nampak dan bau orang bakar ikan kot. Memang satu deret ikan bakar je tapi kami pilih kedai pertama dari deretan tu siap ahjumma tu boleh cakap melayu sikit-sikit sebab ramai sangat Malaysian yang makan dekat situ. hehehhe..


Ahjumma kedai tu pakai baju purple dengan tukang bakar posing sekali. hehehhe memang baik layan kami ni ha yang tak biasa. Siap bagi tau patut order apa yang biasa Malaysian lain order. Dia pun sebut sotong pedas. hahahha


Kami order ikan bakar dan juga sotong pedas as recommended. Besar gila sotong dia dan banyak nya wehh makanan sebab korean food ni memang pakej dengan side dish. Strawberry tu yang beli dekat Namdaemun Market. Ya Allah lapar nya tengok makanan ni rasa nak beli tiket flight pergi Korea je sekarang.. wuwuwuwuuw..


Bila dapat makanan ni rasa berbaloi berpusing-pusing cari kedai. Kedai ni nampak kecil tapi 2 tingkat. Sebelah bawah ada kerusi meja dan sebelah atas style duduk bersila je. Kami duduk atas selesa sikit dengan asyraf. Dia nak main ke apa takpe. Tengok anak aku dah siap berdoa nak makan tapi mama dia nak bergambar juga lagi.. hahaha..


Lepas makan aku masuk la juga bangunan sebelah yang jual kain bagai tu. Dia punya comforter best gila weh. Kalau korang biasa tegok cerita korea yang set dorang tidur dekat lantai tu. Haa macam tu laa dan aku sempat la rasa-rasa kain dia.. Fuhhh kalau shopping tu memang terus balik bilik la sebab gila apa nak ngangkut set comforter tu. hahaha..

4) Dongdaemun Design Plaza (DDP) - Doota Mall

Asalnya nak kearah train station untuk ke DDP ni tapi bila google maps eh dekat gila so kami decide jalan je laa boleh tengok pemandangan. Seberang jalan dari area dongdaemun tu je. Kawasan DDP ni memang dikelilingi shopping mall besar-besar termasuk lah Doota Mall dan juga Lotte Mall.



Shopping mall memang aku tak masuk pun. Dari Dongdaemun nak ke DDP akan lalu Doota Mall ni dulu. Kawasan sini banyak bangunan je la. Skybus untuk seoul tour pun dekat dengan DDP.


Dongdaemun Design Plaza ni berbentuk macam UFO dan memang bangunan dia nampak futuristic sangat la. Nak ambil gambar nampak semua tu susah kecuali kalau korang masuk shopping mall dekat situ dan ambil gambar dari atas boleh la nampak tapi aku taknak masuk shopping mall. hahahah. Area sini aku share gambar je okay. Kalau malam cantik sebab ada LED rose garden dan kalau siang macam ni je la.









5) Yeouido Park - Hangang River

Aku nak pesan awal-awal kalau musim sejuk tak payah la pergi area sini tapi sebab ni antara "a must visit" so pergi la juga kejap lagi pun ikut maps dekat dengan guesthouse. Lagi satu sebab aku nak pergi adalah kerana alphabet "I SEOUL U". Kena la juga cari sebab nak pergi. Kalau sebab nak tengok bunga atau daun luruh memang tak la. Sana kan taman dan padang je. Pokok pun semua togel tinggal ranting saja. Yang sadis nya memang sehari hari tu cuaca mendung sangat. Tengok gambar atas ni pun tau kan. Petang lagi mendung dan of course makin sejuk dan semua gambar kat sini memang suram, tak reti nak edit dah bagi okay. hahhahha Pengajaran next time kalau pergi musim sejuk kena beli baju color striking baru la ceria gambar. hahahaha



Yeouido park ni dekat dengan KBS building dan juga 63 building. Kalau masih larat boleh je jalan atau naik bas area situ. Teksi pun banyak tapi sebab fikir kan cuaca mendung macam tu terus takde mood dah nak menapak. Kami lepak area sini je.


Gambar atas ni dari Yeouinaru Station exit ikut lif sebab dengan stroller dan anak aku tengah tidur. Kalau ikut lif kena lintas jalan nak ke arah hang river tu. Aku main assume je masa ni tengok orang ramai pergi mana.


Tengok semua pokok togel ni, kalau dekat Malaysia ni dah kira pokok mati. hahahha... Tapi ada banyak la pokok ni. Kalau datang ngam masa cherry blossom atau musim bunga memang cantik gila laa sebab memang banyak pokok just musim sejuk je agak sedih. hahahha.. nasib kau laaa datang masa ni.


Yang bangunan tinggi color coklat tu 63 building yang famous tu tapi aku malas dah nak pergi. Walaupun takde bunga yang cantik tapi still ramai yang datang berkelah. Siap bawah khemah pun ada. hehehhe



Cukup la gambar togel ni semua. Nak join picnic delivery ayam tak boleh kan. So aku pandang laki aku dia pandang aku cukup. muahahahhaha.. nak bagi anak main basikal dekat sini pun dia tidur. Aku je la syok sendiri dah laki aku pun dah penat nak jalan. hahahhah Dekat sini ada disediakan public toilet atau boleh solat je mana-mana korang rasa nak solat. Takde orang peduli tapi air tu sejuk gila takyah cerita. Kebas segala isi badan. hahahahha..




Masa nak gerak balik la baru jumpa sedikit keceriaan (bunga). Pokok tulip pun baru nak nampak putik bunga. hahahahhaha hoiii sadisnya laaa. Macam kena repeat ni. hahaha alasan baik kan? Masa nak balik ni pun tengah fikir nak ke tak pergi KBS tapi aku google balik apa je best dekat KBS.. Macam takde apa sangat so aku ajak laki aku balik je laaa.. hahaha Memang hari paling penat la sebab cover tempat hari ke 3 yang tak dapat pergi tu sekali semua. fuhhhhh..


Belanja hari keempat

Topup Tmoney : 10000won X2
Namdaemun market 
Odeng 1000 + Teokbokki 2500 + Strawberry 2500 + FM 7000
Lunch ikan bakar + sotong: 15000
Yeuoido coffee : 1000+1100 & choc 2000
roti + minion : 2700

Balance Tmoney : 6500 (athirah) + 7300 (husband)



Soft Cooling Gel Pillow - KoolFever

$
0
0
Pertama kali nampak bantal Kool Fever terus termenung panjang aku sebab ingat jenis pakai buang macam cool fever biasa tu. Matilanak kalau bantal pakai buang. Hahaha Lama juga aku belek dan baca semua info dekat pek tu.

Soft Cooling Gel Pillow




Dekat depan pek dah sedia highlight "Convenient & Reusable" so macam menarik sangat. Tak rugi pun beli sebab yang ni jenis non-freeze cushiony gel. Bentuknya fit dengan kepala dan leher bila tidur. Boleh guna berkali-kali tapi kena masuk dalam peti sejuk untuk sejukkan. Yang paling best letak dalam peti sejuk pun bantal ni tak membeku. 

Lagi satu ni bukan produk ubat-ubatan. Pepandai la korang handle sebab ni kira alternatif kalau demam atau tengah musim panas.


Cara Penggunaan


1) sebelum guna kena simpan dalam peti sejuk semalaman lebih kurang 8jam untuk sejukkan 
2) balut bantal dengan towel sebelum guna takut direct sejuk sangat pula kan tapi bergantung pada suhu semasa 
3) kesan sejuk tu bertahan dalam 4-6jam bagi aku okay la kan untuk demam dan musim panas 


Anak aku demam sekarang so aku cuba la guna bantal ni selain jerlum dengan air. Tak basah kan baju dan bantal guna ni. Selesa pun ye aku tengok dia guna. Cuma awal-awal dia merengek sejuk tapi pandai-pandai la pujuk anak korang ye. Aku just share je sebab aku sendiri baru tau kewujudan pillow gel ni. Hahaha 

Melancong ke Korea - Day 5

$
0
0
Kalau ikut itinerary asal hari ke 5 dan ke 6 adalah bebas. Kalau sempat cover semua dalam masa 4 hari tu baru la pergi Everland iaitu salah satu themepark yang best dekat Korea. Aku memang dari awal tak mengharap sangat untuk masuk Everland sebab nya masih musim sejuk kan. Kisahnya masa sehari sebelum tu bincang dengan laki aku dan aku ada juga tanya dekat group K-Ciput (FB) apa yang menarik dekat Everland masa tu untuk menarik hati pergi kan. Ramai la geng Ciputer (geng fb) share siap hantar gambar kau. Bila sembang dengan group lain yang kami jumpa dorang cakap best Safari dan juga sebab ada Tulip Festival dalam Everland. haaa kauuu aku ni dengar je bunga tulip terus teruja gila. Yela berhari dekat sana mengadap pokok kering kontang je kan. hahahha

Itinerary Korea Day 5




Cara ke Everland Korea


So sebab kan memang aku tak plan Everland, malam tu aku gigih la baca pamplet dan tanya orang macam mana nak ke arah Everland terdekat dengan Hongdae. Aku memang tak mengharap so tak study langsung route ke Everland okay. kah kah kah. Malam tu baru aku tanya orang dan tengok route. Actually kalau dari Hongik Univ ada suttle bus direct tapi agak mahal la tambang dan kena ikut masa ditetapkan untuk naik bas tu. So lepas baca pamplet tu cara paling jimat dan senang adalah naik subway ke Gangnam Station Exit 10 then baru naik bas 5002 dari situ. Boleh refer pamplet Everland bawah ni.

 



Tiket Everland murah



Since ni unplanned aku memang tak standby beli tiket awal-awal pun. Just bawa voucher discount 30% Everland tu je. Nak beli dekat kaunter nanti je plan asalnya masa tu. Sekali masa kami sampai Gangnam Station Exit 10 tu jadi blurr kejap arah mana nak tuju naik bas. Aku duk faham keluar je exit terus bus stand. hahahaha.. Sapa suruh tak study langsung ke Everland kan. hahaha.. Cut story short masa pusing nak tanya orang aku nampak Tourist Information Centre office kaca sebelah Exit 10 tu. So terus pergi sana sebab mesti dorang pandai speaking kan. Tanya orang tepi jalan macam ayam dengan itik pula kang. hahah.


Gangnam Tourist Information Centre (TIC) - refer gambar atas ni dekat exit 10 jalan sebelah kanan ada nampak lif subway terus je sebelah tu. Sila abaikan muka sebesar alam sebab takde gambar dekat sini selain yang ini.. hahaha


Masuk je situ petugas dekat TIC tu memang sedia membantu siap maps jalan kearah stesen bas kot. hahah nampak sangat ramai yang singgah tanya kan. Lepas tu dia tanya dah beli ke tiket nak masuk Everland dan kalau belum boleh terus beli dekat situ. Dia cakap boleh dapat diskaun sama 30% dan tak perlu tunjuk voucher discount pun untuk pelancong. Lagi satu dia cakap kalau beli siap-siap sampai sana tak perlu beratur beli tiket dah so aku proceed je dekat situ.



Kenapa aku cakap tiket murah beli dekat situ? Sepatutnya harga tiket 52000won seorang dan kalau tolak 30% jadi 36400won kan tapi yang aku pelik dia bagi harga 35000won sahaja. Mungkin aku yang tak sure harga asal tiket?? hahahha dan resit dia kira total 70000won terus untuk 2 dewasa kecuali anak aku free. Lagi jimat tu. hahhaha.. Rezeki kami la kan..

Bas 5002 ke Everland dari Gangnam Station


Cara nak kearah bas stesen ni. Exit 10 Gangnam station tu terus je jalan straight kedepan okay. Kearah macam dalam gambar ni. Tapi kalau nak ke TIC, exit 10 tu kena pusing kiri kearah belakang tau.


Jalan je straight sampai nampak kedai WHO.A.U ni refer gambar bawah. Bus stand tu betul-betul depan kedai ni dan orang dah siap beratur tunggu bas. hahahha.. Terik nya matahari masa ni, aku rasa dah gerak awal pagi tapi macam tengah hari.


Boleh check dekat signboard tu no bas yang nak naik ye. Ingat naik bas 5002 sebab ada bas lain juga stop dekat sini. Dekat area sini ada kedai KAKAO FRIENDS juga sebelah WHO.A.U tu. Cute overload barang-barang dalam tu, sempat gak aku masuk kejap. Oh yeee naik bas pun guna T-money tau dalam 2500won sehala.



Everland Korea - Tulip Festival


Dekat Korea ni semua nya macam kena common sense la tapi masalah aku masa ke Everland ni memang tak study langsung dan just remark Everland dalam itinerary asal. hahahha aku anggap naik subway direct macam tempat lain dan sampai terus dekat entrance Everland tapi weyyy salah. hahaha.. Dari subway naik public bus dan bila sampai kena naik shuttle bus pula ke entrance Everland. hahahahaha.


Boleh ke masa aku sampai tu aku macam eh peliknya themepark takde orang dan tak nampak carpark langsung. Sempat aku posing-posing dulu sambil gelak-gelak jalan kat sini rupanya orang yang ramai-ramai dalam bas sekali dengan kitorang tu jalan laju-laju masuk shuttle bus nunn depan sana. Kami 3 orang ni last naik shuttle bus rupanya, nasib baik dorang tunggu. Shuttle bus dari sini free ke Everland tau. So bila turun je bas tu mohon cepat-cepat la ke arah shuttle bus ikut signboard tu. Bukan syok sendiri macam kami. Nasib baik pergi hari biasa so tak ramai orang.



Alhamdulilah here we are. Sampai je dah nampak bunga tulip betul punya. Masuk sini benda pertama sekali adalah pergi cari makan kot. Lapar gila tu yang ambil maps Everland sebab nak tengok tempat makan apa yang boleh di makan. Dalam ni banyak gila jual hotdog, dengan aku sekali terliur. hahaha. Sebelum main apa-apa kami lunch dulu shrimp burger ya rabbi sedap gila. Dekat Malaysia ni takde ke shrimp burger? Nanti nak kena cari gak laa. Sedap sangat. Lepas dah siap makan study dulu maps tengok apa nak mula dulu sebab taknak buang masa. Target mana yang best dulu je, kawasan besar kan.




Tulip is everywhere. Happy sangat tapi anak aku tak duduk diam walau sesaat so hasilnya semua gambar aku macam tak ready sebab ambil gambar sambil mata perhati je dia lari kemana. hahahha.. Travelling with small kids is actually challenging but we did it!! Dah terbiasa bawa dia dari baby jalan-jalan kan. Apa yang aku nampak bila dah besar sikit ni dia okay bawa pergi mana-mana tempat baru. Tak cranky atau tantrum melampau cuma melasak which is normal bagi aku. Kalau penat tu standard la. Bagi aku dapat jalan-jalan ni kira rezeki anak juga.


Gambar apa patut upload dulu ni sebab banyak sangat yang best tak boleh move on. hahahha.. Collage kan aje sebab ni blog bukan album travel kau athirahassin oi. Kalau biar aku dengan tulip memang tak pergi mana tau. Anak aku pun sama bila dia jumpa tobot dia. Oh yaaa anak aku ni si pengikut tegar kartun-kartun korea. Mak dia drama korea so bapak dia tukang layan kan je kami 2 orang ni. hahahah. Ada tempat mainan tobot tapi kami tak sempat tengok tu apa dia sebab nak jalan ke dalam lagi. Tempat tobot sebelah pokok besar tu.


Adilkan gambar ni? Mama dengan bunga, si asyraf dengan kartun-kartun. Abah tukang ambil gambar kami je. hehehe


Panda world - Masa ni belum pernah masuk lagi tengok panda dekat Malaysia kira first time tengok panda adalah di Korea. hahahah. Balik Korea baru pergi zoo negara tengok panda tu pun entry belum up nak bagi settle post Korea trip dulu. Special betul panda ni kan tempat panda bukan main selesa tau. Sini sejuk original dan panda tu happy je tengok. Nampak dia dah biasa dengan manusia ni sebab mesra je. Manja dan comel gila panda weh. Agak lama juga kami kat sini sebab ralit tengok gelagat 2 ekor panda tu.



Safari world - Anak aku dah mula menunjukkan tanda nak tidur so kami apa lagi cepat-cepat tuju safari sebab tu antara sebab nak masuk Everland kan. Memang nak tunjuk dekat dia binatang-binatang ni. Masa kami sampai tak ramai lagi sekali nah belakang kami dah mula beratur panjang sampai ke luar haaa. Kami awal sikit je tapi tengok anak aku, boleh dia tidur juga masa tengah beratur nak masuk bas safari. Mama is geram!! hahahahha.. aku cubit suruh bangun pun tak jalan so sudahnya bapak dia sorang excited tengok wild animal dekat-dekat macam bear, tiger, white tiger, lion dan seangkatan. Siap ada harimau yang panjat kereta dan datang dekat tingkap. Bear pun jinak driver bas tu bagi makan. Kalau pergi zoo binatang semua dalam kandang kan tapi ni kita yang masuk kandang binatang tu. heheh


Gambar bawah ni aku campur gambar safari dan juga live show sea lion. hahahha masa sea lion dia tak tidur lagi siap balik dia demo cara sea lion tu melompat engsot badan (jangan bayang) hahah tu paling lawak la asyraf buat.


Wild animal tu biasa la kan kita pernah tengok dekat zoo walaupun dalam kandang tapi paling special aku rasa. Polar bear hahahha sebab binatang ni hidup dekat tempat sejuk je.



Habis safari pun anak aku still tidur.. adoi la nakkk lama nya tidur. So tu kami pusing sambil cari tempat solat. Tapi nampak T Express sejenis roller coaster yang wajib cuba kalau masuk Everland. Hanya laki aku yang naik sebab aku kan alergik benda berpusing-pusing. Belum habis pusing kang naik terus 'out' susah laaa. Buat spoil je sebab belum separuh okay pusing Everland ni.



T Express - Roller coaster kayu tercuram nombor 4 dunia, no. 9 terlaju, no. 4 tertinggi dan ke 6 roller coaster kayu terpanjang (info wikipedia). haaa kau special lagi mengerikan bunyi nya. laki aku pun cakap best gila roller coaster tu. fine la cerita dekat aku macam apa aku kisah kan. hahahahha sebab memang tak boleh nak naik pun. Sambil aku tunggu laki aku main tu aku sembang dengan orang Malaysia yang ada dekat situ. Dia tunggu anak dia ulang naik dah masuk 3 kali. hahahhaha Mentang-mentang tak ramai dia pulun nya ulang-ulang. Anak aku pun tidur so tunggu je la situ diam-diam.

 Surau Everland - Mystery Mansion



Kalau nak cari surau dekat Everland ni sila rujuk lokasi Mystery Mansion sebab dalam maps memang tak ada mention "prayer room" tau. Tapi memang ada surau siap tempat wuduk so selesa la cuma kena share lelaki dan perempuan. Nampak pintu kayu sebelah kanan gambar atas ni? Itu la surau, dekat pintu tu baru ada tulis "prayer room". Masa aku pergi solat tu dorang buat gilir-gilir bagi perempuan dulu solat then baru lelaki pula masuk solat.



Sambil tunggu laki aku main macam biasa aku pergi la cari makan ke atau jadi penunggu yang setia gitu. hahahha Anak aku bangun elok lepas kami selesai solat so senang la. Tapi cuaca sini makin petang makin sejuk dan berangin terasa ke tulang haa sejuk. Aku guna warmer pun macam tak rasa sangat. huk aloh laaa.







Banyak lagi gambar tempat best tapi cukup la ini je tau. Kawasan air pun ada, aku ingat musim sejuk takde orang main sekali kau ada. Sejenis kulit yang kebal kot main yang water splash tu. Aku lalu tengok pun dah sejuk rasa. hahaha


Tulip for sale as souvenir. Geram nak beli tapi aku risau belum sampai Malaysia tinggal tanah je asyraf kerja kan. Dia duk geram nak cabut bunga kot dan juga masuk air terjun yang ada dekat sana. Banyak gambar dia nangis sebab nak masuk kolam air tu. Gila sejuk macam ais dia nak mandi. omg anak oii. jangan jakun begitu sekali.. malu mama.. hahahaha nasib orang korea tak faham "asyraf nak main air kolam".


Sampai gelap kami stay sana maka mari la kita pulang ke pangkal. Makesure korang pergi ke arah datang tadi tau. Naik shuttle bus ke bus stand. Orang dah beratur panjang tunggu bas. Aku tak pasti bas last pukul berapa dan kalau korang plan nak tunggu pesta cahaya ke apa malam tu makesure kena alert dengan waktu bas terakhir la ye. Atau mungkin ada cara lain juga yang aku taktau. hahaha. 



Sila beratur dekat no bas 5002 juga ke Gangnam station. Sampai Gangnam kami jalan-jalan dulu area situ. Yang best kedai underground Gangnam banyak fashion cantik-cantik dan murah juga la. Color pun sweet je. heheh Dari gangnam stn. macam biasa ambil subway ke Hongik Univ.

KAKAO FRIEND

 Gangnam underground

Belanja hari kelima

Tiket Everland : 35000won X2
Public bus 5002 : 5000won return (Tmoney)
Shrimp burger & fries : 18100won
Churros : 3300won
Air : 1200won x2
Topup Tmoney : 5000 + 3000 (tak pasti mana hilang few won Tmoney aku maybe double charge bas kot)
Instant rice : 1550won + air minion 1700won



Cahaya Raya bersama Shopee dan peluang menang hadiah harian

$
0
0
Ramai panggil aku informer barang murah ni. Lagi-lagi kalau bab susu dan pampers anak, aku kerap share mana murah. So even shopping apps yang best pun harus la sama-sama share kan. Murah tu penting okay zaman sekarang. hahahaha

Shopee MY


Satu aplikasi jual beli secara atas talian. App sebegini zaman sekarang dah tak pelik pun. Baik budak dan juga orang tua pun tau guna kot. Apa yang penting ada duit haa gituu.

Siapa dah install apps Shopee MY?? Kalau belum cepat install sekarang. Aku dah berhari-hari usha shopee ni. Seronok tengok harga murah-murah dengan review yang best. Tips yang aku boleh share kalau nak beli online ni kan. Kalau ikut aku, aku suka baca review dulu sebelum beli tapi macam tak adil juga kan. Tak semua barang yang tak ada review tu tak bagus cuma untuk kurangkan risiko je.


Nampak folder shopping aku dah page kedua ni? hahahha tolong abaikan. Fokus shopee tu je please. Shopee ni ada banyak jenis barang yang mereka offer dengan harga berpatutan. Actually kan sebelum aku nak karang post ni aku dah teralit usha shopee okay dan siap cart in dah. Leka gila weh tengok dan baca review best. So aku warning jangan buka kalau tak kuat. hahahaha..


Tengok app shopee ni buka-buka pun dah tunjuk barang best. hadoiii laaa. Apa korang nak cari search je kat atas tu. Tapi aku suka tengok part popular product dulu sebelum search apa yang nak, tu yang selalu ter beli benda lain. hahahaha..

Shopee - Product ratings bergambar



Wehhhh lagi benda menarik masa aku usha Shopee ni, product rating dia siap bergambar kot. Ada yang komen review siap dengan gambar barang yang mereka dapat. So siapa nak beli tu boleh tengok gambar sebenar barang. Maklum la kalau gambar iklan jual ni bukan main lawa haaa. Aku pun pernah je terkena tapi bukan dekat shopee, dalam gambar iklan bukan main cantik haaa rupa dia sekali dapat macam sampah.. fuhhh nasib baik la murah. Dekat shopee ni even murah tapi ada review bergambar tu boleh agak la barang sebenar tu berbaloi ke tidak dengan harga barang.



Actually aku dah tersuka beg ni tapi nya warna hitam dah habis. Masa tengah baca detail beg ni aku baru perasan ada chat now. haha biasa ada add to cart dan buy now je tapi ni sekali chat now. Aku saja try sekali ni untuk terus personal message dengan si penjual so apa lagi aku terus tanya la stok untuk warna hitam. Mudah gila tak perlu la nak cari no hp seller dan save dulu baru whatsapp ke. Ni direct chat je gitu. Kalau dia tak dapat reply akan ada auto generate msg so korang takde la ternanti-nanti. 


Oh yaa kalau korang yang baru install dan first time guna shopee biasa nya akan ada discount code. Guna la ye dengan sebaiknya. hahahha.. Banyak promosi best dengan shopee. Aku dah kamu semua bila lagi? hahahah jangan kata tak cakap plak. Macam-macam jualan murah bermula dari RM1. Yeee korang baca betul harga RM1.


Shopee's Cahaya Raya


Bulan ni dah nak start puasa kan then nak raya. Gila la kalau takde sebarang kempen best untuk raya. Aku share sekali kempen promosi best cahaya raya shopee. Korang boleh mark siap-siap date promosi ni okay. Apa yang aku tau Shopee lancarkan kempen terbesar Cahaya Raya ni dan diskaun sampai 90%. Promo ni juga ada hadiah bernilai RM50 000 dan boleh COD dengan Pos Malaysia. Ada orang lagi suka COD so senang lah sebab tak semua boleh bayar secara online kan.


http://cahayaraya.shopee.com.my/?smtt=1.3525

Jangan taktau pula semua keperluan untuk persediaan raya pun ada jual seperti baju raya, kasut, kuih muih, langsir dan macam-macam lagi. Kalau dekat luar nak jumpa baju raya bawah RM100 punya la susah kan. Korang boleh tengok dekat shopee. Rambang mata dan boleh jimat banyak sangat. Ikut hati aku nak je screenshot semua tu tapi hey penuh la blog aku dengan gambar. Korang pergi usha sendiri please. hahahha 

Kalau tengok poster kempen ni dari 15 Mei sampai 30 Jun. Lebih sebulan promosi best ni berlangsung so yang nak berjimat untuk raya tu boleh tengok-tengok ye. Aku share detail dah ni rasa nya. Ada lebih kurang 25000 jenis produk kot mereka akan offer sempena Cahaya Raya Shopee ni. Cepat install app shopee so boleh tengok-tengok dimana jua berada gitu.


Pertandingan 45 days Surprise Giveaways



Jangan lupa juga sertai pertandingan ni kalau dah ada Shopee username dan juga Shopee app sebab cara nya mudah je. Hantar username shopee korang setiap hari sebelum pukul 3 petang dan tunggu pengumuman pemenang harian pukul 6 petang. Mudah kan? hahahha Boleh refer link gambar bawah untuk lebih maklumat. Pertandingan ini berlangsung bermula 15 Mei sehingga 30 Jun 2017.

https://shopee.com.my/web/events3/code/2116702600/?
CARA PENYERTAAN



1) Dapatkan username shopee yang sah semasa mendaftar shopee
2) Hantar username shopee dalam borang sebelum 3 petang setiap hari
3) Refer kawan anda untuk peluang menang 
4) Refer lebih ramai kawan yang lain untuk peluang menang harian
5) Ulang balik langkah 1-4 untuk hari berikutnya
6) Boleh semak pemenang harian

Setiap hari kecuali hari Sabtu & Ahad akan diumumkan 2 pemenang bertuah pada pukul 6 petang so rajin-rajin la semak ye nama pemenang dan jangan lupa sertai sebanyak mungkin. Boleh refer facebook shopee.


Pertandingan ini juga yang terpanjang pernah dianjurkan untuk pengguna shopee. Boleh refer social media & event highlight seperti gambar diatas. Korang boleh join ikut event semasa untuk peluang menang tau. Step sama macam atas ni untuk kesemua penyertaan.

Good luck ^_^



Botol minion milk di Korea

$
0
0
Walaupun Korea trip sudah lama berlalu tapi masih tak boleh nak lupa, anak aku sampai sekarang pun asyik ajak pergi Korea macam Korea tu sebelah rumah. Kalau ada rezeki insyaAllah nak pergi lagi sebab tak puas dan tak pelik kenapa orang suka pergi Korea banyak kali. hehehe. Banyak benda comel dekat sana walaupun hanya botol air tapi corak semua nya comel-comel.




Kalau pergi Korea selain banana uyun please try minum air botol minion ni kalau korang yakin halal la. Hari pertama dah terjah convenience shop sebab dah sedia maklum convenience shop dekat sana jual barang best-best. heheh.. Paling dekat dengan guesthouse kitorng GS25. Hari-hari la masuk walaupun cashier dia tak pandai cakap English just hulur je duit nanti faham la tu nak bagi balance.

Masa aku nampak botol ni terus geram nak beli tapi sabar kan hati just ambil gambar dulu minta kepastian dengan kawan yang duduk sana. So lepas je dia cakap boleh minum terus aku beli. Sehari sebotol minion sebab nanti berebut dengan anak. Dan minion milk ni lagi sedap dari banana uyun!!! hahahhah



Botol Minion Milk


Botol ni aku baru perasan dia ikut musim juga dan ada banyak flavor antara nya banana milk, chocolate milk, corn milk, strawberry milk dan juga coffee milk. Mungkin ada juga yang lain yang aku tak perasan. Tapi seriously banana milk minion lagi sedap dari banana uyun yang biasa tu. hehehhe.. Sebotol 1700won mahal sikit je dari banan uyun biasa tapi ni dapat botol comel. hahaha Balik bilik berebut dengan anak. adoiii



Air pisang susu yang famous tu adalah brand Binggrae - Flavored Milk Drink tapi orang Malaysia panggil banana uyun even perasa melon ke strawberry tapi still panggil "air banana uyun" hahahah sampai aku confuse kejap apa nama sebenar air ni ek. hahahha. Macam gambar bawah ni baris atas botol minion. Ada banyak flavor dah bukan banana milk je tau. Aku pun terikut panggil banana uyun, pape je la janji faham kan. hehe


Aku share pasal botol minion ni dekat instagram hari tu. Rupanya ramai juga tak tau pasal air botol minion ni dan yang best nya kawan aku pergi baru-baru ni whatsapp botol minion pink ni pula. waaaaa terus minta tolong beli juga satu bawa balik. hahahahah.. Thanks beb. Aku google botol minion korea tak banyak pun yang share. Gigih nak cari detail tak jumpa. Rasa nak kumpul semua je. hehehhe so now aku dah ada 4 botol minion milk yang comel. weeeeeeeeeeeee~


Kalau ada sesiapa nak pergi Korea nak kirim ni pleasee. hehehhe... khamsahamida~


Barang comel di GS25 Convenience store


Selain botol minion milk ada macam-macam lagi benda comel dalam GS25 ni. Sila masuk dan bertapa. haaa pasal botol minion tu aku hanya jumpa dekat GS25 dan convenience store lain aku tak nampak la plak. hehehhe.


Kalau sefaham aku gudetama ni kartun Jepun tapi tersesat di Korea mungkin. hahahah... Kalau ikut nafsu semua tergantung belakang tu yang comel-comel aku sapu tau. Tapi nasib berpijak di bumi nyata. Kau beli nak buat apa?? hahhaha.. Kalau dapat masuk sini memang lama wehhhhh aku belek-belek barang dia. Biasa nya aku masuk laki aku tunggu luar takut anak aku pun sama geram dia ingat mainan camne? Car perfume ni pun rasa nyesal tak beli tapi kalau convert mahal gila kot. hahahha

Korea instant rice - nasi segera


Dekat sana beli lauk Brahim atau bawa serunding pun dah senang sebab nasi beli je instant rice ni. Masuk microwave dan siap untuk dimakan. Kalau korang sejenis yang tak boleh telan makanan korea la. Aku selalu beli ni untuk bekalan anak aku masa keluar. Dekat semua convenience store dorang ada microwave so kalau anak lapar singgah je mana-mana beli dan panaskan terus. Mudah kan. Aku suka betul korea ni senang sangat dan tak kedekut air. Dimana jua sentiasa ada coway/cuckoo atau seangkatan dengan nya. Percaya tak sepanjang dekat sana aku tak perlu berusaha bawa air panas just bawa botol susu anak dan susu cukup. Tak memberatkan beg nak keluar jalan.




Kalau korang nak beli nasi ni sila baca current promotion. hahahha macam kes aku hari last day baru perasan promo beli berapa dapat free berapa tu. Kalau tau awal boleh borong siap-siap kan. hehehhe.. Rindu nya nak holiday lagi.. Kemana seterus nya?? hehehhe tunggu next entry.


(my own collection)

Full Korea trip story boleh refer itinerary dalam post ni 


Viewing all 290 articles
Browse latest View live